Perantau Kasih

Merantau mencari kasih ILAHI,


Hari ini saya terpanggil untuk menulis serba sikit tentang Micheal Jackson@Mikael. Sejujurnya, saya tidak pernah mengenali arwah, malah, selama ini saya tidak pernah tahu bahawa lagu-lagu yang  saya pernah dengar adalah nyanyian arwah.

Tiba-tiba, dunia digemparkan dengan kematian Mikeal, Lagenda raja Pop. Saya lebih suka menggunakan nama islam beliau. Sehingga kini tiada siapa mampu menandingi arwah. Hebat sangat kah beliau?

Ya, memang tak dinafikan, suaranya memang merdu, malah masej yang disampaikan melalui lagunya juga jelas, iaitu masej kemanusian.

Mikael sebelum islam adalah penyanyi yang sangat popular. Beliau belatih menyanyi sejak kecil. Sungguhpun mempunyai suara yang merdu, serta gerak tari yang pantas dan unik, terdapat juga manusia-manusia berhati busuk yang tidak menyukai nya lantaran dia berkulit hitam. Kehidupannya tidak pernah aman. Malah, sejak kecil, dia didera ayahnya semata-mata mahu menjadikan dia penyanyi popular. Ya, cita-cita ayahnya berjaya, tetapi, Mikael membesar dengan penuh kesunyian.

Kerjaya Mikeal jatuh setelah dia di sabit kesalah mencabul kanak-kanak. Walaupun disabit tidak bersalah, kesan daripada kes tersebut sedikit sebanyak menjejas kerjayanya. Itu belum lagi dengan pelbagai kontroversi anak-anaknya dan pembedahan yang dibuat oleh Mikeal. 

Maka, bermulalah pelarian jiwa yang gersang ini ke Bahrain. Di sana, dia tinggal selama setahun dan menjadi kehormot putera Bahrin. Abangnya yang sudah lama memeluk Islam menunjukkan kepada nya bertapa Islam itu indah, mementing keamanan dan kesamaan kaum. Akhirnya, Mikael melafazkan niat mahu memeluk agama Islam. 

Kematian Mikael memang sangat menjadi pengajaran kepada saya. Betapa kematiannya diratapi manusia seluruh dunia. Malah, ada yang sanggup bunuh diri kerana tidak dapat menerima kematian Mikeal. Namun, adakah kematian beliau disambut tangisan kegembiraan di dunia 'sana'. Wallahualam. Saya sentiasa berdoa agar beliau berada dikalangan orang- orang yang soleh.

Walaubagaimanapun, saya rasa sungguh kesian kepada arwah kerana sehingga kini mayatnya tidak lagi ditanam. Sebagai seorang Islam, perkara yang seharusnya kita cepatkan ialah proses menanam mayat. Namun, kes perebutan antara keluraga bapa dan ibu Mikael tentang bagaimana cara mayat perlu ditanam telah melambatkan proses tersebut. Bak kata umi saya, Mikael seolah-olah bukan milik dirinya sendiri, tetapi milik orang ramai.

Mikael adalah artis yang tidak pernah lari dari kontroversi. Kisah hidp, keluarga, anak-anak, harta malah sehingga lagunya juga dikatakan kontroversi. Namun, masej keaamanan yang menjadi tema lagunya menunjukkan suara hatinya tentang dunia. Lagu-lagu yang dikarang menyatakan rintihan jiwa tentang dunia.

Namun, rintihan itu hanya tinggal kenangan, kerana dia sudah pergi. Semoga roh arwah dicucuhi rahmat. Al-fatihah.

~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan~

Tanggal 7/7/2009, satu dunia akan menyaksikan pendaftaran pelajar-pelajar UIAM Kuantan. Macam hebat bunyinya, hakikatnya, nak sambung belajar saja. Tahniah kepada rakan-rakan yang berjaya akhirnya mendaftarkan diri esok ke 'main camp iium' di Kuantan, tak lupa juga kepada pelajar IIUM Gombak.

Nampaknya, lepas ini, aktiviti internet mahupun blog akan berkurang. Yela, namanya pun 'student' mesti bnyk benda yang nak kena buat; assigment, presentation, kuiz, exam, etch. Busy memang busy.

Itu lah, kena banyak-banyak bersabar jadi pelajar ni. Pelajaran bukan makin senang, malah makin susah. Itu belum subjek tambahan yang diwajibkan pihak universiti. Padan la orang cakap, universiti paling lambat budak nak grade ialah UIA. 

Bayangkan ye tuan dan puan, foundation sahaja 2 tahun. Lepas foundation, sambung degree 4 tahun. Bagi pelajar dentistry dan medic wajib 5 tahun. Bila total semu, dekat-dekat 6-7 tahun jugak 'mentua' di UIA.

"Apa hal lambat sangat ko nak habis pah?" tanya umi saya suatu ketika dulu.

Haah, lambat betul aku habis belajar. 6 tahun, macam budak medic la pulak. Apa hal UIA suka simpan student lama-lama. Buat habis duit je.

Mesti tuan dan puan hairan. Malah, ramai kawan-kawan tanya saya, kenapa lama sangat. Patut la ramai student UIA kahwin masa kat campus. dengar kata, siap dapat elaun lagi. Wallahualam. Namanya pun dengar orang kata, entah betul entah tidak.

Ops, lari tajuk. BACK TO THE POINT OK.

Sebenarnya, itulah keistimewaan UIA. Bukan sekadar panjang tempoh belajarnya, tetapi juga silibus atau subjek yang perlu diambil. Disini, kami ada banyak test sebelum masuk kuliyah, antaranya english test, arabic test, computer test and tilawah test(hanya di main camp). kalau anda gagal semua test , anda wajib ambik kelas tambahan. Sebab itu lama.

Owh, ada lagi. Bagi pelajar yang ambik pendidikan islam sahaja, mereka kena ambik subjek Understanding in islam manakala pelajar yang ambik quran sunnah and syariah masa spm wajib ambik religions in Malaysia (RIM)

Belajar RIM memang pening, saya tak pernah faham subejk ini. Ustazah cakap, kalau awak faham, mesti ada masalah dengan aqidah awak. Alhamdulillah, setakat ini, tak pernah dengar lagi mana-mana pelajar dapat memahami subjek ini. Tapi, subjek ini memang menarik, terutamanya bila anda belajar hinduism.

Dah habis ke. Belum lagi. Tuan dan puan, lepas kami lulus dengan jayanya subjek RIM@FIM, kami kena ambik pula subjek Basic Themes Alquran(BTQ). Belajar memang senang, Tapi yang jadi susah, subjek ini diajar dalam bahasa inggeris. Kalau dalam bahasa arab, saya tak tau la nak cakap macam mana, sebab kebanyakkan student tak de basic arab yang kukuh.

Term yang digunakan agak pelik, tak pernah dengar, maklumlah, dalam bi. Pening juga kami nak buat karangan masa peperiksaan. Pemarkahan kertas subjek ini juga amat ketat. Malah, ustazah lagi tegas dalam penulisan dan tatabahasa berbanding pensyarah bahasa inggeris sendiri. 

Habis dah ambik subjek agama. Eh, ada lagi. Masuk main camp, kami kena ambik subjek UNGS. Ya, Allah, kalau ada yang masih jahil agama tak tau la nak cakap. Hanya student medic, dentistry dan nursing sahaja ambik subjek ini di foundation. Apa UNGS? Nak tahu, tengok list kat bawah.

Itu lah kisah subjek yang bakal pelajar UIA farmasi ambil.

Jahat ke uia?Kejam ke?

Takde la, banyak faedahnya. Orang nak bagi ilmu, seharusnya kita ambil dengan hati yang terbuka. Itu untuk manfaat kita juga.

Maka, kawan-kawan. Hentilah rungutan anda jika anda rasa lamanya nak habis belajar. Seronok tau belajar ni. Pihak U buat semua ini untuk kebaikkan kita. Namanya pun Universiti ISLAM Antarabangsa Malaysia. Bila ada nama Islam, bertindak lah seperti orang Islam, yakni muslim.

Makanya, rajin-rajin la kau belajar.

p/s: Berikut ialah senarai subjek yang akan saya ambik. Mungkin rakan-rakan yang sedang belajar pharmacy boleh bandingkan subjek-subjek yang saya ambik dengan di universiti anda.

Course Subject(Wajib ambik)

Year 1, Semester I Course Subject 
PHM 1112 Introduction to Pharmacy , Philosophy & History 
PHM 1122 Anatomy & Histology 
PHM 1133 Fundamental of Physiolog 
PHM 1143 Pharmacy Practice I 
PHM 1154 Organic Chemistry 

Year 1, Semester II Course Subject 
PHM 1213 Physical Pharmacy I
PHM 1223 Pharmaceutical Microbiology 
PHM 1233 Medical Biochemistry  
PHM 1242 Infromation Technology in Pharmacy 
PHM 1252 Pharmaceutical Analysis I
  
Year 1, Semester III Course Subject 
PHM 1314 Community Posting*  

Year 2, Semester I Course Subject 
PHM 2112 Pharmacology of the Peripheral Nervous System 
PHM 2122 General Pathology 
PHM 2132 Immunology  
PHM 2142 Fundamental of Pharmacology 
PHM 2153 Basic Medcinal Chemistry  
PHM 2162 Pharmacy Practice II  
PHM 2172 Pharmaceutical Biotechnology  

Year 2, Semester II Course Subject 
PHM 2112 Physical Pharmacy II  
PHM 2222 Pharmacognosy  
PHM 2232 Pharmaceutical Analysis I I  
PHM 2243 Body System I : Cardiovascular & Haematology 
PHM 2252 Body System II : Respiratory  
PHM 2262 Body System III : Gastrointentestinal & Hepatobiliary Systems 
PHM 2272 Body System IV : Urinary System 

Year 3, Semester I Course Subject 
PHM 3113 Islamic Input in Pharmacy 
PHM 3123 Pharmacokinetics and Biopharmaceutics 
PHM 3133 Dosage Design I  
PHM 3142 Pharmacy Practice III 
PHM 3153 Clinical Pharmacy I  
PHM 3162 Body System V : Musculoskeletal System 

Year 3, Semester II Course Subject 
PHM 3212 Herbal Medicine  
PHM 3222 Research Methodology & Biost atistics 
PHM 3233 Clinical Pharmacy II  
PHM 3243 Body system VI : Endocrine & Reproductive Systems 
PHM 3252 Body System VII : Central Nervous Systems 
PHM 3261 Body System VIII : Sensory Organs 
PHM 3273 Anti - infective & CytotoxicAgents 
PHM 3281 PBL (In Pharmacy Prac t ic e ) I

Year 4, Semester I Course Subject 
PHM 4112 Quality Assurance 
PHM 4122 Sterilization and Aseptic Technology 
PHM 4132 Pharmacoepidemiology and Pharmacoeconomics 
PHM 4143 Pharmacotherapeutics I 
PHM 4153 Dosage Design II 
PHM 4162 Pharmacy Practice IV  
PHM 4171 Problem - Based Learnin g I I

Year 4, Semester II Course Subject 
PHM 4213 Clinical Pharmacy III  
PHM 4222 Pharmaceutical Care  
PHM 4232 Administration & Management in Pharmacy 
PHM 4243 Pharmacotherapeutics I I  
PHM 4252 Ethics and Law Pertaining to Pharmacy 
PHM 4262 Administration and Management in Pharmacy 

Elective Course (boleh pilih 8 subjek)

Year 2, Semester I Course Subject 
PHM 2192 Nuclear Pharmacy  

Year 2, Semester II Course Subject 
PHM 2282 Nutriceuticals & Cosmeticeuticals 
PHM 2292 Industrial Pharmacy and Regulation 

Year 3, Semester I Course Subject 
PHM 3172 Biopharmaceuticals  
PHM 3012 Research Project - Literature Search  

Year 3, Semester II Course Subject 
PHM 3292 Drug Abuse  
PHM 3022 Research Project - Practi c a l I 

Year 3, Semester III Course Subject 
PHM 3314 Industrial Attachment 

Year 4, Semester I Course Subject 
PHM 4182 OTC (over-the-counter)  rugs 
PHM 4192 Clinical Nutrition
PHM 4012 Research Project- Pract i c a l I I 

Year 4, Semester II Course Subject 
PHM 4262 Veterinary Pharmacy  
PHM 4272 Clinical Toxicology  
PHM 4282 Drug Delivery System  

University Required (wajib)

General Studies 
UNGS 2030 Islamic Worldview 
UNGS 2040 Islam, Knowledge and Civ lization 
UNGS 2050 Ethics and Fiqh for Every day Life
PHM 3113 Islam Input in Pharmacy  

English

LE 4000  English for Academic Purposes

Bahasa Melayu

LM 1010 Bahasa Melayu 1 For Foreign Student
LM 1020 Bahasa Melayu 2 For Foreign Student
LM 2020 Bahasa Melayu Lanjutan
LM 2021 Bahasa Melayu Lanjutan untuk kerjaya

Tilawah

TQ 1000 Tilawah
TQ 2000 Tilawah



~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan~

Pages

About Me

My photo
Just a simple person,but I always make problems... Sorry Abuya and Umi... but I love my family so much, I am third from nine... I am a thinker... Love to think and can't stop to think.. For me,life is hard and weird... People is hard to understand. May be, that is one of The Greatness of ALLAH.. SubhanaALLAH

About this blog

Pengakhiran hidup yg masih kabur..

Dimana aku?!!

talk

Followers