Perantau Kasih

Merantau mencari kasih ILAHI,

Kejayaan itu manis andai awan dapat dicapai.






teet.. teeet..

"Hai, tak org busy wat report ne la ramai nak msg," sedikit keluhan kerana di ganggu.



" hanim dapat 5a"

from: Umi




Alhamdulillah, Alhamdulillah.Alhamdulillah. Itu saja yamg dapat ku lafazkan.

Adik aku yg ke 8 berjaya dapat 5a dan Jayyid Jiddan. Wah, orang pertama yang pecah rekod kami.


Sebagai kakak, aku tumpang gembira. Terkejut juga bila dapat sms dari Umi. Bukan kami tak kenal, perangai adik aku yang sorang ne, kalau belajar je mula la nak tidur.


Tapi, Alhamdulillah, Allah kurniakan dia otak yang bijak, senang ajar, cepat masuk, harap-harap lambat lupa pelajaran yg di baca..


Ahh, dapat ku bayang wajah Umi&Abuya. Pasti mereka gembira.



Namun,Adakah pelajaran hakikat kejayaan yg sebenar?


Itukah yang menjadi tunjang, lambang, dan ntah apa-apa lagi istilah yang diberi bagi menggambarkan orang itu berjaya.


Hakikatnya, tidak.Kejayaan yg terbesar, ialah bila kita memperoleh syurga di sana.Pengakhiran hidup, menentukan siapa kita sebenarnya. Ke syurga atau keneraka. Nauzubillahiminzalik. Jauhkan lah aku dan keluarga ku dari fitnah dunia, dajjal, serta azab seksa kubur dan neraka. Amin.


Kepada cik Nab, focus and understand the Q. Good Luck and do the best for SPM.Ingat pesan akak ni,
"Yang dilihat & diukur bukan sejauh mana usaha kita, tp yg diharap sejauh mana tawakal & pergantungan kita pada Allah. Penentu kejayaan yg hakiki adalah sejauh mana kita meletakkan tawakal kepada Nya. Itulah hakikat kejayaan di pandangan Allah."





p/s: Keluarga adalah harta yg berharga. jadi, sayangilah keluarga anda. Remember this, BLOOD IS MUST THICKER THAN WATER.

~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan~


Sungguh, cinta dan hidup seolah-olah tidak mampu di pisahkan..

seringkali kita dengar, Tuhan berikan aku cinta, cinta pada si fulan....

Tuhan beri aku cinta, cinta isteriku..

Tuhan beri aku cinta, cinta anak-anak ku.

Dan macam-macam lagi cinta..




Tapi....

Tapi kita seringkali lupa, cinta yg hakiki, cinta yg tidak akan berkurang kerana kecacatan, dan tidak bertambah kerana kelebihan., itulah cinta yang hakiki..


Dalam menjangkau usia 20-an, ramai sahabat yang sibuk membicarakan soal kahwin. Tahniah saya ucapkan kepada mereka yang dah berkahwin dan Selamat kepada bakal pengantin.


Alhamdulillah,memang Allah takdirkan kalian pikul tanggung jawab ini dahulu. Laksanakanlah dengan penuh tanggung jwab. Mungkin kerana ada yang kapel terlalu lama, kahwin cepat itu salah satu resolusi..

Tetapi, benar-benar fahamkah kalian apa itu sebuah perkahwinan..Saya bukan married person. Orang kata, kalau nak tahu, nak tanya, tanya dan berbual dengan mereka yang tahu.Tetapi, itu tak bermakna saya tak belajar. Dilahirkan dalam keluarga yangt besar, mengajar kita sebenarnya erti perkahwinan.Bergaul dengan masyarakat juga mengajar kita apa itu sebuah perkahwinan.


Berkahwin di waktu muda memang seronok rasanya(orang la cakap), tetapi hakikatnya, dalam sebuah perkahwinan, bukan hanya melibatkan 2 insan.

Tafsiaran perkahwinan bagi saya adalah penglibatan 2 buah keluarga, kerana hubungan kekeluargaan, antara anak dengan ibu bapanya tidak akan pernah terputus. Sedangkan perkahwinan bila-bila masa boleh roboh.

Perkahwinan bukan sekadar menghalalkan 2 hubungan, tetapi perkahwinan melibatkan percantuman 2 tanggung jawab.Jika, sebelum ini kita bergelar seorang anak, pelajar dan dai', Tetapi setelah kahwin kita menggalas tanggung jawab sebagai suami@isteri , dan InshaAllah sebagai ibu@bapa.

Hakikatnya, bukanlah mudah. Tugas suami mendidik isteri, tugas isteri mentaati suami. Di zaman yang serba canggih, saya lihat ramai isteri yang terpaksa menggalas tugas suamii dan ramai juga suami yang dayus membenarkan si isteri bebas tanpa kawalan. Ini hakikat. Hakikat yang saya dengar dengan telinga saya, saya lihat dengan 2 biji mata saya.


Dimana silapnya? Dimana kurangnya? Bukanhkah perkahwinan itu sunnah nabi.

Wah, senangnya nak berbicara yang kahwin tu sunnah nabi. Tpi, kita lupa, sebelum berkahwin, ilmu itu perlu ada. Ilmu alam tangga perlu kita khatam dulu. Kematangan perlu diselari, persepsi hidup, zaman remaja yang gila-gila, suka enjoy perlu kita ubah.

Mengapa?

Kerana perkahwinan tujunnya adalah untuk membina Baitul muslim, Baih solehah. Ini ialah perkara yang ramai insan diluar sana tidak faham. Maka, saya kira, kesannya terkena pada anak-anak kita(Harap-harap bukan anak saya).

Teringat saya, buku karangan Ustaz Pahrol Mat JUOI, Diari Seorang Lelaki, Kahwin ini ada pasang surutnya. Awal perkahwinan indahnya seperti angin-angin sepoi. Sekali tampar pipi. Owh, nikmatnya angin ini. Tapi, angin yang sepoi mampu menjadi taufan, Ketika itu, kalau tak ada kesabaran dan ilmu yang tinggi, mudah-mudah saja talak dijatuhkan . Tak percaya. Pergi cari sendiri statistik kadar penceraian di Malaysia, penyumbang terbesar kadar penceraian adalah melayu islam.

Tidak pernah saya bantah mereka yang mahu berkahwinan awal. Tetapi kita kena sedar, hakikat perkahwinan tak semudah baca buku. Kalau hidup ini pujangga kata satu ujian, maka kahwin adlah salah satu ujiannya.


Makin banyak kita faham dan baca akan konsep perkahwinan, maka, makin mudah kita hadapi ujian tersebut.

Begitulah perkahwinan.

Jadi, rakan-rakan sekalian, bersediakah anda untuk sebuah perkahwinan. Lucu, ramai kata ya, ramai kata mahu, tetapi, bila tiba saat kearah perkahwinan, bila pelbagai masalah dihadapi(termasuk masalah jiwa), tidak mampu dihadapi.

Bak kata Ustaz Hasrizal, kalau masalah nafsu pun tak boleh nak hadapi, macam mana masalah dalam rumah tangga nanti.

Maka, pikir-pikirkan la.




~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan~

Pages

About Me

My photo
Just a simple person,but I always make problems... Sorry Abuya and Umi... but I love my family so much, I am third from nine... I am a thinker... Love to think and can't stop to think.. For me,life is hard and weird... People is hard to understand. May be, that is one of The Greatness of ALLAH.. SubhanaALLAH

About this blog

Pengakhiran hidup yg masih kabur..

Dimana aku?!!

talk

Followers