Teringat kata-kata Sir Omar," You 20 already, enough to be adult." But, is it true?
Betul ke umur penentu untuk kita menjadi dewasa atau tidak. Tapi, sungguh, kata sir sangat-sangat betul.
Ketika saya menginjak keumur 20-an (sebenarnya belum lagi, sebab saya lahir bulan jun), saya memang merasakan sesuatu perubahan dalam diri.
Saya terasa diri ini sudah dewasa. Sudut pandangan tentang manusia, kehidupan, alam dll juga sudah berubah. Saya mula menjadi matang, tetapi perangai gila-gila tetap ada. Cuma, kurang sedikit.
Kawan-kawan semua cakap benda yang sama. Afifah yang dulu lain dari yang sekarang. Tapi, betul ke?
Mungkin ya mungkin tidak.
Ada sesetengah perkara mungkin saya dilihat sebagai seorang yang matang tetapi saya bersikap keanak-anakkan dalam sesetengah perkara.
Tapi, sungguh, berat tanggung jawab orang dewasa. Berfikir, bertindak, bercakap, berjalan dan semua tindak tanduk kita perlu matang bagi mengambarkan kita ini matang!
MATANGKAH ANDA?
Lu pikirlah sendiri...
~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan,
dan tidak berkurangan kerana kelemahan~
0 comments:
Post a Comment