Perantau Kasih

Merantau mencari kasih ILAHI,

Showing posts with label karya ku. Show all posts
Showing posts with label karya ku. Show all posts

"Wah, afuf jadi hero la!" ujar Kak Cik, 'excited' bunyinya.

"Ala, kalau akak kat tempat saya, akak mesti buat benda sama. Orang susah kita tolong, walaupun musuh kita sekalipun," ujar ku, acuh tak acuh.

"Kalau akak kat tempat kita, akak mesti buat benda sama," balas ku lagi. Cuba menghalang penyakit ujub yang mahu bertandang.

"Kecoh satu U tau, 'Siswi Selamatkan Siswa dari Lemas'. Tapi..., "sampuk adik tanpa menghabiskan ayat. Kalau buat karangan BM, confirm dpt C. Ayat tergantung.

"Apa yang tapi, ne yang tak sedap dengar ne. Cuba cakap bagi habis," kata ku, sedikit keras.

"Kecoh satu U, kata afuf ada affair dengan Danial. Ada orang kata afuf kapel dengan dia lepas kejadian tu. Ada orang cakap diaorang nampak Afuf berdua-duaan dengan Danial. Macam-macam version adik dengar,"kata adik

"Astaghfirullahalazim. Apa jenis manusia la diorang ne. Buat baik salah, buat jahat salah. Mana adik dengar ceta-ceta karut ne," tanya ku. Kalau ikut hati mahu je ku lempang orang yang buat cerita. Fitnah!Fitnah! Semuanya fitnah belaka.

"Kat group UIA dalam friendster," kata adik.

Parah,parah.

"Jadi, Afuf nak buat apa? Takkan nak buat bodoh. Ne dah libatkan kes maruah. Balas balik la. Afuf kan pandai debat-debat ne,"

Cadangan Kak Chik ku tolak mentah-mentah. Manusia kalau dah start bukak mulut, sebar cerita fitnah, diaorang takkan berhenti selagi tak penat. Jadi, adalah bijak kalau kita diam sahaja. Bukan diaorag kenal siapa aku sebenarnya pun. Nak takut apa.

"Ala, kak, buat pandai je la. Malas la Afuf nak debat dengan orang-orang macam tu. Biar la diorang berkuak macam burung gagak, cerita perihal orang yang entah betul entah tidak. Banyak lagi kerja Afuf nak buat," balas ku.

Tuut, Tuut.

Bunyi mesej telefon ku.

Kak Laila: Salam. apa khabar, blh jumpa ptg ne?

Afuf: InshaAllah blh. ptg ne sy free. kat mana?

Kak Laila: Alhamdulillah, kat surau, mcm biasa.

Afuf: InshaAllah.

Petang tu, selesai dari kelas Prof. Aziz, aku segera bergegas kembali ke mahallah. Solat asar perlu ditunaikan, kalau jumpa Kak Laila selalunya mesti berlarut sampi berjam-jam.

Sampai sahaja di surau Zainab, aku segera meminta izin untuk menunaikan solat. Seusai solat dan berdoa, aku segera ke belakang surau.

Uish, bila la pula akak-akak yang lain datang. Kak Mai, Kak Ana, Kak Zai dan Kak Dil pun ada. Lain macam je perjumpaan petang ne. Adakah kerana...?

"Assalamualaikum. Maaf, saya solat tadi. Tadi baru habis kelas, terus saya ke sini. Maaf buat akak-akak tunggu," ujar ku merendah diri.

"Waalaikumussalam, tak pe. Sekurang-kurangnya kami sempat baca Al Mathura'. Duduk la dulu. Afuf sihat? Nampak pucat," balas Kak Laila.

"Alhamdulillah, biasala kak, saya memang macam ne. Macam ada hal penting je nak jumpa,"kata ku.

"Baik kita berterus terang. Silakan kak Ana," kata Kak Laila.

Ini yang buat aku tak sedap hati. Siapa tak kenal Kak Ana.

Suzana binti Syazlan. Pelajar tahun akhir perundangan di Uia merangkap naqibah kepada Kak Laila. Orangnya cantik tapi sangat tegas. Setiap patah ayat yang dikeluarkan tak pernah kami engkari. Kak Ana seolah-olah mempunyai aura dan karisma sebagai ketua. 

"Kita straight to the point yer. Kami dengar Afuf selamatkan sorang siswa dari lemas. Betul ke,"tanya kak Ana lembut dalam tegas.

"Ya," jawab ku.

"Perlu ke selamatkan siswa tu. Tak de brother lain ke kat situ? Akak dapat maklumat, ada beberapa ikhwah yang seusrah dengan kita ada kat tempat kejadian. Mereka kata tak sempat mereka nak selamatkan siswa tu , Afuf dah terjun dulu," provok Kak Ana.

"Saya tak tahu pun hal itu. Saya tahu antara perkara yang sangat dijaga dalam usrah kita ialah ikhtilat(perhubungan) antara ikhwah(lelaki) dan akhwat(perenpuan). Tetapi, salah satu tanggung jawab kita adalah bantu saudara sesama Islam yang dalam kesusahan. Saya mentafsirkan kondisi diwaktu adalah kondisi darurat. Kalau saya tak cepat selamatkan siswa tu, kemungkinan dia akan mati," kata ku membela diri.

"Dalam Islam sendiri tiada halangan kita membantu mereka yang susah terutama dalam kondisi darurat. Sama la dengan kondisi antara doktor perempuan menyelamatkan pesakit lelaki. Jadi, saya tidak melihat kedudukan saya ini salah." kataku tegas.

Mereka tersenyum.

"Alhamdulillah. Akak ada soalan terakhir, betul ke Afuf ada affair dengan siswa tu. Dengar kata, dia kawan sekolah Afuf dulu. Macam-macam versi kami dengar tentang Afuf dengan dia," muka yang senyum tadi kembali serius.

Huh! Manusia, manusia. Kalau tak buat gossip tak sah. 

"Yeke, saya tak tau pula pasal ne. Tak sangka popular juga saya ye."ujar ku

"Afuf, Kami serius ne,"tegur Kak Laila. Dia ingat aku main-main kut.

"Ya, memang siswa tu kawan saya, tapi kami memang tak de hubungan istimewa yang seperti semua orang sangkakan. Malah, kami tak pernah sehaluan. Semua itu fitnah berlaka. Saya pun tak tahu macam mana hal ne boleh timbul," ujar ku, 

"Alhamdulillah, ini yang kami mahu. Kami harap apa yang Afuf cakapkan itu yang Afuf buat. Janganlah kita jadi orang yang cakap tak serupa bikin. Ingat, perempuan ini sentiasa jadi fitnah. Kemana-mana sahaja kita pergi, kita perlu menjaga tingkah laku. Prinsip yang dipegang kita pertahankan kerana itulah prinsip Islam," kata Kak Ana.

Nasihat terakhir Kak Ana menamatkan perjumpaan petang itu. Entah kenapa aku rasa sedikit lega petang itu. Seolah-olah hilang satu beban. 

Sungguh, kejadian yang berlaku antara aku dan Danial sebenarnya membuat aku resah. Sedikit tertekan sebab  kawan-kawan sekuliah mula pandang serong.

Tetapi, kunjungan akak-akak usrah menjadi pengubat. Mungkin itu dikatakan ukhwah. Bila kita susah, mereka disamping kita, apatah lagi senang. Semoga ukhwah ini sentiasa berkekalan. Itulah manisnya ukhwah islamiyah

 “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan. Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.”

(Ali-Imran: 102-103)

Bersambung...

...................................................................................................

~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan~



"Ah, kenapa sejuk sangat hari ne!" suara Kak Chik memecah keheningan pagi yang dingin.
"Yuhu, bangun, bangun. MashaAllah, anak dara, bangun dong, kata nak swimming hari ini. Siapa bangun awal, dapat suami soleh," suara itu berbunyi lagi, bingit, sebingit deruman sekumpulan lebah.


"Ala kak, ngantuk la. Akak gi ngan Afuf jela, adik nak tidur lagi. Semalam apahal ntah meeting memanjang-manjang sampai kul 1 pagi. Ingat orang burung hantu ke. Membebel je lebih, buat kerja haprak," ujar adik yang masih terbaring dikatil. Siapa entah yang tengah membebal. Geli hati ku melihat muka adik yang kusut masai.Penat barangkali.

"Jom Kak Chik, kita pergi berdua je. Biar orang tu tergolek-golek macam tong drum atas katil,"

Tanpa berlengah aku mencapai tuala dan menuju ke bilik air.

Hari ini,12 Jun 2008. Genap aku berusia 19 tahun. Tiada sambutan hari lahir apatah lagi hadiah untuk meraikan penambahan umur ku. Apa yang kurisaukan, adakah penambahan umur ini sejajar dengan amal ibadah ku . Atau lebih banyak dosa yang kulakukan.

Ya Allah, adakah aku mampu bertahan mempertahankan syariat Mu. Dugaan dan badai yang datang menimpa-nimpa tak mungkin mampu ku hadapi. Berat sungguh dugaan Mu menguji keimanan hamba ini.Jangan menangis wahai mata hati. Jangan menangis andai kau di hina dalam pelayaran hidup mencari keredhaan Tuhan. Hanya kepada Nya aku bergantung. Dan kepadanya jua aku memperoleh ketenangan.


Tidak! Aku, Afuf Syakila, aku muslimah sejati.Muslimah sejati mesti cekal. Aku bukan lagi gadis biasa yang mudah dibuli. Aku bukan gadis hingusan yang sewenang-wenang di hina oleh seorang lelaki yang bernama Danial. Akan ku buktikan bahawa gadis yang masih mempertahankan syariat Islam mampu berjaya. Akan ku buktikan Danial, gadis Melayu, Ops! Salah, seorang muslimah tetap boleh berjaya! Walaupun tudung litup menutupi aurat ku.

Sungguh! Aku sayang kau! Sebagai seorang manusia dan yang penting sebagai saudara se muslim, aku sedih melihat kau memusnahkan diri mu sendiri. Mengapa semua ini mesti terjadi antara kita berdua.

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari seorang laki-laki dan seorang wanita, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya saling mengenal. Sesungguhnya orang mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Mengenal.” (Q.S. Al-Hujuraat [49]:13).

"Yuhu, dah siap ke. Stop la berangan. Jom kita pergi. Adik ikut sekali. Dia dah siap bertudung tu," ujar kak Chik menghentikan lamunanku.

Setiba kami di kolom renang, kami terus ke bilik persalinan. Menukar pakaian swimming suit jenama muslimah. Lengkap bertudung dan bajunya juga tak ketat. Aku tersenyum puas. Kalau dulu, cukup sukar aku nak menjaga aurat ketika aku mahu berenang.

Kini, lihat Danial. Siapa kata perlu pakai swimming suit ketat dan seksi kalau mahu berenang. Siapa kata berpakaian lengkap menutup aurat membataskan pergerakan kita. Siapa kata seorang muslimah tak reti berenang hanya kerana pakaiannya.

Rasulullah S.A.W bersabda:
“Ajarilah anak-anakmu berenang dan memanah. Sebaik-baik pengisi waktubagi wanita beriman adalah memintal. Apabila kedua orang tuamu memanggilmu maka penuhilah panggilan ibumu. (HR Ad-Dailami)


Sedangkan Kau. Kau ejek aku bila aku kata aku bisa berenang persis seorang jaguh. Kau perlekahkan aku bila aku berjaya merangkul anugerah pembahas terbaik dari mu. Kau gelakkan aku saat semua orang menghulur ucapan tahniah atas kejayan aku mengharumkan nama sekolah kita sejurus aku memenangi anugerah Ketua Plantun Kadet Polis Terbaik peringkat Kebangsaan. Setiap apa yang ku lakukan kau pandang dengan penuh benci. Apa salah ku?! Adakah hanya kerana mempertahankan syariat, kau jadikan aku orang asing! Kau bilang kita musuh.

Kau memang hamba yang tak sedar diuntung!
Kau bilang Islam ganas! Kau bilang umat Islam bodoh! Kau bilang hukum Islam tak relevan! Kau bilang perempuan muslim jumud! Kau lupa yang kau juga seorang muslim! Kau lupa Danial!

Kau bangga dengan dirimu!
Kau bangga dengan keturunan mu! Kau bangga dengan komputer keluaran apple yang kau miliki! Tapi kau lupa, tanpa ada nya Khawarizmi, tak mungkin Bill Gates boleh berjaya mencipta komputer yang kau guna sekarang. Kau lupa, Ibn Sina, muslim yang berotak geliga, berjiwa besar adalah insan bertanggung jawab membuat penemuan baru dalam dunia kesihatan.Kau lupa, buku The Cannon of Medicine yang kau usung ke sana ke sini, yang kau kagumi kerana kelengkapan isi kandungannya adalah hasil karya dan penat lelah beliau. Adakah kau juga sudah lupa Danial? Siapa tuhan kau yang sebenar?


"Afuf, dah siap belum. Adik dah selamat turun kolam tu," tegur Kak Chik menghentikan lamunan ku.
"Dah, afuf keluar la ne. Akak gi la dulu. Nanti Afuf follow akak," balas ku sambil membetulkan tudung di kepala.

Dua jam masa kami habiskan dikolam. Aku, Kak Chik dan Ilham atau lebih dikenali sebagai adik memang mempunyai minat yang sama iaitu berenang. Malah, pemikiran dan pandangan kami tentang dunia ini juga serupa. Mungkin sebab itu tidak pernah timbul soal tukar roommate walaupun sudah dua tahun kami bersama.

Kolam renang atau lebih popular dengan panggilan swimming poal di Universiti Islam Antarabangsa memang istimewa. Selain kolam renang lelaki diasingkan daripada kolan renang perempuan, pekerja-pekerja di bahagian kolam renang perempuan juga terdiri daripada muslimah demi menjaga aurat pelajar-pelajar perempuan.

Sayangnya, tak ramai pelajar perempuan yang gemar turun ke sini. Alasannya cukup mudah, ' aku banyak assignment tak siap lagi la', 'swimming pool tu jauh sangat la', dan 1000 lagi alasan dicipta. Bak kata orang, 'Nak seribu daya, Tak mahu seribu dalih'. Hakikatnya, mereka lebih gemar berselubung di atas katil , mencipta 'peta' dunia di atas bantal.


"Afuf, pas ne kita pergi makan kat cafe Zorin. Pak cik Zorin kata, hari ini dia masak nasi arab special. Adik belanja. Hari ni kan birthday afuf," ujar adik.


"Alhamdulillah, Afuf pun mengidam nak makan nasi arab. Lagi-lagi kalau oarng nak belanja.Wah, masa untuk mengemukkan badan balik!" balas aku, penuh teruja.


Cafe pak cik Zorin memang special. Selain makanannya murah dan sedap, Pak Cik Zorin pemurah orangnya. Tak hairan la kenapa ramai pelajar dan pensyarah suka makan di sana.Malah, lokasi cafenya yang terletak di atas sungai memang mendamaikan.Namun, sayang sekali, air sungai itu tak sejernih dahulu.


"Pak cik, nasi arab 3 set. Letak lauk, lebih-lebih sikit. Jus mangga mediternian 3 cawan. Biar betul-betul jus ye pakcik," pesan kak Chik setiba kami di cafe Zorin.
"Set, korang punya pasal, pak cik bagi semua lebih," balas pak cik Zorin sekadar bergurau.

"Eh, itukan Danial.Kenapa dengan dia? Jalan terhoyong-hayang.Eh,eh, afuf, dia cam nak pengsan. Cam nak jatuh dalam sungai je," ujar adik tiba-tiba.
"Ala, dia memang macam tu.Kat sekolah lu pun ada la beberapa kali dia jalan macam tu. Stail dia kot. Lantak la dia," balas aku. Malas ambil pusing tentang lelaki yang suka menyakitkan hatiku.

"Ya Allah,dia pengsan la. Eh, dia betul-betul jatuh dalam sungai! Cepat! selamatkan dia," jerit kak Chik tiba-tiba.
"Afuf, cepat terjun.Nanti dia kena hanyut.Dia macam tak sedar diri tu," desak adik lagi.

Aik, kenapa mesti aku yang terjun?

"Cepat, cepat. Depan sana ada batu besar. Bahaya kalau kena kepala," tambah kak Chik membuat situasi menjadi lebih genting.

Tanpa berlengah, aku terus terjun ke sungai deras itu. Apa nak jadi, jadi la.Siapa pun dia. Dia perlu ku tolong. Bukankah Salahuddin Al-Ayubi juga pernah bantu mengubati penyakit musuhnya. Kenapa tidak aku.

Aku muslimah sejati!

Aku serikandi Islam!

Aku mesti lakukan!
Ya Allah, bantulah hamba Mu..




Bersambung.......



Pages

About Me

My photo
Just a simple person,but I always make problems... Sorry Abuya and Umi... but I love my family so much, I am third from nine... I am a thinker... Love to think and can't stop to think.. For me,life is hard and weird... People is hard to understand. May be, that is one of The Greatness of ALLAH.. SubhanaALLAH

About this blog

Pengakhiran hidup yg masih kabur..

Dimana aku?!!

talk

Followers