Perantau Kasih

Merantau mencari kasih ILAHI,

Showing posts with label manusia. Show all posts
Showing posts with label manusia. Show all posts


6 dECEMBER, 2010; mONDAY

Hari ini, saya dan suami menjejak kaki buat julung-julung kali nya ke FERTILITY CENTRE di kuliah Medic, UIA.

"Owh, wujud rupanya tempat ni." Detik hati saya.

"Appoiment pukul berapa bang?" tanya saya.


Jangan salah sangka ye, tujuan kami nak tanya pendapat doktor tentang Family Planning. Lucu rasanya sebab aku sebgaia pelajar farmasi, dan Fadhil sebagai pelajar Medic seharusnya tahu akan hal-hal ini. Tapi tak pela, lagipun bukan kena bayar. PERCUMA!



"Uish, ramai nya orang. " Detik hati.
Sampai kami terpaksa beratur dan berdiri menunggu giliran untuk dipanggil. Ok lah, compare dengan hospital kerajaan.

" akak datang sini nak buat IVF ke?" soal saya kepada akak cantik yang duduk di sebelah saya.
"Tak la, akak buat IUF je. Ivf mahal. Sekali buat Rm 10,0000. Semalam datang period. Jadi nak tanya la doktor macam mana nak buat seterusnya." kata akak cantik, kelihatan matanya sedikit bergenang.
Rupa-rupanya, sudah hampir 5 tahun dia berkahwin. Pada awalnya, dia dan suami rancang tak nak ada anak. Tup, tup, hampir 5 tahun tak dapat anak..

" Itu lah, akak kerja jauh dari suami. rancang tak nak ada anak. Tahun depan dah masuk 30, anak sorang pun tak de. "

" Awak tengok akak yang pakai tudng biru, 3 kalu buat IUF, ne masuk kali Ke 4 dia buat IVF. Berpuluh ribu duit habis. Orang sekarang, senang-senang buaang anak. kita ne...." kelihatan dia sebak sekali.

" Awak baik ada sorang anak, lepas tu rancang la macam mana sekali pun. Akak mula -mula takn nak. Hah! Allah bagi betul,"

Aku hanya mampu terdiam.

"InshaAllah kak, solat banyak-banyak. Ada rezeki. Saya doakan akak,"



Begitulah perbualan saya dengan akak cantik berakhir. Saya terfikir panjang. Bukan soal Family Planning yang menggusarkan saya. Tetapi ironi masyarakat kita zaman sekarang.


Berapa banyak bayi yang dibuang begitu sahaja. Yang lebih menyedihkan, ada bayi yang mati hangus, di makan anjing dan dibunuh di tandas. Manusia apa ini!


Pasangan yang masuk ke Fertility Centre silih berganti. Mereka semua insan-insan yang tidak pernah berhenti berharap, agar Allah memberi sedikit harapan kepada meraka iaitu cahaya mata yang dinanti-nanti. Beratus malah berpuluh ribu wang ringgit dihabiskan, hanya kerana seorang anak.
Tapi, 'manusia-manusia' syaitan di luar sana senang-senang membunuh bayi-bayi yang tak berdosa..
Jiwa ibu saya tersentuh taktala menjaga Abdul Aziz Al-Hakim, anak kepada kawan kami. Wajahnya yang lebih mirip kepada si ayah membuat saya tergelak.

"Aziz, anak bapak, jangan nakal-nakal ye, UMI dan ABI ada kelas. Hari ini duduk dengan mak cik, " Aziz senyum, mungkin bayi ini faham situasi ibu dan ayah.




Hati saya tertanya-tanya, apakah agaknya yang bayi-bayi diluar sana yang di buang akan kata kepada ibu bapa mereka. Saya yakin, andai kata Allah izinkan salah satu daripada mereka bersuara, mereka akan berkata, "




JANGAN ABAIKAN KAMI! JANGAN BUANG KAMI!









~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan~

Salam.....

Alhamdulillah, hampir 3 minggu final exam sudah ku tempuh. Esok, paper terakhir, tetatpi rasanya sudah habis kudrat di curah kan untuk membelek semula buku-buku yang hanya ALLAH saja tahu berat dan tebal nya. Terasa tepu minda dengan pengiraan, teori-teori dan gambar rajah yang pelik-pelik. Kadang kala, terasa rindu nak membicarakan soal umat, luar dari konteks Pharmacist Subject.


Perbicaraan bersama suami tercinta mengingatkan saya semula. Sedikit sebanyak, isu mem 'biadap'kan ULAMA' semakin menular dikalagan generasi muda di sentuh dalam perbicaraan singkat kami pada petang itu.
Sedih, bukan sebab melihat generasi muda, tetapi juga diri saya yang masih gagal mengenali apatah lagi mengetahui mana-mana ulama' yang bertungkus lumus mengislam kan penduduk Asia khususnya. Namun, saya lagi sedih melihat kebiadapan segelintir 'umat' yang biadap dalam membawa populiriti mereka sehingga sanggup menghina golongan ini, lebih-lebih lagi 'mereka' itu adalah golongan yang 'dikatakan' dari religious background.

Mungkin, inilah kesan bila kita gagal mengajar anak-anak kita sejarah ulama' kita. Usah pergi jauh ke Mesir mahupun ke Syiria, Ulama' seberang pun kita tidak kenal apatah lagi yg bertungkus lumus menyebarkan ajaran ISLAM ke TANAH MELAYU.
BIADAP! Kebiadapan melampau serta idealogi 'membiadapkan' ulama lampau yang ditanam di dalam minda generasi Y khususnya golongan universiti yang semangat pemuda membimbangkan saya. Secara tegas saya luahkan kepada suami saya, anak-anak tidak akan saya besarkan secara begitu. Tegas saya, agama itu bukan tradisi, tapi tradisi adalah sebahagian dari agama, selagi mana ia selari dengan syariat. Saya bukan golongan yang secara total membuang tradisi, tetapi saya tidak akan sesekali membelakangkan agama .

Dilahirkan dalam keluarga yang menekankan pendidikan agama secara tradisional-moden memberi kelebihan kepada saya untuk cuba mengestrak sejauh mana isu MEMBIADAPKAN ULAMA' dalam generasi kami. Hanya Istighfar mampu saya luahkan melihat sesetengah 'golongan' yang berani mempertikaikan ulama'. Idealogi ulama' juga manusia biasa yang boleh melakukan kesilapan menjadi satu racun atau duri dalam muscle yang perlu di ubat dengan charcoal. Idealogi ini seolah-olah telah menjadi tiket kepada sesiapa untuk mempertikaikan kredibiliti mereka, sedangkan mereka sudah meninggal dunia sekian lama. Kecacatan yang entah betul entah tidak dijulang-julang, sedangkan jasa besar mereka di pandang siang.

Perbicaraan ini menjadi semakin menakutkan setiap kali saya berborak atau bertukar pandangan dengan pelajar-pelajar dari luar negara khusunya dari negara barat.
Banyak lagi perkara yang perlu kita lakukan daripada mempertikaikan golongan ini. Isu zina, anak luar nikah dan 1001 masalah yang melanda negara kita yang seharusnya kita risaukan. Ini belum di tmbahkan dengan idea PERDANA MENTERI yang kita 'HORMATI' yang dalam usahanya menjadikan MALAYSIA pusat masalah sosial dunia melalui perancangan PEMANDU.

Kepada rakan-rakan diluar, sebelum kalian mengelurakan mana-mana statement yang berbunyi, ''ala, ulama' dulu pun boleh buat silap jugak,'', fikir kan lah, adakah anda lebih mulia dari mereka, tanpa mereka, takkan anda berdiri banggan menggatakan I'M MUSLIM pada hari ini.
Wallahualam.....





~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan~



"Akak, kami ada posting community masa 1st year, boleh ke dikira masuk kerja projek? " Soal salah seorang dari sahabat ku.


Herm, POSTING COMMUNITY. Apa benda tu? Baru tahun pertama dah ada kerja projek berbentuk praktikal. Sedar tak sedar, dah besar rupanya aku. Melangkah ke alam dewasa, di tambah pendedahan kepada dunia kerja agak menggerunkan kami.


"Uish, biar betui uia ne, kita kena praktikal kat pharmacy outlet. Kan kita ne baru tahun satu," Getus salah seorang rakan ku dengan loghat utaranya.


Ya, itu lah realiti kehidupan, sedar tak sedar, kami sudah melangkah kearah dunia yang lebih mencabar. Posting community, subjek wajib yang diambil ketika cuti antara tahun meng' induce' hormon adrenalin kami mencari pharmacist outlet di luar sana.


Hakikatnya, itu baru pendedahan kecil ke dunia luar. Banyak lagi cabaran-cabaran global yang perlu kita hadapi. Sebagai seorang siswi muslim, tidak harus kita abaikan perjuangan dan dakwah kepada masyarakat. Hakikatnya, masyarakat kita makin parah.


"Tak yah pergi jauh-jauh, tengok isu besar-besar, Bab aqidah dalam masyaraakat pun masih tak jelas. Pelajar universiti pun kadang-kadang keliru dengan apa yang mereka perjuangkan. Hidup ini untuk apa sebenarnya," soal umi ku suatu hari.


Itu lah ibu ku yang sentiasa buat otak ku ligat memikirkan maksud kata-kata nya. Diam ku panjang memikir untuk  mencari jawapan. 


Ya, bab aqidah, satu perkara yang sangat besar untuk di bicarakan. Konsep iman, islam dan ihsan pasti gagal dihayati jika tidak kena caranya. Pelajaran agama islam, syariah dan Quran sunnah pasti gagal di terap dalm jiwa pelajar-pelajar ini tanpa penghayatan dan kesedaran. Kefahaman agama bukan suatu yang boleh di ikut buta-buta tanpa panduan guru. Hakikatnya, ramai yang keliru dalam isu ini kerana mereka bergurukan buku.


"Perlu tunggu ustaz dan ustazah ke nak baca buku agama. Kalu macam tu, sampai bila berhabuk la buku kat dalam bilik," ujar salah seorang senior ku suatu ketika dulu.


Bukan itu maksud ku, ya, sila lah baca buku sebanyak mana yang kalian mahukan. Tetapi, kalian perlu ingat, dalam mendalami ilmu agama, kita ada tertib dan akhlaknya, terutama apabila menyentuh bab aqidah, peranan guru tidak boleh dipandanh enteng. 


"Tanpa guru, syaitan pembimbingnya. Belajar agama bukan sama seperti kita belajar Physiology," ujar salah seorang rakan ku dalam kelas. Aku terdiam seketika. Alhamdulillah, di tengah-tengah kejahilan diri ini dalam menuntut ilmu, ada jua insan yang sependapat dengan ku.


Aku bukan manusia yang arif dalam hal agama, tetapi, displin ilmu mengariskan, dalam apa jua hal yang dikatakan menuntut ilmu, kita tidak boleh lari dari konteks berguru. Realiti anak-anak muda, terutama pelajar universiti, golongan yang sentiasa ingin mencari perkara kebaikan dengan membaca. Semangat juang dan dakwah mereka tidak pernah luntur. Duit dilabukan untuk membeli buku bukan RM 10-20, tetapi mencecah ratusan ringit. Golongan muda ini amat ku kagumi semangat dakwah dan menuntut ilmu agama.


Tetapi, disiplin ilmu tetap disiplin. Syariat mencari ilmu yang tidak boleh kita pandang remeh iaitu mencari ilmu pada orang yang tepat, iaitu guru. Hakta, Nabi Muhammad sendiri bergurukan Jibril yang menyampaikan risilah AlQuran dan As Sunnah dari Allah. Apatah lagi kita. Sebab itu, wujud permasalahan di kalangan anak-anak muda yang sewenang-wenang nya mentafsirkan apa yang mereka baca. Akhirnya, timbul kekeliruan dan hal ini bertambah teruk apabila ilmu 'baca-baca' mereka disebarkan ke masyarakat yang jahil ini. Satu lagi fitnah sudah tersebar.


Rakan-rakan, syaitan itu bijak, kadang-kadang, kita lihat suatu perkara itu baik dari pandangan kita, tetapi hakikatnya buruk bagi pandangan Allah. Namun, dalam usaha mencari ilmu, memperbaiki diri dan masyarakat umumnya, janganlah kalian berputus asa.


Tetapi, setiap apa yang kita lakukan, ada disiplinya. Bergurulah kerana jalan itu lebih selamat. Dan ingatlah, manusia yang lari dari disiplin, sebenarnya lari dari syariat Allah. Waktu itu, tunggulah, janji Allah pasti akan tiba, saat manusia menyaksikan sendiri kemusnahan diri mereka, kecuali orang yang beriman dan bertaqwa. Wallahualam. 



~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan~



Yuhu!dah habis exam.  

Jeritan kedengaran dari dalam dewan Lecturer Hall 2 Kuliyah Farmasi. Paper mcq gabungan subjek Pharm Analysis, Physical Pharmacy dan Microb memang menguji minda. Jawapan dibuat dan ditanda dengan penuh berhati-hati kerana soalan kali ini berbentuk minus marking.


1 jam setengah tidak terasa lantaran khusyuk nya memikirkan soalan-soalan yang diberi. Terasa berat otak habis sahaja peperiksaan paper yang terakhir itu. 


"Habis dah tahun pertama. Harap-harap, kali ni lulus dengan jayanya. Dah 8 bulan aku jadi bergelar pelajar. Cepat rasanya masa berlalu,"


Ya, sudah 8 bulan sudah ku tempuhi hidup sebagai pelajar universiti. Pagi ke kelas, petang pulang, singgah cafe untuk beli makanan malam. Sampai di bilik, berehat,mandi,makan dan bersedia untuk solat maghrib. Selepas itu masa di luangkan untuk mengaji,solat isya',belajar dan akhirnya tidur. Itulah kehidupan ku sepanjang bergelar pelajar. Rutin yang samaku ulang untuk esok hari nya.


Sehingga satu tahap,aku tersedar,apakah hidup ini? Ini kah yang ku mahu? Kenapa jiwa ku terasa kosong? Mana perginya jiwa perjuangan Islam ku yang dahulu?Semuanya terkubur lantaran sibuknya diri ini.


Salah siapa?


Sistem pendidikan, yang membuat aku terlalu sibuk?


Atau salah ku, yang merelakan diri menjadi mangsa sistem ini.


Satu saat ku sedar,aku tidak kurang seperti 'robot-robot'manusia,yang berkerja tanpa arah mahupun tujuan.


Ku soal diri ini,apa yang ku mahu dalam hidup?

Apa..


" Seharusnya kita jadi apa yang Allah mahu kita jadi,bukan apa yang kita mahu jadi,"

Kata-kata ungkaian dari seorang akhwat membuat ku terdiam. Apa yang Allah mahu aku jadi.


Jadi manusia yang berguna,berjuang di jalan nya.

Kenapa aku masih gagal menghayati semua itu,

Apa yang tidak kena.

Kenapa makin hari,manis iman makin hilang.

Ya Allah,bantulah hamba ku.

..................................................................

Disaat ini, aku sedar,hidupku,perjuangan ku,kepercayaan ku,semuanya gagal ku fahami.


Iman dan islam yang ku anuti sama seperti orang islam yang lain. Hanya di warisi dari turun temurun, tapi gagaldi hayati.


Saat aku tersedar bertapa jauh diri ini dari  tuhan,betapa aku menjadi orang yang 'munafik' yang melaungkan nama-namaTuhan, tetapi aku sendiri gagal menghayatinya.


"Alhamdulillah, enti dah sedar. Ayuh, mulakan langkah, Jangan bertanguh. Pencarian takkan berakhir, namun, pejuangan tak boleh di tinggal sepi," ujar lagi seorang akhwat.


Kata-kata semangat yang menjadikan tautan ukhwah kami semakin erat.


Ya, mungkin aku lambat untuk memahami semua itu. Namun, itu bermakna aku perlu  mengorak langkah yang lebih jauh kearah pembaikan diri. 


Mencari hidayah dan taufik dalam sinar Islam bukan suatu perkara yang mudah. Dengan usaha yang gigih, mana mungkin Islam dapat di sebar ke seluruh dunia. Namun, memahami erti kita menganut Islam apatah lagi menghayatinya juga suatu perkara yang harus ku lakukan sekarang.


" Saat manusia tersedar, siapa tuhan mereka, apa tujuan mereka di jadikan, dan bagaimana dan kearah mana haru manusia tuju. Saat itu, tuhan sangat dekat dengan kita," Teringat ku kata-kata seorang pensyarah di UIA.


Ya, saat aku tersedar, selami ini jiwa ini buta, buta menilai mana satu kasihnya tuhan. Saat diri ini gagal mencari erti kehidupan, herm, dengan kata yang lebih tepat, gagal menghayati erti hidup ini untuk apa,. 

........................................................


Biarlah mereka katakan aku insan yang gagal. Gagal di tarbiyah. Kerna aku tahu, aku bukan insan yang sempurna.


Biarlah mereka kata aku manusia kanak-kanak, Kerna aku tahu, pengalaman dan kegagalan lah yang mengajar aku erti dewasa.


Biarlah mereka kata aku gagal menjadi hamba Allah walaupun pintu kebaikan dekat di mata ku. Kerna aku tahu, Islam dan iman bukan boleh di warisi, tetapi ia perlu dicari, dicari dengan mata hati, atas kehendak Ilahi. 


Biarlah mereka kata aku masih gagal mengerti erti cinta, kerana aku masih gagal merasai apa itu erti CINTA SEJATI, cinta si RABBI.  


Pencarian ini tidak akan ku hentikan, kasih ku pada insan bernama makhluk tak mungkin dapat ku beri. Disaat diri masih gagal mengapai kasih TUHAN.


Hakikatnya, aku seorang pengembara, yang mengembara mencari kasih tuhan. Di sebalik jiwa dan hati yang hina ini, aku yakin, masih ada sinar nur dari tuhan . Perantauan ini akan tetap ku teruskan, kerna hakikatnya,Perantau Kasih itu adalah aku. 



وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ ﴿١٦﴾
إِذْ يَتَلَقَّى الْمُتَلَقِّيَانِ عَنِ الْيَمِينِ وَعَنِ الشِّمَالِ قَعِيدٌ ﴿١٧﴾

Artinya : "Dan Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, (yaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri.” (QS. Qoff : 16 – 17)


~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan~

Kamen rider tiba-tiba menyerbu. Nak selamatkan adik yang ditawan musuh, atau orang awam yang diserang raksasa. Pening-pening.

Lucu rasanya bila saya tengok cerita Kamen Rider, susah jugak jadi hero, kena buat pilihan setiap kali nak selamatkan musuh. Tuan director tak de idea lain ke. Kesian Kamen Rider.

Itulah kehidupan. Nak pilih jalan A atau jalan B. Mana yang lebih memberi kebaikan kepada semua orang. Yang mana pilihan yang bakal kita pilih lebih memberi manfaat kepada semua orang.

Itulah, Kadang-kadang, apa yang kita rasa buruk itulah yang terbaik buat kita. Hanya DIA saja yang tahu, kerna DIA MAHA PERANCANG kepada segala perancangan.

Itulah kehidupan. Apabila makin dewasa, makin banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Makin banyak perkara yang perlu di fikir. Tidak mungkin kita mampu mentafsir masa hadapan, tidak mustahil segala perancangan, cita-cita dan impian yang di impikan semuanya dapat dilaksanakan. Dan tidak mustahil, andai suatu hari kematian menjemput sebelum ibu bapa kita.

Persoalanya,

Kemana arah tuju kita.

Dimana misi kita.

Siapa hidup ini diabadikan.

Segala-segalanya jelas. Hanya untuk Dia.

Ya Allah, hidup ku, matiku, jasadku, hati ku, cinta ku hanya untuk MU.

Bimbinglah, pandulah aku, supaya aku sentiasa berada dilandasan agama MU.

Janganlah KAU campak aku ke jalan kesesatan. 

Amin, amin, amin...

                                                            

~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan~


Sungguh, cinta dan hidup seolah-olah tidak mampu di pisahkan..

seringkali kita dengar, Tuhan berikan aku cinta, cinta pada si fulan....

Tuhan beri aku cinta, cinta isteriku..

Tuhan beri aku cinta, cinta anak-anak ku.

Dan macam-macam lagi cinta..




Tapi....

Tapi kita seringkali lupa, cinta yg hakiki, cinta yg tidak akan berkurang kerana kecacatan, dan tidak bertambah kerana kelebihan., itulah cinta yang hakiki..


Dalam menjangkau usia 20-an, ramai sahabat yang sibuk membicarakan soal kahwin. Tahniah saya ucapkan kepada mereka yang dah berkahwin dan Selamat kepada bakal pengantin.


Alhamdulillah,memang Allah takdirkan kalian pikul tanggung jawab ini dahulu. Laksanakanlah dengan penuh tanggung jwab. Mungkin kerana ada yang kapel terlalu lama, kahwin cepat itu salah satu resolusi..

Tetapi, benar-benar fahamkah kalian apa itu sebuah perkahwinan..Saya bukan married person. Orang kata, kalau nak tahu, nak tanya, tanya dan berbual dengan mereka yang tahu.Tetapi, itu tak bermakna saya tak belajar. Dilahirkan dalam keluarga yangt besar, mengajar kita sebenarnya erti perkahwinan.Bergaul dengan masyarakat juga mengajar kita apa itu sebuah perkahwinan.


Berkahwin di waktu muda memang seronok rasanya(orang la cakap), tetapi hakikatnya, dalam sebuah perkahwinan, bukan hanya melibatkan 2 insan.

Tafsiaran perkahwinan bagi saya adalah penglibatan 2 buah keluarga, kerana hubungan kekeluargaan, antara anak dengan ibu bapanya tidak akan pernah terputus. Sedangkan perkahwinan bila-bila masa boleh roboh.

Perkahwinan bukan sekadar menghalalkan 2 hubungan, tetapi perkahwinan melibatkan percantuman 2 tanggung jawab.Jika, sebelum ini kita bergelar seorang anak, pelajar dan dai', Tetapi setelah kahwin kita menggalas tanggung jawab sebagai suami@isteri , dan InshaAllah sebagai ibu@bapa.

Hakikatnya, bukanlah mudah. Tugas suami mendidik isteri, tugas isteri mentaati suami. Di zaman yang serba canggih, saya lihat ramai isteri yang terpaksa menggalas tugas suamii dan ramai juga suami yang dayus membenarkan si isteri bebas tanpa kawalan. Ini hakikat. Hakikat yang saya dengar dengan telinga saya, saya lihat dengan 2 biji mata saya.


Dimana silapnya? Dimana kurangnya? Bukanhkah perkahwinan itu sunnah nabi.

Wah, senangnya nak berbicara yang kahwin tu sunnah nabi. Tpi, kita lupa, sebelum berkahwin, ilmu itu perlu ada. Ilmu alam tangga perlu kita khatam dulu. Kematangan perlu diselari, persepsi hidup, zaman remaja yang gila-gila, suka enjoy perlu kita ubah.

Mengapa?

Kerana perkahwinan tujunnya adalah untuk membina Baitul muslim, Baih solehah. Ini ialah perkara yang ramai insan diluar sana tidak faham. Maka, saya kira, kesannya terkena pada anak-anak kita(Harap-harap bukan anak saya).

Teringat saya, buku karangan Ustaz Pahrol Mat JUOI, Diari Seorang Lelaki, Kahwin ini ada pasang surutnya. Awal perkahwinan indahnya seperti angin-angin sepoi. Sekali tampar pipi. Owh, nikmatnya angin ini. Tapi, angin yang sepoi mampu menjadi taufan, Ketika itu, kalau tak ada kesabaran dan ilmu yang tinggi, mudah-mudah saja talak dijatuhkan . Tak percaya. Pergi cari sendiri statistik kadar penceraian di Malaysia, penyumbang terbesar kadar penceraian adalah melayu islam.

Tidak pernah saya bantah mereka yang mahu berkahwinan awal. Tetapi kita kena sedar, hakikat perkahwinan tak semudah baca buku. Kalau hidup ini pujangga kata satu ujian, maka kahwin adlah salah satu ujiannya.


Makin banyak kita faham dan baca akan konsep perkahwinan, maka, makin mudah kita hadapi ujian tersebut.

Begitulah perkahwinan.

Jadi, rakan-rakan sekalian, bersediakah anda untuk sebuah perkahwinan. Lucu, ramai kata ya, ramai kata mahu, tetapi, bila tiba saat kearah perkahwinan, bila pelbagai masalah dihadapi(termasuk masalah jiwa), tidak mampu dihadapi.

Bak kata Ustaz Hasrizal, kalau masalah nafsu pun tak boleh nak hadapi, macam mana masalah dalam rumah tangga nanti.

Maka, pikir-pikirkan la.




~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan~


Semalam kita makan lempeng, hari ini nak makan apa yee.
Herm, nasi bubur air..
Peliknya nama, dah nasi, ada bubur, tambah air..
Kenapa tak panggil bubur je,

Bubur O bubur,
Nasi sudah menjadi bubur, meyesal kemudian hari tidak berguna lagi
Aku menyanyi, menggikut rentak hati.

Hari ini, kita makan nasi bubur berlauk tauhu, ikan bilis, kacang and sambal buatan mak ngah enterprise.
Uish, kalau mak ngah saya masak memang tak leh challenge orang lain..

"Orang melayu ne macam bubur kan,
lembek." tetiba suara hati saya berkata

"asal ko cakap macam tu, tak baik, ko kutuk bangsa sendiri" entah suara hati side mana pula bersuara.

"aku bukan nak kutuk, tapi, aku sedih tengok bangsa aku, melayu-islam"

"islam-melayu la"

"yeye, takde beza, tetap orang kita,"

......................................................

Melayu yang makin layu.
orang kita orang Melayu atau 'melayu'

"Melayu ni, lemah dalam lemah" ujar pak ngah

Aik, lemah dalam lemah.
haah, kita lemah dalam lemah, apa hebatnya kita ya.

lemah dalam ilmu
lemah dalam pemikiran
lemah dalam ekonomi
lemah anak bangsa
lagi teruk, LEMAH DALAM IMAN.
Nauzubillahiminzalik

"Melayu ini, satu bangsa yang suka mengikut. Tak nak pikir panjang sebelum mengikut atau buat keputusan, "tambah mak ngah. Aik, Makin pedas pulak rasanya sambal yang ku makan.

Tak sangka hari ini, kami semeja mempunyai pendapat yang sama, ada "Heart Connection" .

Itulah monolog dalaman hati saya hari ini..

Termenung jauh saya hari ini, memikirkan bangsa kita.

"Nasi sudah menjadi bubur, menyesal kemudian hari tidak berguna lagi"
Lagu hati itu terus berkumandang dalam diri..

..........................................................


p/s: Untuk mendalami lebih mendalam permasalahan orang melayu, panjang diskusinya, banyak pembacaannya, dalam pemerhatianya. Maka, marilah kita cari buku karangan Ustaz Pahrol bertajuk, DILEMA MELAYU..






~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan~

Be yourself..

Be yourself..

Apa bendanya be yourself?

I belong to myself, and you belong to yourself..

Ujar kawan saya satu hari..

Hermm, confuse, how we can be ourself? How to describe that what we have now is ourself? The true one.

Actually, what we really are? Be ourself? or others?

How are you? How am I?

Macam mana. Macam mana, macam mana hah!

soalan yang saya sendiri pening dan masih pening bila ada orang yang cakap..

Ini diri aku, aku tak nak hipokrit, I just want to be myself. This is my true colur.Kalau tak suka, berambus!

cewah, speaking bi lak...

Tetiba ku rasa nak lempang-lempang saja orang macam mana, kalau be yourself ke arah kebaikan tak pe, tapi ni kearah yang tak baik.

Nak lempang ke tak nak,

Nak ke tak nak,

Nak ke tak nak.

Kalau ikut 'myself' dah lama saya bagi 'cop 5 jari'. Cakap macam orang tak ada agama. Kasar.

Tapi, sebab saya tak nak jadi 'myself' maka hasrat untuk melempang minah@mamat yang suka-suka hati keluarkan statement 'I want to be myself' sebegini ku batalkan. Mungkin mereka ni kena bagi makan 'lempeng', baru mereka tahu asal usul sebenar mereka.

"Macam ini la, sebenarnya, bagaimana yang awak kata awak cuba nak jadi diri awak,"tanya saya lembut, berhikmah konon. Cuba menyuap 'lempeng' ke mulutnya.

"Macam yang saya sekarang la. Awak sendiri nampakkan. Saya tak boleh jadi baik macam awak. Saya tak suka pakai tudung-tudung 'telekung' ni. Saya sayang dia, jadi saya tak boleh tahan diri nak kapel macam mana awak cuba elakkan diri awak dari kapel. bla bla bla," panjang betul alasan dia sampai saya pun terlupa.

"Awak yakin awak menjadi diri awak? Awak betul-betul yakin. Masa awak buat semua perkara-perkara tu, awak tak rasa berdosa kat tuhan, tak rasa bersalah kat parents? Awak tak rasa ke setiap kali awak buat dosa hati awak tak tenteram? awak yakin, itu diri awak, atau itu hanya..."ujar ku, saja nak pancing minat si dia yang sedang confuse tentang diri sendiri.

"Apa maksud awak, itu hanya apa?"

"Itu hanya alasan awak nak buat benda yang agama tak bagi,"

"Tolong sikit ye, saya bukan buat zina, saya kapel je. saya still pakai tudung, just nak bergaya sikit je, apa salah angkat-angkat sikit. Still tutup rambut,"

"Ye, saya tak kata awak jahat. Malah awak juga sangat baik. Lagi baik dari saya"

"Awak ni cakap putar belit la." marah dia. 'Lempeng' yang ku suap dimuntahkan balik.

" Yela, awak berkapel sebab hati awak penuh dengan kasih sayang, awak pakai tudung sebab awak tahu rambut aurat, tapi dalam masa sama awak juga mahu kelihatan cantik dan bergaya, "

"Cuma kebaikkan awak tu tersalah salurnya." Dia terkejut. Kerut seribu dimuka meminta pengertian dari kata-kata ku.

"Islam itu ada syariatnya, ada panduannya. Kita orang islam, gaya hidup kita gaya hidup Islam, pendidikan kita tak boleh lari dari pendidikan Islam hakta awak student medic." ambik nafas jap..

"Awak orang bijak, berpendidikan. Tak salah berkasih sayang, tapi ikut jalannya, NIKAH. Tak salah nak bertudung dalam masa yang sama tetap bergaya, atau dengan bahasa yang best sikit, kemas."

"Tetapi bertudung biar labuh sampai kedada, baju tak ketat. Bergaya la, janji tak berlebih. Malah, saya suka tengok muslimah yang bergaya, boleh jadi ikon masyarakat."

"Kenapa awak tak bergaya? Tengok, hipokrit. Saya benci orang hipokrit baik macam awak. Cakaplain, buatnya lain. Selagi awak tak jadi diri awak, awak takkan maju. Jangan jadi munafik la" uish, dia sangkal kita balik. Kita bagi 'lempeng' panas, dia suap kita cili pedas.

"Kenapa ye. sebab saya tak suka dan tak selesa. Itu sahaja, saya suka tengok, bukan suka pakai,"

"Mungkin orang kata saya hipokrit, tapi hakikatnya saya tidak. Mungkin orang kata saya berpura-pura baik, saya tak jadi diri saya, tapi sebenarnya tanggapan itu semua salah."

"Atas dasar apa awak cakap macam itu." tanya si dia. Pancing dah mengena.

"Manusia dilahirkan suci, bersih. Ya, ibu bapa yang mencorak kita. Kalau awak betul-betul cakap awak nak jadi diri awak yang sebenar, sehrusnya awak jadi diri awak yang baru lahir. Itu baru diri awak yang sebenarnya. Hakikatnya kita baik."

"Sebab itu saya tanya tadi, awak betul-betul jadi diri awak, atau sebenarnya awak cuba jadi diri orang lain."

Dia terdiam. Berfikir mungkin. Mungkin terfikir 'lempeng' buatan ku ini sedap.

.................................................................

Teringat ku satu hadis Rasulullah s.a.w yang cukup mahsyur,

" Setiap anak yang lahir adalah seumpama kain putih, maka ibu bapanyalah akan mencorak dan menjadikan yahudi, majusi atau nasrani"

Ya, semua manusia dilahirkan putih, suci, bersih, dan ibu bapa yang mencorak kita. Walaupun, agama yang ku anuti, bukanlah dari pencarian sendiri, tetapi lahir-lahir memang dah Islam. Rezeki dari tuhan. Alhamdulillah.

Tapi, itu tak bermakna pencarian harus dihentikan. Pencarian mesti diteruskan. Kan aku perantau kasih.

Back to the point, mari kita bicara soal fitrah. Fitrah manusia lahir dengan fitrah mahu beragama, sebab itu ramai yang mencari-cari tuhan.

Lihat cat stavens atau nama islamnya Yusuf Islam. Selami pejalanan kisah hidupnya. Bagaimana pencariannya berakhir sebagai seorang muslim. Ikon masyarakat muslimBritish. Malah kelibat beliau ditakuti kerajaan Amerika sehingga beliau dilarang masuk ke Amerika ketika isu hangat kes WTC runtuh.

Begitu hebat perjalanan hidup beliau. Bagaimana beliau boleh jadi manusia yang hebat.

Aset berjuta dollar, kata-katanya mampu mempengaruhi manusia, pandangannya luar biasa.

Jawapanya mudah, jawapan yang ku temui ketika terbaca interview antara Yusuf Islam dengan wartawan tentang pengislaman beliau.

Sebab beliau menjadi diri yang sebenar. Mencari agama itu fitrah manusia, kerana manusia dilahirkan dengan fitrah sebegitu.

Beliau mencari dirinya yang sebenar, dengan kembali kepada sistem hidup Islam.

Hakikatnya sistem Islam yang terbaik. Makanya, Lifestyle kita harusnya dicorak menggunakan sistem hidup Islam, Bukannya Iskam itu perlu ikut lifestyle kita!

Maka, kembali la kepada diri anda yang sebenar. To be a true muslim.

Mengapa?

Kerana Islam hanya satu-satu agama yang diredhai. Hakikatnya, kita semua muslim. Bukankah kita pernah berjanji bahwa hanya Allah tuhan yang layak disembah.

وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنْ بَنِي آَدَمَ مِنْ ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى أَنْفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَى شَهِدْنَا أَنْ تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ

172. Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuban kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengata- kan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)",

Maka sebab itu muaalaf tak suka perkataan convert@tukar, tetapi mereka menggunakan revert, bermaksud kembali. Kerana meraka tahu dan yakin bahawa mereka telah kembali@revert kepada fitrah sebenar.

Makanya, menjadi baik itu juga fitrah manusia, sebab hakikat kita ini dilahir suci lagi bersih. Hakikatnya, agama Islam adalah agama yang terbaik.

Tetapi, manusia itu lemah, pelupa lagi bodoh!

kerana terlalu leka dengan hal kedunian, terlalu ikut kata hawa nafsu, kita lupa, hakikat diri kita sebenar.

Kita jadi MANUSIA LUPA DARATAN.

Kita jadi MANUSIA HIPOKRIT.

Maka, mula la keluarstatement nak escape dari hakikat ini, seperti

'I WANT TO BE MYSELF'

Atau statement ini...

"Eh, aku tak hipokrit la. Sapa kata aku lupa daratan. Aku hanya nak jadi diri aku. Be yourself ok!"

Gelak syaitan dengar ayat-ayat di atas atau seumpama dengan nya.

"Ye, ye. manusia bodoh dah kena tipu dengan kita."

Syaitan berbisik lagi,

" 'BE YOURSELF'. Jangan jadi orang munafik. Pura-pura baik konon.Ko tau tak, dalam AlQuran, lebih banyak mention pasal orang munafik berbanding orang kapir."

"Ala, ko ambil la cara hidup Islam yang ko larat buat. Yang tak leh ikut, ko tinggalkan. Janji ko solat. Bukan ko sembah akupun,"

"Rilek la, ko bukan bukak baju pun, just nak bergaya sikit je. takpe, angkat sikit je. kan nampak comey pakai macam tu,"

"Ala, kapel je, bukan buat zina. sekadar pegang-pegang tangan, apa la sangat. Esok-esok bertaubat la. Kan Allah maha pengampun."

Huish, hebatnya godaan syaitan. Nampak semua macam ok je. Nampak macam terjaga, macam buat apa yang agama bagi, hakikatnya tidak!

Sama la orang yang pakai seluar 'halam'(seluar bawah lutut). Boleh jadi haram, boleh jadi halal. Macam tu juga godaan syaitan. Sampai kita pun tak boleh bezakan mana betul, mana salah. Kena balik cek ne, betul ke kita dah mumayiz.

Jadi, saya tak pernah rasa orang yang paksa diri nak jadi baik(even tak ikhlas) itu salah. Kalau orang kata mereka ni hipokrit dengan berpura-pura jadi baik, mungkin dengan hipokrit itu tuhan bantu mereka. Hidayahkan perlu dicari, bukannya datang bergolak.

Hipokritkah MEREKA?

Hakikatnya, mereka tak hipokrit, tetapi mereka mencari diri mereka yang dulu. Yang bersih dan suci.

Siapa manusia HIPOKRIT?

Manusia yang hipokrit adalah manusia yang enggan mencari hakikat siapa tuhan itu.

Manusia yang hipokrit adalah manusia yang enggan percaya tuhan yang sebenar.

Manusia yang hipokrit adalah manusia yang enggan ikut jalan-jalan yang tuhan tunjuk.

Manusia hipokrit adalah manusia yang membelakangi jalan Islam.

Dan manusia yang hipokrit adalah manusia yang konon-konon mengelurkan statement "I WANT TO BE MYSELF."

Jadi la macam orang Jawa, kemana saja mereka, lempeng tak pernah dilupakan.

Jadi, HIPOKRITKAH ANDA?


~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan~

"Banyakkan solat Dhuha pah. Jangan lupa qiam, InshaALLAH berkat hidup. Berjaya dunia akhirat," pesan Umi suatu ketika dulu. Herm, Buat kemana, istiqamah kemana....

"Tangan-tangan itu, jika dizinkan Allah, apa sahaja yang mereka lakukan pasti menjadi" ujar ku suatu hari kepada seorang sahabat.

Ya, itu lah tangan-tangan orang soleh, ahli  ibadah dan ahli taubah.

Sebenarnya, kita tak rasa, kita tak jiwai, kita tak memahami kalau kita tak duduk sekali dengan mereka yang dikatakan seperti ini. Itulah manusia. Sebagai manusia, itulah kelemahan ku. Sebab aku manusia!

Bulan lepas, nenek ajak teman pergi ke rumah seorang ustaz atau lebih disenangi dipanggil Pak Guru. Jangan salah anggap ye, pak guru bukanlah bomoh ataupun pawang. Tetapi, hanya seorang ustaz. Kebetulan memang aku tengah cuti panjang. Maka, ajakan itu ku rasa tak bersopan kalau ditolak.

Seminggu masa dihabiskan sana. Ya, inilah kali pertama aku belajar satu perkara baru yang tak mungkin UIA ajar, suatu yang sukar ku dapati di universiti kehidupan ku, suatu yang ku rasa besar pengertiannya dalam hidup ku, sebab aku belajar melalu mata hati, melalu pemikaran dan pemerhatian.

Pada mulanya memang agak bohsan. Yela, disuruh tinggal dirumah tanpa melakukan apa-apa, dilayan sebagai tetamu, hanya makan, minum dan tidur. Maka, masa terluang ku sibukkan dengan membaca, berjalan, memerhati dan berborak.

Herm, orang-orang disini sentiasa solat berjemaah, seusai solat, mereka tidak pernah lupa wirid. Amalan solat witir sudah tentu menjadi pakaian diri. Pak Guru merupakan orang yang membuka penempatan tersebut. Atuk selalu cerita, dia dengan nenek sanggup datang dari selangor ke Kedah semata-mata membantu Pak Guru. Jauhnya. Inilah namanya UKHWAH FILLAH yang sepatut kita contohi.

Kawasannya tak berapa luas, tetapi semakin ramai orang yang bina rumah di kawasan ini. Perkampungan ini seolah-olah taman di dalam hutan kerana ia terletak di dalam hutan. Maka, jika anda kesini, jangan harap nak dapat line handpon.

Sebenarnya, penempatan ini juga menempatkan orang-orang yang tegar dadah yang datang mahu berubat. Herm, jumlah ahlinya makin bertambah. Perlukah aku rasa seronok sebab ramai orang tahu kemampuan Pak Guru membantu mereka yang tegar dadah? Atau aku perlu rasa sedih sebab lihat anak bangsa merosakkan diri semakin bertambah?Keliru, keliru.

Tapi sungguh, walaupun tak semua, tapi ramai yang dah pulih. Malah, ada yang tak mahu keluar dari tempat tu, punyalah sayang mereka dengan suasana disini. Suasana yang membuat mereka tenang, dekat dengan ALLAH.

Sebagai seorang yang berjiwa bapa, Pak Guru tak pernah menolak mereka yang mahu terus tinggal disini. Malah, pada peringkat awal, beliau membantu mereka-mereka ini . Makanan ditanggung, tempat tinggal diberi. Uish, kalau macam ni, senang la hidup. Senang ke?

Tak, Sebenarnya pelbagai kerja yang diberi, ada yang suruh kerja di ladang buah, ada yang diberi modal menternak ayam dan macam-macam lagi. Mereka semua di beri gaji dan dana. Sampai begitu sekali kasih sayang seorang bapa kepada anak yang langsung tiada pertalian darah. Malah, anak-anak meraka  dianggap sebagai cucu sendiri (ada yang tinggal sampai beranak-pinak, tetapi mereka ini berkerja dengan Pak Guru).Sampai begitu sekali.

Kita macam mana?

Seringkali kita berdakwah, kita kata kita seorang dai',  tetapi kadang-kadang dakwah kita diselit rasa benci, tiada ruh kasih sayang. Sedangkan manusia itu tandus kasih sayang. Jauhnya manusia dari ALLAH lantaran mata hati mereka buta menilai kasih sayang ALLAH. Seharusnya, sebagai dai' kita tunjukkan kasih sayang itu wujud. Bukankah ALLAH itu Ar Rahmah dan Ar Rahim?

Sebenarnya, aku merasa hairan. Owh, orang apakah ini? Disayangi, rezeki murah, anak-anak solah dan solehah, dan yang paling penting, apa sahaja yang dilakukan , InshaAllah menjadi. Siapa mereka ni?

Itulah dia, ahli ibadah, orang soleh dan ahli wirid. Mereka di sini sangat konsisten ibadahnya. Wirid LAILAHAILLAHLAH menjadi basahan mulut. Solat sunat menjadi pakaian hidup. Mereka ini sangat dekat dengan ALLAH. ALLAH menjadi pegangan mereka. Rasulullah s.a.w menjadi ikutan contoh. Akhirat menjadi ikutan. Maka, dunia tidak pernah bersarang di dalam hati.

Inilah orang-orang yang menjadikan akhirat matlamat hidup, dunia ikut di belakang. Inilah orang-orang yang kita selalu kata, berkerja untuk akhirat seolah-olah kau akan mati esok, tetapi berkerja untuk dunia seolah-olah kau akan hidup selamanya. 

Inilah orang yang memberi tanpa mengharap. Sebab mereka yakin, Maha Pemberi, Ar Razak itu ialah ALLAH yang satu. Yakin akan segala pemberian itu dari ALLAH. Keyakinan yang jitu tanpa ragu-ragu yang sukar untuk kita terapkan kedalam diri kita. Inilah orang nya. Mereka ini ku kira ialah petani akhirat.

Kenapa petani?

Kerana petani itu sangat mulia kerjanya. 

Petani akhirat ialah petani yang memberi manfaat kepada manusia  di dunia tetapi juga diakhirat

Petani akhirat menanam di dunia, untuk di tuai di akhirat.

Petani akhirat ialah petani yang dijanjikan Allah syurga.

Maka, jadilah petani akhirat.

Salam kalam dari diri ku yang hina..

~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan~


Seringkali kita dengar yang negara pelbagai perkara yang menjadi kebanggan negara. KLCC, Putrajaya dan banyak lagi. Pentingkah?Hebat sangat ke?Entahlah. saya pun tak tahu apa yang hebat sangat dengan bangunan-bangunan batu.

Bukan bangunan yang kami(rakyat) inginkan. Bukan pencakar langit yang kami idamkan. Tetapi, keadilan dan keselesaan rakyat yang perlu diutamakan. Selesakah Malaysia?

Tidak. Sudah tentu tidak.

Kenapa?

Apa yang hebatnya kalau kerajaan tidak mampu menyediakan kemudahan kesihatan yang baik untuk rakyat.

Lihat saja hospital-hospital kerajaan yang kekurangan kemudahan, staf, doktor dan macam-macam lagi masalah yang kalau disenaraikan rasanya hanya menyesakkan dada kita.

Sebelum ini, saya tidak pernah terfikir soal-soal ini. Ya, saya seringkali dengar luahan orang yang kemudahan kesihatan di negara kita teruk, layanan jururawat yang tak memuaskan, doktor yang melakukan kesilapan. Tapi, hakikat kebenaran nya hanya dapat kita rasa bila kita melihat sendiri situasi-situasi ini.

Baru-baru ini saya 'di tugaskan' menemani nenek dikampung kerana atuk ditahan di wad. Hospital mana, lebih baik saya tak sebut mana-mana hospital kerana kritikan ini lebih kepada kerajaan kita yang gagal menyediakan prasarana kepada rakyat. Maka, hari pertama, ayah bawa kami sekluarga melawat atuk di wad. Punya la ramai pelawat sampai tempat parking pun tak de. Yang lagi mahsyuk, wad atuk terletak ditingkat lapan, tingkat paling atas!

Sampai sampai je ditingkat 8, Ya Allah, sesaknya, hanya tuhan saja yang tahu. Nak jalan pun berlangar-langgar bahu. Belum lagi katil yang diletak terlalu dekat. Yang paling 'best', wad ini hanya dibekalkan kipas. Memang tak boleh dibayangkan panasnya. Jadi, pihak hospital terpaksa buka 'sliding door' bagi membenarkan angin semula jadi dari luar masuk. Hebat tak?!

"Pah, atuk nak gi tandas. Ko carikan kereta sorong," kata atuk. Apa lagi, saya pun jelajah la satu wad mencari kereta sorong.

Untuk pengetahuan umum, wad di hospital ini macam dewan besar. Tiada bilik. boleh dijelajah dari hulu hingga kehilir wad. Mungkin dengan cara macam ini, pihak hospital boleh sumbat lebih banyak pesakit.

"Nurse, ada kereta sorong tak?"

"Cuba cari kat belakang,"

Tapi,

Kereta sorong dah di 'booking' orang lain. Terpaksa la saya tunggu turn nak guna kereta sorong. Dapat je kereta sorong, saya segera bawa atuk ketandas.

"tumpang lalu, tumpang lalu,"

Lucu rasanya, Macam jadi perhatian ramai bila saya sorong kereta sorong semata-mata nak bawa atuk ke tandas yang terletak dihujung wad(punya la jauh tandas). Setiap kali saya nak lalu, mereka mesti bagi laluan kat saya.Terasa macam VIP pun ada. Mana taknya, jalan nak ketandas penuh dengan pelawat yang berdiri. Sebabnya, satu katil, disediakan satu kerusi sahaja! Maka berhimpit-himpit la ahli keluarga yang datang melawat. Belum lagi disentuh soal tandas. Boleh jadi motto, 'KOTOR, BERBAU, TERSUMBAT'.

Ya Allah, padanla atuk aku tak nak mandi kat tandas ne. Sudah-sudahnya, 4 hari atuk tinggal di wad, 4 hari la dia tak mandi. Nak buat macam mana. Terpaksa la saya lap badan atuk dengan kain basah. Sekali lagi, saya jadi perhatian. Tak de privacy langsung!

Kalau macam ni punya gaya, pesakit yang masuk ke hospital ni bertambah sakit. Herm, sedih-sedih melihat kondisi hospital ni. Dah la kebanyakkan pesakit terdiri orang-orang tua.

Tapi, syabas saya ucapkan kepada doktor-doktor, akak dan abang nurse, dan staf dihospital kerana mampu memberi layanan yang baik dalam kondesi yang teruk. 

Saya sempat berbual dengan pembantu pegawai kesihatan yang bertugas ketika atuk menjalani rawatan dialisis. Beliau sanggup korban cuti sakit(demam) semata-mata mahu membantu pesakit. Katanya, kalau beliau tak datang hari ini, pesakit tak dpt buat dialisis. Nak tak nak, beliau datang juga, atas dasar ehsan. Gaji tak tambah pun.

Belum lagi kita lihat doktor-doktornya. Sepanjang saya melawat atuk disini (selain melayan atuk) saya juga gemar memerhati doktor-doktor yang merawat pesakit. Melalui pemerhatian, doktor-doktor disini tak pernah merungut kalau pesakit buat hal atau terpaksa kerja lebih masa. Kebanyakkan doktor-doktor disini muda-muda belaka dan ramainya dari bangsa cina. Pelik, mana pergi doktor Melayu? Ada, tapi tak ramai. Tapi komitmen yang diberi, tenaga yang dicurahkan, masa yang diberi, sangat membuat diri saya begitu kerdil. Seharusnya kita bangsa melayu, orang Islam malu dengan bangsa cina. 

Apa yang mereka dapat. Duit?berapa besar sangat la gaji doktor.Mereka bukan doktor pakar.Belajar medic saja 6 tahun, gaji permulaan(kerajaan) sekadar RM 2000, tapi kerja bagai nak 'gila'. Tekanan dari pesakit lagi. Kemudahan yang tak cukup. Terpaksa tinggalkan keluarga ketika cuti. 'On Call' tengah-tengah malam. Kehidupan apakah ini?

Teringat perbualan dengan seorang sahabat yang sekarang sedang menyambung pelajaran di India dalam bidang kedoktoran. Katanya, doktor tak de lifestyle. Gaji sikit. Belajar lama. Tapi, dia tetap nekad ambik bidang tersebut walaupun ditawarkan dalam bidang kejuteraan di UTP. Saya pernah bertanya, kenapa ambik 'medic'? Jawapannya mudah, kita kurang doktor. Aku rasa aku mampu. Aku nak tolong orang.

Inilah pegorbanan seorang doktor yang benar-benar ikhlas mahu membantu masyarkat.Maka, saya kira meraka ini wajar dihormati. Sebab itu, kerjaya yang paling dihormati, dan insan yang paling dipercaya ialah DOKTOR (berdasarkan kajian). Maka, kepada pelajar-pelajar Medic,(khususnya kakak dan adik saya yang sedang bengong otak belajar anatomy), berbanggalah anda dengan kerjaya yang bakal anda sandang. Putus asa jangan dijadikan falsafah hidup. Semoga kalian menjadi doktor yang berjaya.

~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan~

Kisah asalnya bermula apabila Polis Kerajaan Bavaria (1784) telah menemui dokumen-dokumen yang mengandungi rancangan induk pada seorang pengunggang kuda yang mati dipanah petir. Kandungannya ialah satu pakatan sulit kaum Mulhid daripada pertubuhan Illuminati yang ditubuhkan pada 1 Mei 1776. Ia berkaitan perancangan mereka untuk menguasai dunia melalui revolusi dan huru-hara.


Memang terdapat pihak-pihak yang menafikan dengan menyatakan "This protocol has been proven false in a court of law”. Secara ringkas apa yang saya boleh katakan selepas melihat pernyataan tersebut ialah dengan menukilkan kenyataan Henry Ford, dalam bukunya International Jews pada tahun 1902 (terjemahan):-

“Tidak kira siapa yang menulisnya (protokol Zionis-pen); 95% apa yang dikatakan telah dan sedang berlaku."

Des Griffin juga berkata dalam "Fourth Reich of the Rich"(terjemahan):-

"Untuk menyatakan pakatan sulit tersebut adalah satu pakatan Yahudi adalah satu kenyataan membuat sesuatu perkara yang kompleks terlampau mudah (oversimplified).Tetapi untuk menafikan bahawa ramai orang Yahudi telah terlibat di dalamnya adalah satu perkara yang mustahil kerana Weishaupt,Marx, keluarga Warburgs,Rothschilds,Jacob Schiff dan lain-lain adalah semuanya orang Yahudi."[hlm. 208]


Bagi para pengkaji saya rasa nama-nama seperti Iluminati,Freemason, 33rd Degree Mason dan sebagainya bukanlah satu perkara yang asing.Perkara ini lebih jelas dari sudut ekonomi dunia jika kita berbicara berkenaan emas. Yang mana IMF sebenarnya telah membeli seberapa banyak emas yang boleh sebagai langkah berjaga-jaga kerana mereka mengetahui hanya emas sahaja yang mampu melumpuhkan ideologi ekonomi kapitalis mereka.


John Robison A.M yang bertanggungjawab mendedahkan gerakan Illuminati (Illuminati ialah nama bagi satu mazhab Yahudi) ini. Suatu dokumen yang didedahkan oleh professor Nylos di Rusia pada tahun 1905M merupakan rancangan jangka panjang Illuminati sebagaimana yang dijelaskan oleh Mayer Rothschild kepada rakan-rakannya di Frankfurt pada tahun 1773. [Rujuk Kitab Halak Wa Dinar Amerika Muntazar, hlm. 3-38]


Rancangan yang telah diprogramkan ialah membiayai dan menguasai Gerakan Revolusi sedunia oleh pemodal elit antarabangsa yang berpengaruh yang tidak pernah taat kepada sebarang negara, sebaliknya menggugat semua negara. Satu carta “World Supra Government atau Kerajaan Tertinggi Sedunia” menunjukkan organisasi-organisasi lain yang dikuasai oleh kapitalis antarabangsa bekerjasama dengan CFR (Council Foreign Relations) yang terdiri dari kumpulan organisasi Anglo-Amerika yang merancang untuk mendirikan satu Kerajaan sedunia. [Rujuk buku None Dare Call It Conspiracy. Hlm. 88. Gary Allen]

Mereka menguasai politik Britian, US dan negara-negara lain.Banyak perkara yang perlu dibongkar, tetapi kajian dari sudut ekonomi sahaja sudah tidak menang tangan jika dilakukan seorang. Malah penemuan yang lebih menarik yang terbaru adalah berkenaan minda separa sedar yang diguna sebagai medium untuk menyampaikan mesej mereka. Ini secara tidak langsung merupakan peperangan pemikiran (Ghzwul Fikr). Sebab itu pendedahan awal yang saya lakukan hanyalah melalui artikel “Kronologi Pendustaan dan Penjajahan Global”.


Untuk kajian lanjut para pembaca yang berminat digalakkan membaca:-

- International Jews by Henry Ford
- None Dare Call It Conspiracy by Allen, Gary. 
- Censored History by Eric D.Butler
- Protocols of the meeting of the elders of zions by Victor E. Marsden
- Proofs of Conspiracy by John Robinson
- The Ultimate World Order: As picture in"The Jewish Utopia" by Robert H Williams

Bagi yang berminat dari sudut ekonomi saya sarankan membaca buku (yang lebih ringan) yakni tulisan Prof. Kameel Mydin Meera keluaran Pelanduk Publication bertajuk:-


- The Theft of Nation
- The Islamic Gold Dinar


Ini hanyalah antara berpuluh-puluh buku yang disarankan untuk kajian lanjut. Saya masih lagi mencari buku-buku tersebut untuk diperhalusi. Dan saya difahamkan buku-buku ini kebanyakannya terdapat di 'Red Sport' Perpustakaan Tun Sri Lanang UKM. Kesemua ini bukan bermakna saya ingin memaksa mana-mana pihak mempercayainya, kerana dari mempersoal kita mengkaji dan membaca. 


Perbincangan konspirasi zionis ini lebih bersifat global dari sekadar kekhuatiran sesetengah pihak bahawa facebook ataupun friendster mereka mampu ditelusuri pihak CIA. Kita bicara soal 'New World Order' impian Zionis, daripada sudut politik, ekonomi, sehinggalah perkara-perkara kecil yang tidak kita sangka-sangka. Selain bertumpu pada topik ini, kita perlu juga terus maju dengan berstrategi kerana kita ummat Islam juga punya 'New World Order' tersendiri yang mereka takuti, jika pembaca masih termanggu-manggu tentang apakah 'New World Order' Islam? Sudah tiba masanya anda menelusuri sirah Nabawiyyah bagi memperkasakan semangat perjuangan dalam menegakkan risalah Islam ke serata dunia.


Semoga perkongsian yang sedikit ini bermanfaat.


Wallahu’allam.
Ibn Yusof
10 March 2009
3.49 p.m

www.ibnyusof.blogspot.com

p/s: artikel ini saya ambik dr blog lain. Sekadar perkongsian bersama.Selamat membaca.


~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan,

dan tidak berkurangan kerana kelemahan~

Some personality quiz. But, is it true?

 http://www.quizbox.com/personality/test82.aspx

Your view on yourself:
You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties. (may be)

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:
You are not looking merely for a girl/boyfriend - you are looking for your life partner. Perhaps you should be more open-minded about who you spend time with. The person you are looking for might hide their charm under their exterior.(hermm. no idea)

Your readiness to commit to a relationship:
You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person. (no idea)

The seriousness of your love:
You like to flirt and behave seductively. The opposite sex finds this very attractive, and that's why you'll always have admirers hanging off your arms. But how serious are you about choosing someone to be in a relationship with? (haha, totally wrong)

Your views on education
Education is very important in life. You want to study hard and learn as much as you can. (of course!)

The right job for you:
You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life. (absolutely right)

How do you view success:
Success in your career is not the most important thing in life. You are content with what you have and think that being with someone you love is more than spending all of your precious time just working. (both important )

What are you most afraid of:
You are concerned about your image and the way others see you. This means that you try very hard to be accepted by other people. It's time for you to believe in who you are, not what you wear. (that's my past personalty)

Who is your true self:
You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve.(yup. that's true)


~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan~

Pages

About Me

My photo
Just a simple person,but I always make problems... Sorry Abuya and Umi... but I love my family so much, I am third from nine... I am a thinker... Love to think and can't stop to think.. For me,life is hard and weird... People is hard to understand. May be, that is one of The Greatness of ALLAH.. SubhanaALLAH

About this blog

Pengakhiran hidup yg masih kabur..

Dimana aku?!!

talk

Followers