Hatiku~
Hati ku, milik MU,
Pada MU ku serahkan segalanya,
Pada MU ku pohon segalanya.
Bantu lah aku, kerana aku hamba MU yg lemah.
Tuhanku,
Aku tidak tahu,
Berat diri untuk menerima nya,
Bukan benci, cuma tak sudi,
Bukan suka, terpaksa menerima,
Hati memberontak, mengatakan tidak.
Siapa tahu hasrat hati ku,
Mereka tahu, tapi pura-pura tak tahu,
Mereka sedar aku tak mahu,
Tapi aku disuruh patuh dan terima.
Aku bimbang, aku tak mampu,
Aku bimbang, pengorbanan dibuat mengorbankan diri,
Aku bimbang, aku tak mampu menghadapi,
Aku bimbang aku tidak mampu meneruskan kepura-puraan ini,
Saban hari batin ku menjerit,
Hanya kerana aku tidak sudi menerima nya
Susah kah mereka memahami isi hati ku.
Hati ku, aku yang tahu,
Aku pemilik hati ini,
Hakikatnya, kita bukan milik kita,
Hakikatnya aku milik tuhan KU,
Hanya pada MU hati ini ku serahkan,
Hanya pada MU ku pohon pertunjuk,
Ternyata, hati ku yg dulu tetap sama,
Diri mu tidak akan mampu mengubah pendirian ku
Kerna hatiku, adalah aku,
Dan aku hanya milik NYA.
Posted by
Perantau Kasih
~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan~
3 comments:
waaa terrorist la nab!
Alhamdulillah..tahniah2!
he3~~~
mnakah janjimu itu~~~
salam fifah. bila agaknya ko nak blogging semula? puisi pasal hati ni..pasal bende yg ko ckp time halaqah tu ke? skrg mcm mana? masih problemas ka? kalau kau buntu..x tau nak ckp ngan sapa, kontek la aku ye..aku free je iAllah..:) (cik tim)
Post a Comment