"Akak, kami ada posting community masa 1st year, boleh ke dikira masuk kerja projek? " Soal salah seorang dari sahabat ku.
Herm, POSTING COMMUNITY. Apa benda tu? Baru tahun pertama dah ada kerja projek berbentuk praktikal. Sedar tak sedar, dah besar rupanya aku. Melangkah ke alam dewasa, di tambah pendedahan kepada dunia kerja agak menggerunkan kami.
"Uish, biar betui uia ne, kita kena praktikal kat pharmacy outlet. Kan kita ne baru tahun satu," Getus salah seorang rakan ku dengan loghat utaranya.
Ya, itu lah realiti kehidupan, sedar tak sedar, kami sudah melangkah kearah dunia yang lebih mencabar. Posting community, subjek wajib yang diambil ketika cuti antara tahun meng' induce' hormon adrenalin kami mencari pharmacist outlet di luar sana.
Hakikatnya, itu baru pendedahan kecil ke dunia luar. Banyak lagi cabaran-cabaran global yang perlu kita hadapi. Sebagai seorang siswi muslim, tidak harus kita abaikan perjuangan dan dakwah kepada masyarakat. Hakikatnya, masyarakat kita makin parah.
"Tak yah pergi jauh-jauh, tengok isu besar-besar, Bab aqidah dalam masyaraakat pun masih tak jelas. Pelajar universiti pun kadang-kadang keliru dengan apa yang mereka perjuangkan. Hidup ini untuk apa sebenarnya," soal umi ku suatu hari.
Itu lah ibu ku yang sentiasa buat otak ku ligat memikirkan maksud kata-kata nya. Diam ku panjang memikir untuk mencari jawapan.
Ya, bab aqidah, satu perkara yang sangat besar untuk di bicarakan. Konsep iman, islam dan ihsan pasti gagal dihayati jika tidak kena caranya. Pelajaran agama islam, syariah dan Quran sunnah pasti gagal di terap dalm jiwa pelajar-pelajar ini tanpa penghayatan dan kesedaran. Kefahaman agama bukan suatu yang boleh di ikut buta-buta tanpa panduan guru. Hakikatnya, ramai yang keliru dalam isu ini kerana mereka bergurukan buku.
"Perlu tunggu ustaz dan ustazah ke nak baca buku agama. Kalu macam tu, sampai bila berhabuk la buku kat dalam bilik," ujar salah seorang senior ku suatu ketika dulu.
Bukan itu maksud ku, ya, sila lah baca buku sebanyak mana yang kalian mahukan. Tetapi, kalian perlu ingat, dalam mendalami ilmu agama, kita ada tertib dan akhlaknya, terutama apabila menyentuh bab aqidah, peranan guru tidak boleh dipandanh enteng.
"Tanpa guru, syaitan pembimbingnya. Belajar agama bukan sama seperti kita belajar Physiology," ujar salah seorang rakan ku dalam kelas. Aku terdiam seketika. Alhamdulillah, di tengah-tengah kejahilan diri ini dalam menuntut ilmu, ada jua insan yang sependapat dengan ku.
Aku bukan manusia yang arif dalam hal agama, tetapi, displin ilmu mengariskan, dalam apa jua hal yang dikatakan menuntut ilmu, kita tidak boleh lari dari konteks berguru. Realiti anak-anak muda, terutama pelajar universiti, golongan yang sentiasa ingin mencari perkara kebaikan dengan membaca. Semangat juang dan dakwah mereka tidak pernah luntur. Duit dilabukan untuk membeli buku bukan RM 10-20, tetapi mencecah ratusan ringit. Golongan muda ini amat ku kagumi semangat dakwah dan menuntut ilmu agama.
Tetapi, disiplin ilmu tetap disiplin. Syariat mencari ilmu yang tidak boleh kita pandang remeh iaitu mencari ilmu pada orang yang tepat, iaitu guru. Hakta, Nabi Muhammad sendiri bergurukan Jibril yang menyampaikan risilah AlQuran dan As Sunnah dari Allah. Apatah lagi kita. Sebab itu, wujud permasalahan di kalangan anak-anak muda yang sewenang-wenang nya mentafsirkan apa yang mereka baca. Akhirnya, timbul kekeliruan dan hal ini bertambah teruk apabila ilmu 'baca-baca' mereka disebarkan ke masyarakat yang jahil ini. Satu lagi fitnah sudah tersebar.
Rakan-rakan, syaitan itu bijak, kadang-kadang, kita lihat suatu perkara itu baik dari pandangan kita, tetapi hakikatnya buruk bagi pandangan Allah. Namun, dalam usaha mencari ilmu, memperbaiki diri dan masyarakat umumnya, janganlah kalian berputus asa.
Tetapi, setiap apa yang kita lakukan, ada disiplinya. Bergurulah kerana jalan itu lebih selamat. Dan ingatlah, manusia yang lari dari disiplin, sebenarnya lari dari syariat Allah. Waktu itu, tunggulah, janji Allah pasti akan tiba, saat manusia menyaksikan sendiri kemusnahan diri mereka, kecuali orang yang beriman dan bertaqwa. Wallahualam.
~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan~