Perantau Kasih

Merantau mencari kasih ILAHI,



"Akak, kami ada posting community masa 1st year, boleh ke dikira masuk kerja projek? " Soal salah seorang dari sahabat ku.


Herm, POSTING COMMUNITY. Apa benda tu? Baru tahun pertama dah ada kerja projek berbentuk praktikal. Sedar tak sedar, dah besar rupanya aku. Melangkah ke alam dewasa, di tambah pendedahan kepada dunia kerja agak menggerunkan kami.


"Uish, biar betui uia ne, kita kena praktikal kat pharmacy outlet. Kan kita ne baru tahun satu," Getus salah seorang rakan ku dengan loghat utaranya.


Ya, itu lah realiti kehidupan, sedar tak sedar, kami sudah melangkah kearah dunia yang lebih mencabar. Posting community, subjek wajib yang diambil ketika cuti antara tahun meng' induce' hormon adrenalin kami mencari pharmacist outlet di luar sana.


Hakikatnya, itu baru pendedahan kecil ke dunia luar. Banyak lagi cabaran-cabaran global yang perlu kita hadapi. Sebagai seorang siswi muslim, tidak harus kita abaikan perjuangan dan dakwah kepada masyarakat. Hakikatnya, masyarakat kita makin parah.


"Tak yah pergi jauh-jauh, tengok isu besar-besar, Bab aqidah dalam masyaraakat pun masih tak jelas. Pelajar universiti pun kadang-kadang keliru dengan apa yang mereka perjuangkan. Hidup ini untuk apa sebenarnya," soal umi ku suatu hari.


Itu lah ibu ku yang sentiasa buat otak ku ligat memikirkan maksud kata-kata nya. Diam ku panjang memikir untuk  mencari jawapan. 


Ya, bab aqidah, satu perkara yang sangat besar untuk di bicarakan. Konsep iman, islam dan ihsan pasti gagal dihayati jika tidak kena caranya. Pelajaran agama islam, syariah dan Quran sunnah pasti gagal di terap dalm jiwa pelajar-pelajar ini tanpa penghayatan dan kesedaran. Kefahaman agama bukan suatu yang boleh di ikut buta-buta tanpa panduan guru. Hakikatnya, ramai yang keliru dalam isu ini kerana mereka bergurukan buku.


"Perlu tunggu ustaz dan ustazah ke nak baca buku agama. Kalu macam tu, sampai bila berhabuk la buku kat dalam bilik," ujar salah seorang senior ku suatu ketika dulu.


Bukan itu maksud ku, ya, sila lah baca buku sebanyak mana yang kalian mahukan. Tetapi, kalian perlu ingat, dalam mendalami ilmu agama, kita ada tertib dan akhlaknya, terutama apabila menyentuh bab aqidah, peranan guru tidak boleh dipandanh enteng. 


"Tanpa guru, syaitan pembimbingnya. Belajar agama bukan sama seperti kita belajar Physiology," ujar salah seorang rakan ku dalam kelas. Aku terdiam seketika. Alhamdulillah, di tengah-tengah kejahilan diri ini dalam menuntut ilmu, ada jua insan yang sependapat dengan ku.


Aku bukan manusia yang arif dalam hal agama, tetapi, displin ilmu mengariskan, dalam apa jua hal yang dikatakan menuntut ilmu, kita tidak boleh lari dari konteks berguru. Realiti anak-anak muda, terutama pelajar universiti, golongan yang sentiasa ingin mencari perkara kebaikan dengan membaca. Semangat juang dan dakwah mereka tidak pernah luntur. Duit dilabukan untuk membeli buku bukan RM 10-20, tetapi mencecah ratusan ringit. Golongan muda ini amat ku kagumi semangat dakwah dan menuntut ilmu agama.


Tetapi, disiplin ilmu tetap disiplin. Syariat mencari ilmu yang tidak boleh kita pandang remeh iaitu mencari ilmu pada orang yang tepat, iaitu guru. Hakta, Nabi Muhammad sendiri bergurukan Jibril yang menyampaikan risilah AlQuran dan As Sunnah dari Allah. Apatah lagi kita. Sebab itu, wujud permasalahan di kalangan anak-anak muda yang sewenang-wenang nya mentafsirkan apa yang mereka baca. Akhirnya, timbul kekeliruan dan hal ini bertambah teruk apabila ilmu 'baca-baca' mereka disebarkan ke masyarakat yang jahil ini. Satu lagi fitnah sudah tersebar.


Rakan-rakan, syaitan itu bijak, kadang-kadang, kita lihat suatu perkara itu baik dari pandangan kita, tetapi hakikatnya buruk bagi pandangan Allah. Namun, dalam usaha mencari ilmu, memperbaiki diri dan masyarakat umumnya, janganlah kalian berputus asa.


Tetapi, setiap apa yang kita lakukan, ada disiplinya. Bergurulah kerana jalan itu lebih selamat. Dan ingatlah, manusia yang lari dari disiplin, sebenarnya lari dari syariat Allah. Waktu itu, tunggulah, janji Allah pasti akan tiba, saat manusia menyaksikan sendiri kemusnahan diri mereka, kecuali orang yang beriman dan bertaqwa. Wallahualam. 



~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan~

14 comments:

fifah, community posting la..:)

thanks....;)

hidup ni untuk ape sebenarnya..

soalan mak awak ni membuatkan kita berfikir..

fikir, fikir, fikir,

sampai failed!

(maksudnya sampai satu tahap kite dah surrendr, dan fikir itu menang kerana ilmu ALLAH itu luas, akal manusia terbatas)

herm, saya tak berapa apa yang masej yang awak cuba sampaikan Darul....

hehe fifah... cube awk baca dengan nada suara saya, boleh dapat kot...

terbaca perkataan "apa erti hidup" membuatkan tersenyum sendiri. sudah melalui beberapa 'fasa mencari makna hidup' dalam satu jangka masa yang agak lama.

disertakan jawapan versi saya sendiri menerusi tulisan saya - http://www.facebook.com/note.php?note_id=410821333739

sekarang aku punya jawapan yang aku rasa puas hati [setelah terjebak dalam ilmu tasawuf ini]

1 - manusia adalah wakil tuhan dalam melaksanakan tugas-tugas pemerintahan di dunia ini. membangun, mencipta, mengurus, berkreativiti. mempunyai sifat-sifat ketuhanan namun terbatas. tuhan mengamanahkan urusannya kepada kita. ambil contoh begini, perdana menteri memanggil kita. kemudian kita dipilih untuk menyiapkan sesuatu urusan. sebab dia yakin dengan kebolehan kita. tidakkah itu satu penghormatan tertinggi terhadap kita ?

2 - manusia punya kebolehan menilai. dengan keupayaan itu, kita mampu berasa panas apabila berada di dalam cuaca panas. mampu berasa sejuk apabila berada di dalam keadaan sejuk. berasa takjub apabila melihat pemandangan laut yang indah. soalan : adakah cuaca panas itu tahu yang dirinya panas ? adakah laut itu tahu bahawa dirinya indah apabila dipandang ? jadi, siapa yang dapat merasakan panas, sejuk, indah suasana-keadaan itu ? manusia bukan ? hasil daripada penilaian kita apakah sepatutnya tindakan kita ? seharusnya begini bukan ?

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,” - Q.S 'Ali Imran [3] : 190 )

“(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata):` Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” - Q.S 'Ali Imran [3] : 191

3 - aku melihat takdir yang diaturkan tuhan sedang bergerak. takdir tuhan yang telah siapkan lama dahulu. aku juga tidak terlepas daripada takdir aku sendiri. aku sedang melalui takdir itu, termasuk juga orang lain. melihat janji-janji tuhan menjadi kenyataan, sama seperti yang tuhan nyatakan dalam kitabnya. sebuah pembuktian yang muncul satu demi satu.

daripada 3 jawapan itu, makna hidup manusia itu menarik sebenarnya. seronok dapat mengetahui makna-makna ini. dan tuhan mengajar manusia dengan cara yang istimewa. unik. dan seharusnya kembalikan rasa-rasa yang kita alami kepada tuhan.

boleh padam komen di atas ? tersilap post dowh...

terbaca keratan cik mengenai belajar tanpa guru - "Tanpa guru, syaitan pembimbingnya. Belajar agama bukan sama seperti kita belajar Physiology," saya tersenyum seketika. saya sudah menghadapi situasi seperti ini.terus terang cik, belajar physiology pun, syaitan mampu sesatkan kita [dengan izin tuhan].

di sini saya mahu tanya beberapa soalan;
siapa yang tahu ilmu agama ?
siapa yang tahu ilmu physiology ?
siapa yang tahu ilmu-ilmu kehidupan yang lain ?

ustaz ? cikgu ? pensyarah ? rakan-rakan senior ? pengalaman ? buku-buku ? internet ?

kalau jawapannya masih di dalam kalangan yang tadi, cik masih silap lagi.

kalau betul yang di atas, bagaimana harus kita 'menentu'kan apa yang diajarkan kepada kita adalah betul ? ustaz ? bagaimana kita menentukan maklumat yang disampaikan itu benar ? kalau itu ustaz palsu bagaimana ? bagaimana mahu memastikan info dari buku-buku, internet itu pun benar ? bagaimana pula kita mahu mengenalpasti sumber maklumat yang diperolehi itu benar ?

rasa letih bukan untuk memastikan kesemuanya benar ? mahu dapatkan ilmu yang tepat pun sudah tak kecukupan masa, sudah letih. apatah lagi mahu memastikan ketepatan sesuatu ilmu itu. semacam letih kehidupan ini.

bagaimana ? sudah menjawab soalan saya tadi ?

[bersambung di komen yang kedua]

jawapan saya adalah allah. sang maha tahu. dialah tuan punya ilmu, dialah yang mengajarkan kepada manusia.

adakah jawapan cik sama dengan saya ? kalau sama bagus. kalau tak sama, cik harus melihat semula diri cik, keyakinan cik, kepercayaan cik. ini penting.

persoalannya sekarang, bagaimana allah mahu mengajar cik ? mengajar ilmu agama, mengajar ilmu perubatan, mengajarkan apa-apa saja yang cik mahu tahu ?

jawapannya mudah sekali. berkomunikasilah [bercakaplah] kepada allah. cakaplah apa pun kepada dia apa yang cik lihat, cik rasa [samada rasa takjub, sedih, tak tahu, terlupa, tersilap ataupun keliru]. konsep berkomunikasi ini lebih kepada mengingat kepada allah selalu. zikir yang selalu diamalkan tu bagaimana ? [contoh : subhanallah, alhamdulillah dsb] amalkan saja. tak salah pun. tapi bukankah menyatakan apa yang cik rasa dalam hati lebih bermakna ? menyampaikan apa yang kita rasa dengan bahasa yang kita faham lebih beerti bukan ? apakah allah tidak paham bahasa melayu ? tak logik bukan ? allah adalah sang sumber ilmu. sang maha guru. dia sendiri yang menciptakan bahasa melayu.

berkomunikasi kepada allah ? nanti dicop sebagai orang gila yang bercakap sorang-sorang ? cakap sajalah di dalam hati. semacam kita berada dalam keadaan 'mind chat'. tapi kita sedang berbual dengan allah. mahu merasai lebih allah itu di mana ? rujuk QS Al-Baqarah [2]: 115 - "Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri, maka di sanalah wajah Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas lagi sentiasa Mengetahui"

di mana kita memandang di situ ada allah. apa maksudnya ? kita sebenarnya dibimbing, dituntun. allah di hadapan kita. allah yang membimbing kita, mengajarkan kita. namun jika kita tidak ingat kepada allah, allah sendiri akan membenarkan syaitan membimbing kita. rujuk QS Az-zukhruf [43] : 36 - "Barang siapa yang berpaling akan zikir kepada Allah, maka kami turunkan kepadanya syaitan yang terus menerus menjadi kawan seiring baginya"

sebuah praktikal yang mudah untuk mempelajari ilmu pengetahuan.

"ya allah fahamkan aku apa yang cikgu itu mahu sampaikan" atau "ya allah, ajarkan aku apa erti physiology". macam-macam lagi ayat komunikasi yang kita boleh sampaikan kepada allah. yang penting disertakan mula-mula sekali - "ya allah, ajarkan aku...", "ya allah, pilihkan aku....", "ya allah fahamkan aku..." atau ayat-ayat yang lain [namun allah di hadapan]

allah akan mengajarkan sesuatu kepada cik dengan cara yang tak disangka-sangka. rujuk ayat seribu dinar. ntah macam mana cik akan ditemukan dengan cikgu yang bagus-bagus atau peristiwa yang istimewa atau bahan-bahan yang menarik. dan apabila cik telah merujuk kepada allah dulu, cik tak perlu bimbang kesahihan ilmu tersebut. kalau allah yang ajarkan, dia pasti ajarkan yang benar. pasti. mana mungkin allah akan membiarkan makhluknya sesat setelah merujuk kepada dia terlebih dahulu. yang penting berpegang dan kembali kepada allah. rujuk QS Az-zukhruf [43] : 36.

tak percaya kata-kata saya ? cik dipersilakan membuat eksperimen. cik seorang ahli perubatan, cik sudah pasti suka menemukan bukti-bukti daripada persoalan-persoalan yang muncul di hadapan cik.

ambil yang mudah. "ya allah pilihkan aku makanan yang sedap time ini" ketika cik mahu mengambil makan atau mengorder makanan. kemudian, buat keputusan berdasarkan kata hati cik [biasanya kata hati yang pertama sahaja. jangan difikirkan pilihan yang telah dipilih. itu nanti sudah masuk was-was]. kemudian rasalah makanan kawan-kawan lain [kalau makan dengan kawan-kawan]. yang mana lebih sedap ? makanan yang dipilih berdasarkan pilihan allah atau makananan yang dipilih mengikut fikiran mereka sendiri ? [fikiran kawan-kawan]

salam.

kepada cik anonymous, adalah lebih baik kalau cik perkenalkan diri. kita mengamalkan sikap 'open minded' n 'open discussion' disini ye...

ok.

saya boleh dihubungi melalui emel anakrantausembilanlapan@gmail.com

boleh cari saya di facebook.

selamat berkenalan :)

jawapan yg panjang dan bermakna. sy suka pembaca yg mewujudkan 2 ways communication.

Niat penulisan ini sebenarnya mudah saja, tp dilihat dr sudut berbeza oleh cik Anonymous.

Mmg benar ilmu itu dtg dr Allah, Sudah tentu sy tidak menyangkalnya sama sekali.

tetapi, ilmu itu diturunkan kepada kita melalui junjungan Rasulullah S.A.W melalui alquran dan as sunnah. Dan dari Rasulullah, disampaikan kepada sahabat, tabi' tabi'in, dan sehingga lah ianya dismpaikan kepada seluruh umat sehingga hari ini.

Isu kali ini, apa yang sy cuba bangkitkan ialah DISIPLIM MENUNTUT ILMU yg tidak diambil berat oleh orang-orang muda iaitu menuntut ilmu dari guru, terutamanya dalam pengajian agama. Malah cik sendiri mengaku, kalau baca physio tanpa guru, boleh sesat jadinya. Apatah lagi kalau kita mentafsirkan hukum hakam dalam al quran.

Saya bukan pelajar yg mendalami agama tetapi sy bimbing melihat sesetengah orang muda-mudi yang menyalah tafsirkan maksud hadis dan alquran menurut tafsiran mereka tanpa di rujuk kepada guru@ustaz@ustazah. Keadaan menjadi teruk bila 'golongan-golongan' ini menyebarkan pemahamana mereka yang mengikut suka mereka kepada masyarakat di luar. Akhirnya, berlaku satu fitnah besar yang menyebabkan perbahalahan di kalangan umat.

Terdetik menulis hal ini kerana pengalaman saya melihat bagaimana orang menyalah gunakan ayat quran dan hadis mengikut pandangan nafsu mereka. Wallahualam

oo.. satu pandangan melihat "displin menuntut ilmu"

no komen.

kalau niat sudah tak betul, niat mengikut emosi, apa saja unsur yang baik akan cuba disesuaikan sejajar dengan niat songsang tadi.

bukankah itu hakikat bagi yang sudah terjebak ke dalam 'ruang kejahatan' ?

untuk kita, belajar memerhati kemudian sandarkan pemerhatian kita kepada tuhan. minta tuhan ajarkan apa yang kita tidak faham.

bagi saya cukup sekadar itu saja.

lagi satu cik,

"Hakta, Nabi Muhammad sendiri bergurukan Jibril yang menyampaikan risilah AlQuran dan As Sunnah dari Allah"

pada keratan tulisan tersebut, saya ada rasa tak sedap hati. boleh tak cik ubah kan ?

nabi muhammad berguru kepada allah. cuma method penyampaian berbeza.
ya, melalui jibril. namun allah sendiri ada menyampaikan firman-nya terus kepada nabi muhammad.

wahyu itu berbeza bentuknya.
- bunyi seperti bunyi loceng
- malaikat langsung turun
- bunyi seperti bunyi lebah
- tanpa suara, tanpa kata-kata tapi faham

haraf cik tidak berkecil hati ya ?

sekian, terima kasih.

cik,

terlupa satu lagi link yang amat saya sarankan untuk cik tatap :

http://www.metrotvnews.com/index.php/metromain/newsprogramindex/264/Ensiklopedia-Islam

(elok tengok mengikut urutan tarikh - bermula dengan tajuk "the power of solat")

sekian, terima kasih.

Pages

About Me

My photo
Just a simple person,but I always make problems... Sorry Abuya and Umi... but I love my family so much, I am third from nine... I am a thinker... Love to think and can't stop to think.. For me,life is hard and weird... People is hard to understand. May be, that is one of The Greatness of ALLAH.. SubhanaALLAH

About this blog

Pengakhiran hidup yg masih kabur..

Dimana aku?!!

talk

Followers