Perantau Kasih

Merantau mencari kasih ILAHI,




Pembukaan sem baru, genap setahun saya bergelar pelajar Farmasi UIA. Wah, masih ada 3 tahun yang perlu di tempuh. Pelajaran? Herm, makin susah, lagi-lagi bila UIA tukar sistem pembelajaran. Ramai yang tertanya, kemana menghilangnya saya, Merajukkah? Sakitkah? ke dah......


Setahun masa saya ambil menyepikan diri dari kawan-kawan. Ruang blog juga jarang-jarang dikunjungi. Setahun ini juga banyak mengajar saya apa erti kematangan, pengorbanan, dan yang palig penting APA ERTI HIDUP?



Saya tahu, ramai rakan-rakan di luar yang hebat fikrah nya (alhamdulillah di beri peluang berkenalan dengan kalian), dan Alhamdulillah, sepanjang hidup saya sentiasa di kelilingi orang yang jelas fikrah agama (termasuk ahli keluarga saya). Namun, tak ramai yang mampu beritahu saya apa itu erti hidup. Ralat diri ini melihat rakan-rakan malah diri sendiri kadang-kadang leka dengan dunia.


Maka, dengan pembukaan sem baru ini, saya menyeru diri saya dan rakan-rakan membawa satu perubahan dalam menghayati APA ERTI HIDUP dari perspektif yang lebih segar, kreatif, realistik serta matang.


Sesungguh nya hidup ini 'walou' tanpa Nya...


~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan~

7 comments:

melihat pertanyaan 'apa erti hidup' membuatkan saya tersenyum sendiri. berada di dalam 'fasa mencari makna erti hidup' bukan berada di dalam waktu yang sekejap.

keratan jawapan versi saya untuk menjawab persoalan itu.

-------------------------------
sekarang aku punya jawapan yang aku rasa puas hati [setelah terjebak dalam ilmu tasawuf ini]

1 - manusia adalah wakil tuhan dalam melaksanakan tugas-tugas pemerintahan di dunia ini. membangun, mencipta, mengurus, berkreativiti. mempunyai sifat-sifat ketuhanan namun terbatas. tuhan mengamanahkan urusannya kepada kita. ambil contoh begini, perdana menteri memanggil kita. kemudian kita dipilih untuk menyiapkan sesuatu urusan. sebab dia yakin dengan kebolehan kita. tidakkah itu satu penghormatan tertinggi terhadap kita ?

2 - manusia punya kebolehan menilai. dengan keupayaan itu, kita mampu berasa panas apabila berada di dalam cuaca panas. mampu berasa sejuk apabila berada di dalam keadaan sejuk. berasa takjub apabila melihat pemandangan laut yang indah. soalan : adakah cuaca panas itu tahu yang dirinya panas ? adakah laut itu tahu bahawa dirinya indah apabila dipandang ? jadi, siapa yang dapat merasakan panas, sejuk, indah suasana-keadaan itu ? manusia bukan ? hasil daripada penilaian kita apakah sepatutnya tindakan kita ? seharusnya begini bukan ?

rujuk Q.S 'Ali Imran [3] : 190-191

3 - aku melihat takdir yang diaturkan tuhan sedang bergerak. takdir tuhan yang telah siapkan lama dahulu. aku juga tidak terlepas daripada takdir aku sendiri. aku sedang melalui takdir itu, termasuk juga orang lain. melihat janji-janji tuhan menjadi kenyataan, sama seperti yang tuhan nyatakan dalam kitabnya. sebuah pembuktian yang muncul satu demi satu.

daripada 3 jawapan itu, makna hidup manusia itu menarik sebenarnya. seronok dapat mengetahui makna-makna ini. dan tuhan mengajar manusia dengan cara yang istimewa. unik. dan seharusnya kembalikan rasa-rasa yang kita alami kepada tuhan.
---------------------------------

untuk melihat tulisan penuh - http://www.facebook.com/note.php?note_id=410821333739

erkk, tak dpt la pulak nak masuk fb tu. sila bagi link yg betul

boleh lah cik.

cuma tulisan tu untuk tatapan rakan-rakan facebook yang telah di-approved saja.

:)

klu mcm tu, baik tak yah bg link, baik awak bukak blog sendiri, berkongsi dgn llebih ramai pembaca..

mintak maaflah cik kalau link yang saya sertakan tak mampu dibuka.

walaupun saya ada pernah menulis di laman terbuka, setakat ini saya hanya menghadkan menulis di laman facebook sendiri.

saya sertakan laman web yang menarik untuk tatapan cik (walaupun bukan tulisan saya)

http://www.fuadlatip.com/v1/
http://aku-ok.com/blog/
http://ummuayman.blogspot.com/
http://setiyo.wordpress.com/
http://shalatcenterjabar.org/
http://shalatcenter.com/
http://www.dzikrullah.com/
http://www.akubersujud.blogspot.com/

cubalah. kalau ada apa-apa yang kurang faham kita boleh berbincang.

anakrantausembilanlapan@gmail.com

walou tu ape?huhu

salam cik;

saya titipkan makluman di bawah ini;

KURSUS SOLAT KHUSYUK OLEH PAK USTAZ ABU SANGKAN

Tarikh: 6 - 7 November 2010 (2 hari)
Masa : 9 pagi - 6 petang
Tempat: Grand ballroom, Hotel Seri Alam, Batu 6, Jalan Gombak
Yuran: Rm150 (termasuk makan minum - discounted dari yuran biasa RM250)
Pendaftaran dibuka sekarang. sms (Nama penuh) 6-7 nov ke 0196241965.

lawati laman web http://ummuayman.blogspot.com/ untuk layari maklumat tambahan

memandang cik suka memerhati ayat-ayat kauniah tuhan, saya rekomenkan cik menghadari kursus ini. kalau boleh, cik bawalah sekali orang tua cik. isha-allah umi cik akan suka kursus seperti ini. cik akan dibawa pemahaman pendekatan yang agak berbeza bagaimana cik boleh merasai dekat-nya tuhan dan merasai respons tuhan terhadap doa dan permintaan cik.

mungkin cik mahu mengetahui siapa pak abu sangkan ? cik layari ke website di bawah ini :
http://shalatcenter.com/
http://www.metrotvnews.com/index.php/metromain/newsprogramindex/264/Ensiklopedia-Islam

mohon maaf kerana menggangu dengan ucapan selamat hari raya maaf zahir dan batin :)

sekian, terima kasih

++ nota : saya sudah menghantar makluman di atas melalui emel cik. malangnya rebound.

Pages

About Me

My photo
Just a simple person,but I always make problems... Sorry Abuya and Umi... but I love my family so much, I am third from nine... I am a thinker... Love to think and can't stop to think.. For me,life is hard and weird... People is hard to understand. May be, that is one of The Greatness of ALLAH.. SubhanaALLAH

About this blog

Pengakhiran hidup yg masih kabur..

Dimana aku?!!

talk

Followers