Sebulan ke dua bulan? Doc kata kandungan dah 8 minggu, tp due date bulan 8. herm, Dat's not d matter la . Yang penting, aku bakal menjadi ibu. Alhamdulillah. Ada ustaz cakap, perempuan yang kahwin awal, lahirkan ramai anak ni berkat. Macam mana ye... Wallahualam.
Tapi yang aku tahu, bukan mudah pegang status ibu mengandung. Rasa menyesal pulak bila pikir suka melawan cakap mak ayah dulu. Kalau lah kawan-kawan tahu, bertapa lemahnya kodensi ibu yang mengandung, andai kata korang merasainya, pasti anda tidak akan tergamak nak biadap dengan ibu bapa anda.
Muntah-muntah, pening-pening, tak leh bau makanan dan macam lagi perkara yang tidak menyelesakan badan telah ku rasa.
'' Ibu dulu, sampai 5 bulan jadi macam tu,'' kata ibu mertua ku. Ya Allah, mampukah aku. Macam mana nak belajar. Tabah kan lah hati ni..
''Jangan manjakan diri, mujahadah nafsu sikit, banyakan amalan.InshaAllah, dapat anak soleh,'' pesan umi ku pula..
Alhamdulillah, di kurniakan suami yang sangat memahami membuatkan ku sangat bersyukur. Sejak kesihatan ku terganggu,semua kerja rumah suami ku yang buat. Dari membasuh baju, mengemas rumah, hinggalah memasak.
''Abang, saya tak tahu la, saya sanggup tahan ke tak," ujar ku suatu hari. Mana taknya, makan, muntah, makan lagi, muntah lagi.
''Sabar, jangan putus asa. Allah bagi sakit tu, tanda Dia sayang kat kita, penghapus dosa," pujuk suami ku lagi.
Aku terdiam. Dah lebih sebulan begini, keadaan tak berubah.
Isnin, 5.30 pm.
Kelas habis awal sedikit dari biasa iaitu jam 4 p.m. Selepas solat asar, aku menggambil kesempatan membaca blog Saifulislam.
''Wah, ustaz dah update," getus hati kegirangan.
Saat membaca post baru ustaz, aku terdiam, terkedu, tak terkata. Lantas, laju tangan ini mencari video-video arwah Dr. Mas Afzal. SubhanaAllah, insan ini sangat tabah.
Di usia muda, taktala insan sedang bergembira dengn rakan-rakan, dia berperang dengan penyakit maut yang sukar dicari penawar iaitu, KANSER. Membaca blognya membuat aku terdiam, Andai arwah pada hayatnya tabah berperang dengan penyakit pembunuh no 1, malah dia mampu menghabiskn pengajian dan berjaya mendapat title doktor, apakah besar sangat kesakitan dan ketidak selasaan yang ku rasa. YaALLAH, Lemah nya iman ini...
Itulah dia, insan yang tidak pernah bersua muka, tidak pernah bertegur sapa, tapi berjiwa besar. Arwah tidak pernah putus asa dari rahmat Nya, malah beliau yakin, itu adalah tanda kasih sayang Allah kepadaNya. Dan sesungguhNya, ia terbukti benar. Allah benar-benar sayang kepada arwah, maka sebab itu dalam usia muda, di pergi menghadap Ilahi..
Apalah sangat penderitaan dunia, berbanding nikmat yang bakal kita capai di akhirat sana, dengan syarat, kita perlu menjadi hamba Nya yang beriman dan bertaqwa. Semoga anak yang lahir ini terdiri dari golongan yang beriman dan bertaqwa. Akhir kalam, Al Fatihah buat arwah Dr. Mas Afzal Masarudin. Terima kasih Mas, kisah anda menjadi inspirasi ramai insan di luar sana.
~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan~
4 comments:
tahniah bakal menjadi ibu & bersabarlah dengan ujian yang ada..moga dikurniakan zuriat yang soleh dan bakal menjadi pemimpin umat..:)
tahniah kerana bakal bergelar ibu.
senyum selalu, jangan marah2 =)
salam.
moga tabah. banyak pahala bila mengandung. solat tak tinggal, qur'an pun kerap. :)
rabbuna yusahil ya ukhti
Post a Comment