Aku hanya mampu terdiam.
"InshaAllah kak, solat banyak-banyak. Ada rezeki. Saya doakan akak,"
Hati saya tertanya-tanya, apakah agaknya yang bayi-bayi diluar sana yang di buang akan kata kepada ibu bapa mereka. Saya yakin, andai kata Allah izinkan salah satu daripada mereka bersuara, mereka akan berkata, "
How are you? Alhamdulillah, Bless to Allah who give us such as opportunity to breath, to think, even to write such as good article. Today, I would like to share another good article. Actually, the article is one of my research and it is not belong to me alone.
Last Sem, I and my friends; Huda, Aisyah, Mutiara and Kak Jannah wrote some research about money and implementing Islamic Gold Dinar in our economy. Thanks guys, you are cool because give permission to post our work in my blog. Thanks again.
Some people claim that implementing Gold Dinar is something impossible to happen. However, for us, and for those who believe on Islamic Gold Dinar believe that the day will coming. Thus, based on our string belief, we come up with the topic as one of our research in UNGS class.
Misunderstanding regarding Gold Dinar rises lately and the issue become hot in Malaysia when Ustaz Nik Aziz try to practice it in Kelantan. This is because ISLAMIC Gold Dinar stress on equality whether you are Muslim or not, and it also more stable in terms of value.
Then, some ' orang-orang besar negara' rise up and oppose this idea even there are Muslim. Funny right, Because there are hidden agenda behind that. Islamic Gold Dinner practice directly will detract capitalism power in hold our economy system. Then, today, I would like to share with reader about our finding, effort, and our own point of view regarding this matter. I hope, our research will give lots of benefit to all of you..
1.0. Introduction
~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan~
Alhamdulillah, hampir 3 minggu final exam sudah ku tempuh. Esok, paper terakhir, tetatpi rasanya sudah habis kudrat di curah kan untuk membelek semula buku-buku yang hanya ALLAH saja tahu berat dan tebal nya. Terasa tepu minda dengan pengiraan, teori-teori dan gambar rajah yang pelik-pelik. Kadang kala, terasa rindu nak membicarakan soal umat, luar dari konteks Pharmacist Subject.
Perbicaraan bersama suami tercinta mengingatkan saya semula. Sedikit sebanyak, isu mem 'biadap'kan ULAMA' semakin menular dikalagan generasi muda di sentuh dalam perbicaraan singkat kami pada petang itu. Sedih, bukan sebab melihat generasi muda, tetapi juga diri saya yang masih gagal mengenali apatah lagi mengetahui mana-mana ulama' yang bertungkus lumus mengislam kan penduduk Asia khususnya. Namun, saya lagi sedih melihat kebiadapan segelintir 'umat' yang biadap dalam membawa populiriti mereka sehingga sanggup menghina golongan ini, lebih-lebih lagi 'mereka' itu adalah golongan yang 'dikatakan' dari religious background.
Mungkin, inilah kesan bila kita gagal mengajar anak-anak kita sejarah ulama' kita. Usah pergi jauh ke Mesir mahupun ke Syiria, Ulama' seberang pun kita tidak kenal apatah lagi yg bertungkus lumus menyebarkan ajaran ISLAM ke TANAH MELAYU. BIADAP! Kebiadapan melampau serta idealogi 'membiadapkan' ulama lampau yang ditanam di dalam minda generasi Y khususnya golongan universiti yang semangat pemuda membimbangkan saya. Secara tegas saya luahkan kepada suami saya, anak-anak tidak akan saya besarkan secara begitu. Tegas saya, agama itu bukan tradisi, tapi tradisi adalah sebahagian dari agama, selagi mana ia selari dengan syariat. Saya bukan golongan yang secara total membuang tradisi, tetapi saya tidak akan sesekali membelakangkan agama .
Dilahirkan dalam keluarga yang menekankan pendidikan agama secara tradisional-moden memberi kelebihan kepada saya untuk cuba mengestrak sejauh mana isu MEMBIADAPKAN ULAMA' dalam generasi kami. Hanya Istighfar mampu saya luahkan melihat sesetengah 'golongan' yang berani mempertikaikan ulama'. Idealogi ulama' juga manusia biasa yang boleh melakukan kesilapan menjadi satu racun atau duri dalam muscle yang perlu di ubat dengan charcoal. Idealogi ini seolah-olah telah menjadi tiket kepada sesiapa untuk mempertikaikan kredibiliti mereka, sedangkan mereka sudah meninggal dunia sekian lama. Kecacatan yang entah betul entah tidak dijulang-julang, sedangkan jasa besar mereka di pandang siang.
Perbicaraan ini menjadi semakin menakutkan setiap kali saya berborak atau bertukar pandangan dengan pelajar-pelajar dari luar negara khusunya dari negara barat. Banyak lagi perkara yang perlu kita lakukan daripada mempertikaikan golongan ini. Isu zina, anak luar nikah dan 1001 masalah yang melanda negara kita yang seharusnya kita risaukan. Ini belum di tmbahkan dengan idea PERDANA MENTERI yang kita 'HORMATI' yang dalam usahanya menjadikan MALAYSIA pusat masalah sosial dunia melalui perancangan PEMANDU.
Kepada rakan-rakan diluar, sebelum kalian mengelurakan mana-mana statement yang berbunyi, ''ala, ulama' dulu pun boleh buat silap jugak,'', fikir kan lah, adakah anda lebih mulia dari mereka, tanpa mereka, takkan anda berdiri banggan menggatakan I'M MUSLIM pada hari ini. Wallahualam.....
Pembukaan sem baru, genap setahun saya bergelar pelajar Farmasi UIA. Wah, masih ada 3 tahun yang perlu di tempuh. Pelajaran? Herm, makin susah, lagi-lagi bila UIA tukar sistem pembelajaran. Ramai yang tertanya, kemana menghilangnya saya, Merajukkah? Sakitkah? ke dah......
Setahun masa saya ambil menyepikan diri dari kawan-kawan. Ruang blog juga jarang-jarang dikunjungi. Setahun ini juga banyak mengajar saya apa erti kematangan, pengorbanan, dan yang palig penting APA ERTI HIDUP?
Saya tahu, ramai rakan-rakan di luar yang hebat fikrah nya (alhamdulillah di beri peluang berkenalan dengan kalian), dan Alhamdulillah, sepanjang hidup saya sentiasa di kelilingi orang yang jelas fikrah agama (termasuk ahli keluarga saya). Namun, tak ramai yang mampu beritahu saya apa itu erti hidup. Ralat diri ini melihat rakan-rakan malah diri sendiri kadang-kadang leka dengan dunia.
Maka, dengan pembukaan sem baru ini, saya menyeru diri saya dan rakan-rakan membawa satu perubahan dalam menghayati APA ERTI HIDUP dari perspektif yang lebih segar, kreatif, realistik serta matang.
Sesungguh nya hidup ini 'walou' tanpa Nya...
~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan~
"Akak, kami ada posting community masa 1st year, boleh ke dikira masuk kerja projek? " Soal salah seorang dari sahabat ku.
Herm, POSTING COMMUNITY. Apa benda tu? Baru tahun pertama dah ada kerja projek berbentuk praktikal. Sedar tak sedar, dah besar rupanya aku. Melangkah ke alam dewasa, di tambah pendedahan kepada dunia kerja agak menggerunkan kami.
"Uish, biar betui uia ne, kita kena praktikal kat pharmacy outlet. Kan kita ne baru tahun satu," Getus salah seorang rakan ku dengan loghat utaranya.
Ya, itu lah realiti kehidupan, sedar tak sedar, kami sudah melangkah kearah dunia yang lebih mencabar. Posting community, subjek wajib yang diambil ketika cuti antara tahun meng' induce' hormon adrenalin kami mencari pharmacist outlet di luar sana.
Hakikatnya, itu baru pendedahan kecil ke dunia luar. Banyak lagi cabaran-cabaran global yang perlu kita hadapi. Sebagai seorang siswi muslim, tidak harus kita abaikan perjuangan dan dakwah kepada masyarakat. Hakikatnya, masyarakat kita makin parah.
"Tak yah pergi jauh-jauh, tengok isu besar-besar, Bab aqidah dalam masyaraakat pun masih tak jelas. Pelajar universiti pun kadang-kadang keliru dengan apa yang mereka perjuangkan. Hidup ini untuk apa sebenarnya," soal umi ku suatu hari.
Itu lah ibu ku yang sentiasa buat otak ku ligat memikirkan maksud kata-kata nya. Diam ku panjang memikir untuk mencari jawapan.
Ya, bab aqidah, satu perkara yang sangat besar untuk di bicarakan. Konsep iman, islam dan ihsan pasti gagal dihayati jika tidak kena caranya. Pelajaran agama islam, syariah dan Quran sunnah pasti gagal di terap dalm jiwa pelajar-pelajar ini tanpa penghayatan dan kesedaran. Kefahaman agama bukan suatu yang boleh di ikut buta-buta tanpa panduan guru. Hakikatnya, ramai yang keliru dalam isu ini kerana mereka bergurukan buku.
"Perlu tunggu ustaz dan ustazah ke nak baca buku agama. Kalu macam tu, sampai bila berhabuk la buku kat dalam bilik," ujar salah seorang senior ku suatu ketika dulu.
Bukan itu maksud ku, ya, sila lah baca buku sebanyak mana yang kalian mahukan. Tetapi, kalian perlu ingat, dalam mendalami ilmu agama, kita ada tertib dan akhlaknya, terutama apabila menyentuh bab aqidah, peranan guru tidak boleh dipandanh enteng.
"Tanpa guru, syaitan pembimbingnya. Belajar agama bukan sama seperti kita belajar Physiology," ujar salah seorang rakan ku dalam kelas. Aku terdiam seketika. Alhamdulillah, di tengah-tengah kejahilan diri ini dalam menuntut ilmu, ada jua insan yang sependapat dengan ku.
Aku bukan manusia yang arif dalam hal agama, tetapi, displin ilmu mengariskan, dalam apa jua hal yang dikatakan menuntut ilmu, kita tidak boleh lari dari konteks berguru. Realiti anak-anak muda, terutama pelajar universiti, golongan yang sentiasa ingin mencari perkara kebaikan dengan membaca. Semangat juang dan dakwah mereka tidak pernah luntur. Duit dilabukan untuk membeli buku bukan RM 10-20, tetapi mencecah ratusan ringit. Golongan muda ini amat ku kagumi semangat dakwah dan menuntut ilmu agama.
Tetapi, disiplin ilmu tetap disiplin. Syariat mencari ilmu yang tidak boleh kita pandang remeh iaitu mencari ilmu pada orang yang tepat, iaitu guru. Hakta, Nabi Muhammad sendiri bergurukan Jibril yang menyampaikan risilah AlQuran dan As Sunnah dari Allah. Apatah lagi kita. Sebab itu, wujud permasalahan di kalangan anak-anak muda yang sewenang-wenang nya mentafsirkan apa yang mereka baca. Akhirnya, timbul kekeliruan dan hal ini bertambah teruk apabila ilmu 'baca-baca' mereka disebarkan ke masyarakat yang jahil ini. Satu lagi fitnah sudah tersebar.
Rakan-rakan, syaitan itu bijak, kadang-kadang, kita lihat suatu perkara itu baik dari pandangan kita, tetapi hakikatnya buruk bagi pandangan Allah. Namun, dalam usaha mencari ilmu, memperbaiki diri dan masyarakat umumnya, janganlah kalian berputus asa.
Tetapi, setiap apa yang kita lakukan, ada disiplinya. Bergurulah kerana jalan itu lebih selamat. Dan ingatlah, manusia yang lari dari disiplin, sebenarnya lari dari syariat Allah. Waktu itu, tunggulah, janji Allah pasti akan tiba, saat manusia menyaksikan sendiri kemusnahan diri mereka, kecuali orang yang beriman dan bertaqwa. Wallahualam.
~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan~
Yuhu!dah habis exam.
Jeritan kedengaran dari dalam dewan Lecturer Hall 2 Kuliyah Farmasi. Paper mcq gabungan subjek Pharm Analysis, Physical Pharmacy dan Microb memang menguji minda. Jawapan dibuat dan ditanda dengan penuh berhati-hati kerana soalan kali ini berbentuk minus marking.
1 jam setengah tidak terasa lantaran khusyuk nya memikirkan soalan-soalan yang diberi. Terasa berat otak habis sahaja peperiksaan paper yang terakhir itu.
"Habis dah tahun pertama. Harap-harap, kali ni lulus dengan jayanya. Dah 8 bulan aku jadi bergelar pelajar. Cepat rasanya masa berlalu,"
Ya, sudah 8 bulan sudah ku tempuhi hidup sebagai pelajar universiti. Pagi ke kelas, petang pulang, singgah cafe untuk beli makanan malam. Sampai di bilik, berehat,mandi,makan dan bersedia untuk solat maghrib. Selepas itu masa di luangkan untuk mengaji,solat isya',belajar dan akhirnya tidur. Itulah kehidupan ku sepanjang bergelar pelajar. Rutin yang samaku ulang untuk esok hari nya.
Sehingga satu tahap,aku tersedar,apakah hidup ini? Ini kah yang ku mahu? Kenapa jiwa ku terasa kosong? Mana perginya jiwa perjuangan Islam ku yang dahulu?Semuanya terkubur lantaran sibuknya diri ini.
Salah siapa?
Sistem pendidikan, yang membuat aku terlalu sibuk?
Atau salah ku, yang merelakan diri menjadi mangsa sistem ini.
Satu saat ku sedar,aku tidak kurang seperti 'robot-robot'manusia,yang berkerja tanpa arah mahupun tujuan.
Ku soal diri ini,apa yang ku mahu dalam hidup?
Apa..
" Seharusnya kita jadi apa yang Allah mahu kita jadi,bukan apa yang kita mahu jadi,"
Kata-kata ungkaian dari seorang akhwat membuat ku terdiam. Apa yang Allah mahu aku jadi.
Jadi manusia yang berguna,berjuang di jalan nya.
Kenapa aku masih gagal menghayati semua itu,
Apa yang tidak kena.
Kenapa makin hari,manis iman makin hilang.
Ya Allah,bantulah hamba ku.
..................................................................
Disaat ini, aku sedar,hidupku,perjuangan ku,kepercayaan ku,semuanya gagal ku fahami.
Iman dan islam yang ku anuti sama seperti orang islam yang lain. Hanya di warisi dari turun temurun, tapi gagaldi hayati.
Saat aku tersedar bertapa jauh diri ini dari tuhan,betapa aku menjadi orang yang 'munafik' yang melaungkan nama-namaTuhan, tetapi aku sendiri gagal menghayatinya.
"Alhamdulillah, enti dah sedar. Ayuh, mulakan langkah, Jangan bertanguh. Pencarian takkan berakhir, namun, pejuangan tak boleh di tinggal sepi," ujar lagi seorang akhwat.
Kata-kata semangat yang menjadikan tautan ukhwah kami semakin erat.
Ya, mungkin aku lambat untuk memahami semua itu. Namun, itu bermakna aku perlu mengorak langkah yang lebih jauh kearah pembaikan diri.
Mencari hidayah dan taufik dalam sinar Islam bukan suatu perkara yang mudah. Dengan usaha yang gigih, mana mungkin Islam dapat di sebar ke seluruh dunia. Namun, memahami erti kita menganut Islam apatah lagi menghayatinya juga suatu perkara yang harus ku lakukan sekarang.
" Saat manusia tersedar, siapa tuhan mereka, apa tujuan mereka di jadikan, dan bagaimana dan kearah mana haru manusia tuju. Saat itu, tuhan sangat dekat dengan kita," Teringat ku kata-kata seorang pensyarah di UIA.
Ya, saat aku tersedar, selami ini jiwa ini buta, buta menilai mana satu kasihnya tuhan. Saat diri ini gagal mencari erti kehidupan, herm, dengan kata yang lebih tepat, gagal menghayati erti hidup ini untuk apa,.
........................................................
Biarlah mereka katakan aku insan yang gagal. Gagal di tarbiyah. Kerna aku tahu, aku bukan insan yang sempurna.
Biarlah mereka kata aku manusia kanak-kanak, Kerna aku tahu, pengalaman dan kegagalan lah yang mengajar aku erti dewasa.
Biarlah mereka kata aku gagal menjadi hamba Allah walaupun pintu kebaikan dekat di mata ku. Kerna aku tahu, Islam dan iman bukan boleh di warisi, tetapi ia perlu dicari, dicari dengan mata hati, atas kehendak Ilahi.
Biarlah mereka kata aku masih gagal mengerti erti cinta, kerana aku masih gagal merasai apa itu erti CINTA SEJATI, cinta si RABBI.
Pencarian ini tidak akan ku hentikan, kasih ku pada insan bernama makhluk tak mungkin dapat ku beri. Disaat diri masih gagal mengapai kasih TUHAN.
Hakikatnya, aku seorang pengembara, yang mengembara mencari kasih tuhan. Di sebalik jiwa dan hati yang hina ini, aku yakin, masih ada sinar nur dari tuhan . Perantauan ini akan tetap ku teruskan, kerna hakikatnya,Perantau Kasih itu adalah aku.
وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ ﴿١٦﴾
إِذْ يَتَلَقَّى الْمُتَلَقِّيَانِ عَنِ الْيَمِينِ وَعَنِ الشِّمَالِ قَعِيدٌ ﴿١٧﴾
Artinya : "Dan Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, (yaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri.” (QS. Qoff : 16 – 17)
~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan~