Perantau Kasih

Merantau mencari kasih ILAHI,



Yuhu!dah habis exam.  

Jeritan kedengaran dari dalam dewan Lecturer Hall 2 Kuliyah Farmasi. Paper mcq gabungan subjek Pharm Analysis, Physical Pharmacy dan Microb memang menguji minda. Jawapan dibuat dan ditanda dengan penuh berhati-hati kerana soalan kali ini berbentuk minus marking.


1 jam setengah tidak terasa lantaran khusyuk nya memikirkan soalan-soalan yang diberi. Terasa berat otak habis sahaja peperiksaan paper yang terakhir itu. 


"Habis dah tahun pertama. Harap-harap, kali ni lulus dengan jayanya. Dah 8 bulan aku jadi bergelar pelajar. Cepat rasanya masa berlalu,"


Ya, sudah 8 bulan sudah ku tempuhi hidup sebagai pelajar universiti. Pagi ke kelas, petang pulang, singgah cafe untuk beli makanan malam. Sampai di bilik, berehat,mandi,makan dan bersedia untuk solat maghrib. Selepas itu masa di luangkan untuk mengaji,solat isya',belajar dan akhirnya tidur. Itulah kehidupan ku sepanjang bergelar pelajar. Rutin yang samaku ulang untuk esok hari nya.


Sehingga satu tahap,aku tersedar,apakah hidup ini? Ini kah yang ku mahu? Kenapa jiwa ku terasa kosong? Mana perginya jiwa perjuangan Islam ku yang dahulu?Semuanya terkubur lantaran sibuknya diri ini.


Salah siapa?


Sistem pendidikan, yang membuat aku terlalu sibuk?


Atau salah ku, yang merelakan diri menjadi mangsa sistem ini.


Satu saat ku sedar,aku tidak kurang seperti 'robot-robot'manusia,yang berkerja tanpa arah mahupun tujuan.


Ku soal diri ini,apa yang ku mahu dalam hidup?

Apa..


" Seharusnya kita jadi apa yang Allah mahu kita jadi,bukan apa yang kita mahu jadi,"

Kata-kata ungkaian dari seorang akhwat membuat ku terdiam. Apa yang Allah mahu aku jadi.


Jadi manusia yang berguna,berjuang di jalan nya.

Kenapa aku masih gagal menghayati semua itu,

Apa yang tidak kena.

Kenapa makin hari,manis iman makin hilang.

Ya Allah,bantulah hamba ku.

..................................................................

Disaat ini, aku sedar,hidupku,perjuangan ku,kepercayaan ku,semuanya gagal ku fahami.


Iman dan islam yang ku anuti sama seperti orang islam yang lain. Hanya di warisi dari turun temurun, tapi gagaldi hayati.


Saat aku tersedar bertapa jauh diri ini dari  tuhan,betapa aku menjadi orang yang 'munafik' yang melaungkan nama-namaTuhan, tetapi aku sendiri gagal menghayatinya.


"Alhamdulillah, enti dah sedar. Ayuh, mulakan langkah, Jangan bertanguh. Pencarian takkan berakhir, namun, pejuangan tak boleh di tinggal sepi," ujar lagi seorang akhwat.


Kata-kata semangat yang menjadikan tautan ukhwah kami semakin erat.


Ya, mungkin aku lambat untuk memahami semua itu. Namun, itu bermakna aku perlu  mengorak langkah yang lebih jauh kearah pembaikan diri. 


Mencari hidayah dan taufik dalam sinar Islam bukan suatu perkara yang mudah. Dengan usaha yang gigih, mana mungkin Islam dapat di sebar ke seluruh dunia. Namun, memahami erti kita menganut Islam apatah lagi menghayatinya juga suatu perkara yang harus ku lakukan sekarang.


" Saat manusia tersedar, siapa tuhan mereka, apa tujuan mereka di jadikan, dan bagaimana dan kearah mana haru manusia tuju. Saat itu, tuhan sangat dekat dengan kita," Teringat ku kata-kata seorang pensyarah di UIA.


Ya, saat aku tersedar, selami ini jiwa ini buta, buta menilai mana satu kasihnya tuhan. Saat diri ini gagal mencari erti kehidupan, herm, dengan kata yang lebih tepat, gagal menghayati erti hidup ini untuk apa,. 

........................................................


Biarlah mereka katakan aku insan yang gagal. Gagal di tarbiyah. Kerna aku tahu, aku bukan insan yang sempurna.


Biarlah mereka kata aku manusia kanak-kanak, Kerna aku tahu, pengalaman dan kegagalan lah yang mengajar aku erti dewasa.


Biarlah mereka kata aku gagal menjadi hamba Allah walaupun pintu kebaikan dekat di mata ku. Kerna aku tahu, Islam dan iman bukan boleh di warisi, tetapi ia perlu dicari, dicari dengan mata hati, atas kehendak Ilahi. 


Biarlah mereka kata aku masih gagal mengerti erti cinta, kerana aku masih gagal merasai apa itu erti CINTA SEJATI, cinta si RABBI.  


Pencarian ini tidak akan ku hentikan, kasih ku pada insan bernama makhluk tak mungkin dapat ku beri. Disaat diri masih gagal mengapai kasih TUHAN.


Hakikatnya, aku seorang pengembara, yang mengembara mencari kasih tuhan. Di sebalik jiwa dan hati yang hina ini, aku yakin, masih ada sinar nur dari tuhan . Perantauan ini akan tetap ku teruskan, kerna hakikatnya,Perantau Kasih itu adalah aku. 



وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ ﴿١٦﴾
إِذْ يَتَلَقَّى الْمُتَلَقِّيَانِ عَنِ الْيَمِينِ وَعَنِ الشِّمَالِ قَعِيدٌ ﴿١٧﴾

Artinya : "Dan Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, (yaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri.” (QS. Qoff : 16 – 17)


~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan~


This is one of my favourite  song from Hijjaz. It taught about life in terms of making decision.  Sometimes we forgot that Allah always guide us through our heart and soul. So, let's seeking the hidayah through purify our heart and soul.


Lirik Pandangan Mata - Hijjaz


Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih


Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran


Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia


~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan~

"Akak rasa, akak takkan dapat keputusan bagus la SPM nanti," ujar adik ku yg bernama Nabila@Cik Nab.

 Itulah ayat dia masa pertama kali aku tanya pasal SPM. 

"Kenapa lak, Rileks la, Cuba bersangka baik dengan tuhan. Waktu ni ko kena doa banyak-banyak. Bukan tido!" Balas ku.

"Kalau ko dapat 11 A, akak bg hadiah," ujar ku sekadar memberi semangat. Kelihatan dia sedikit teruja.

Setiap kali kami behubung atau berborak dia mesti akan cakap,

"Jangan lupa, handpon ber mp3"

 Untuk pengetahuan semua, adat dalam keluarga kami setiap orang menggelar diri nya kakak(kecuali anak no 8&9). Mungkin kerana sebab umur kami yang sangat dekat menyebabkan kami terpaksa menjadi kakak dalam umur usia baru setahun. Bahkan, adik aku, Syamil juga mengelar dirinya kakak sewaktu kecik dulu. Krisis identiti budak ni. Hahaha.

'kakak' syamil & abg suhaimi

 Dalam keluarga ku, setip kali cuti, kebanyakan masa cuti hanya ditumpukan kepada pelajaran. Itu belum ditambah dengan adik-adik yang menggambil tusyein tambahan. Maka, masa cuti kami kebanyakan di habiskan dirumah.

Mana taknya, tiap-tiap tahun akan ada saja anak Hj Shuhardi dan Hjh. NorLiza yg akan  mengambil peperiksaan tak kira la SPM, PMR mahupun UPSR. Tahun ini sahaja, dua orang adik ku akan menggambil peperiksaan SPM dan PMR. 

ab(dihadapan) & ikah(belakang) akan menggambil PMR & SPM

Tetapi, itu tidak menjadi masalah. Bagi saja mereka komputer, internet, dan masa berjalan ke rumah nenek , sudah memadai bagi mereka. Jadi, jarang ada rungutan kalau kami tak dapat bercuti ketempat lain. 

11Mac 2010 adalah taikh yang dinanti-nantikan kami sekeluarga. Tarikh keramat yang akan menentukan kerjaya hidup cik nab yg seterusnya.  Entah kenapa, aku pula yang teruja. Mungkin aku tahu, cita-cita dia tinggi, mahu meneruskan pelajaran ke bumi anbiya', mengikut jejak langkah kak ila dan syamil. Kalau result tak bagus, susah nak pohon JPA dengan keadaan ekonomi yang teruk.

Jangan risau Cik Nab, kau ada kakak-kakak dan abang-abang yg sentiasa menyokong dan membantu kau. Beruntungnya orang anak tengah ni kan. Maka, hargai lah kakak dan abang kalian.

11Mac 2010,

11.49 am,

Biochemistry class,Lecturer Hall year 1.

Teet, teet

Siapa lak masej aku tengah-tengah dalam kelas ni. Habis satu kelas pandang aku.

From: Cik Nab Masam

"Pah! Telepon ber mp3!" 

Apakah maksudnya ini, Adakah....

Tanpa berlengah, aku menyulusup keluar dari kelas. Punat telefon ditekan,

'Cik Nab Masam'

'CALL'

Alhamdulillah, tak sangka, akhirnya cik nab kita berjaya mendapat staright 11 A. Kan akak dah cakap, bersangka baik dengan tuhan. 

cik nab(sweeter biru) , tahniah!

TAHNIAH akak ucapkan. Teruskan usaha lagi, sebab kehidupan sebagai pelajar takkan berhenti dengan keluarnya result SPM. Jangan lupa, sujud syukur, sebab hakikatnya, kejayaan itu datang nya dari DIA.

Lihat, kalau kita sentiasa bersangka baik dengan ALLAH, dan kita yakin dengan rezeki NYA, Allah akan balas lebih dari itu. Andai kata apa yang kita dapat tidak seperti yang kita harapkan, itu ujian dari Allah untuk mentarbiyah kita sebenarnya.

Hakikatnya, itu baru peperiksaan dunia, Alhamdulillah kau baru melepasi satu peperiksaan dunia. Tetapi, ingatlah, peperiksaan terbesar menanti 'disana'. Jadi, jangan lupa buat persiapan untuk peperiksaan Akhirat juga.

Selamat melangkah ke alam universiti. Banyakan berdoa dan jangan lupa buat solat istikharah dalam membuat pilihan kos yang akan kau pilih. InshaAllah, Allah akan tunjuk jalan yang terbaik untuk kau. Pokoknya, pergantungan terbaik adalah disandarkan kepada Allah. 

~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan~


Hatiku~

Hati ku, milik MU,
Pada MU ku serahkan segalanya,
Pada MU ku pohon segalanya.
Bantu lah aku, kerana aku hamba MU yg lemah.

Tuhanku,
Aku tidak tahu,
Berat diri untuk menerima nya,
Bukan benci, cuma tak sudi,
Bukan suka, terpaksa menerima,
Hati memberontak, mengatakan tidak.

Siapa tahu hasrat hati ku,
Mereka tahu, tapi pura-pura tak tahu,
Mereka sedar aku tak mahu,
Tapi aku disuruh patuh dan terima.

Aku bimbang, aku tak mampu,
Aku bimbang, pengorbanan dibuat mengorbankan diri,
Aku bimbang, aku tak mampu menghadapi,
Aku bimbang aku tidak mampu meneruskan kepura-puraan ini,
Saban hari batin ku menjerit,
Hanya kerana aku tidak sudi menerima nya
Susah kah mereka memahami isi hati ku.

Hati ku, aku yang tahu,
Aku pemilik hati ini,
Hakikatnya, kita bukan milik kita,
Hakikatnya aku milik tuhan KU,

Hanya pada MU hati ini ku serahkan,
Hanya pada MU ku pohon pertunjuk,
Ternyata, hati ku yg dulu tetap sama,
Diri mu tidak akan mampu mengubah pendirian ku
Kerna hatiku, adalah aku,
Dan aku hanya milik NYA.



~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan~


   Salam pengujung sekalian, (itupun kalau masih ada pengunjung),

     BLOG INI AKAN DI REHATKAN BUAT SEMENTARA WAKTU DEMI MEMBERI RUANG KEPADA PENULIS MENGATUR KEMBALI PERJALANAN BLOG INI DAN JUGA DIRI PENULIS. SOKONGAN ANDA AMAT PENULIS HARAP KAN..

                                                                     ~salam sayang dr

                                                                                         PERANTAU KASIH.

~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan~

Kehidupan kampus memang mencabar, pelajaran makin susah, malah bertambah setiap sem. Namun, aktiviti kokurikulum tak pernah ku abaikan. Macam mana ye, kehidupan senior yang dah berkahwin? Dengan anak, usrah, pelajaran dan aktiviti kuliyah.

Herm, kadang-kadang, saya tertanya-tanya juga.

Realiti di UIA, adalah perkara biasa pelajar berkahwin, tahun ke-2, ke-3, mahupun final year, kami dimeriahkan dengan jemputan kahwin. Hehehe, patut la lecturer bising. Baru masuk 1st year, kami di brain wash dengan keburukan kahwin awal.

Herm, terpulang kepada individu. Kalau dia yakin dia boleh, InshaAllah boleh. Yakin dengan rezeki Allah, InshAAllah, pasti ada jalan keluarnya.

Semua orang impikan keluarga yang bahagia, di samping suami tersayang dan anak-anak yang comel. Terhibur hati apabila senior bawa anak mereka yang baru berusia tak sampai setahun waktu festival di uia. Alangkah bahagianya mereka. Siapa tak mahu anak? Semua orang sayang kanak-kanak kan.

Namun, baru-baru ini kami di kejutkan dengan kematian seorang anak kepada senior kami. Malah, satu kuliyah terkejut apabila batch leader mewakili pasangan tersebut ke admin office semata-mata mahu memohon cuti sakit atas kematian anak. Kejadian pertama student mintak cuti sebab anak.


Ukasyah namanya. Anak itu baru berusia 3 bulan, dan dikatakan meninggal sebab tersedak susu ketika di jaga 'akak-akak' nursery. Hati ibu mana yag tak pilu melihat anak pertama pergi begitu sahaja. Malah kepiluan dikongsi bersama teman-teman di blog yang memang sengaja dibuat khas untuk anak mereka saat lahirnya Ukasyah. Menitis air mata kami saat dikhabarkan kematian insan tersebut. Allah lebih sayangkan anak itu. Ahli syurga ini pasti menanti ibu bapanya di pintu syurga.

Sudah lebih seminggu Ukasyah pergi. Namun, kami, pelajar junior, walaupun tidak mengenali pasangan ini, tetap terasa dengan kehilangan anak Bro hafiz& sis Mawaddah. Sayu hati saat membaca blog mereka yang sengaja di buka khas untuk anak mereka. Pilu hati membaca tulisan kak Mawaddah yang melahirkan rasa pilunya atas kehilangan anak yang sangan disayangi itu.

Kepada kak Mawaddah&Bro Hafiz, takziah kami ucapkan. InshaAllah, ujian Allah itu pasti ada hikmahnya. Sabar dab bersolatlah dengan setiap dugaan yang terima. Kami doakan, semoga Allah ubat hati kalian dengan janji syurga.

p/s: Bagi yang ingin membaca kisah pasangan ini, boleh klick blog dibawah. Kata-kata semangat dari kalian amat mereka perlukan.
http://buatmuanakku.blogspot.com/search?updated-max=2009-11-16T18%3A36%3A00-08%3A00&max-results=7







~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan~

Kamen rider tiba-tiba menyerbu. Nak selamatkan adik yang ditawan musuh, atau orang awam yang diserang raksasa. Pening-pening.

Lucu rasanya bila saya tengok cerita Kamen Rider, susah jugak jadi hero, kena buat pilihan setiap kali nak selamatkan musuh. Tuan director tak de idea lain ke. Kesian Kamen Rider.

Itulah kehidupan. Nak pilih jalan A atau jalan B. Mana yang lebih memberi kebaikan kepada semua orang. Yang mana pilihan yang bakal kita pilih lebih memberi manfaat kepada semua orang.

Itulah, Kadang-kadang, apa yang kita rasa buruk itulah yang terbaik buat kita. Hanya DIA saja yang tahu, kerna DIA MAHA PERANCANG kepada segala perancangan.

Itulah kehidupan. Apabila makin dewasa, makin banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Makin banyak perkara yang perlu di fikir. Tidak mungkin kita mampu mentafsir masa hadapan, tidak mustahil segala perancangan, cita-cita dan impian yang di impikan semuanya dapat dilaksanakan. Dan tidak mustahil, andai suatu hari kematian menjemput sebelum ibu bapa kita.

Persoalanya,

Kemana arah tuju kita.

Dimana misi kita.

Siapa hidup ini diabadikan.

Segala-segalanya jelas. Hanya untuk Dia.

Ya Allah, hidup ku, matiku, jasadku, hati ku, cinta ku hanya untuk MU.

Bimbinglah, pandulah aku, supaya aku sentiasa berada dilandasan agama MU.

Janganlah KAU campak aku ke jalan kesesatan. 

Amin, amin, amin...

                                                            

~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan~

Pages

About Me

My photo
Just a simple person,but I always make problems... Sorry Abuya and Umi... but I love my family so much, I am third from nine... I am a thinker... Love to think and can't stop to think.. For me,life is hard and weird... People is hard to understand. May be, that is one of The Greatness of ALLAH.. SubhanaALLAH

About this blog

Pengakhiran hidup yg masih kabur..

Dimana aku?!!

talk

Followers