
Pembukaan sem baru, genap setahun saya bergelar pelajar Farmasi UIA. Wah, masih ada 3 tahun yang perlu di tempuh. Pelajaran? Herm, makin susah, lagi-lagi bila UIA tukar sistem pembelajaran. Ramai yang tertanya, kemana menghilangnya saya, Merajukkah? Sakitkah? ke dah......
Setahun masa saya ambil menyepikan diri dari kawan-kawan. Ruang blog juga jarang-jarang dikunjungi. Setahun ini juga banyak mengajar saya apa erti kematangan, pengorbanan, dan yang palig penting APA ERTI HIDUP?
Saya tahu, ramai rakan-rakan di luar yang hebat fikrah nya (alhamdulillah di beri peluang berkenalan dengan kalian), dan Alhamdulillah, sepanjang hidup saya sentiasa di kelilingi orang yang jelas fikrah agama (termasuk ahli keluarga saya). Namun, tak ramai yang mampu beritahu saya apa itu erti hidup. Ralat diri ini melihat rakan-rakan malah diri sendiri kadang-kadang leka dengan dunia.
Maka, dengan pembukaan sem baru ini, saya menyeru diri saya dan rakan-rakan membawa satu perubahan dalam menghayati APA ERTI HIDUP dari perspektif yang lebih segar, kreatif, realistik serta matang.
Sesungguh nya hidup ini 'walou' tanpa Nya...
~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan~
"Akak, kami ada posting community masa 1st year, boleh ke dikira masuk kerja projek? " Soal salah seorang dari sahabat ku.
Herm, POSTING COMMUNITY. Apa benda tu? Baru tahun pertama dah ada kerja projek berbentuk praktikal. Sedar tak sedar, dah besar rupanya aku. Melangkah ke alam dewasa, di tambah pendedahan kepada dunia kerja agak menggerunkan kami.
"Uish, biar betui uia ne, kita kena praktikal kat pharmacy outlet. Kan kita ne baru tahun satu," Getus salah seorang rakan ku dengan loghat utaranya.
Ya, itu lah realiti kehidupan, sedar tak sedar, kami sudah melangkah kearah dunia yang lebih mencabar. Posting community, subjek wajib yang diambil ketika cuti antara tahun meng' induce' hormon adrenalin kami mencari pharmacist outlet di luar sana.
Hakikatnya, itu baru pendedahan kecil ke dunia luar. Banyak lagi cabaran-cabaran global yang perlu kita hadapi. Sebagai seorang siswi muslim, tidak harus kita abaikan perjuangan dan dakwah kepada masyarakat. Hakikatnya, masyarakat kita makin parah.
"Tak yah pergi jauh-jauh, tengok isu besar-besar, Bab aqidah dalam masyaraakat pun masih tak jelas. Pelajar universiti pun kadang-kadang keliru dengan apa yang mereka perjuangkan. Hidup ini untuk apa sebenarnya," soal umi ku suatu hari.
Itu lah ibu ku yang sentiasa buat otak ku ligat memikirkan maksud kata-kata nya. Diam ku panjang memikir untuk mencari jawapan.
Ya, bab aqidah, satu perkara yang sangat besar untuk di bicarakan. Konsep iman, islam dan ihsan pasti gagal dihayati jika tidak kena caranya. Pelajaran agama islam, syariah dan Quran sunnah pasti gagal di terap dalm jiwa pelajar-pelajar ini tanpa penghayatan dan kesedaran. Kefahaman agama bukan suatu yang boleh di ikut buta-buta tanpa panduan guru. Hakikatnya, ramai yang keliru dalam isu ini kerana mereka bergurukan buku.
"Perlu tunggu ustaz dan ustazah ke nak baca buku agama. Kalu macam tu, sampai bila berhabuk la buku kat dalam bilik," ujar salah seorang senior ku suatu ketika dulu.
Bukan itu maksud ku, ya, sila lah baca buku sebanyak mana yang kalian mahukan. Tetapi, kalian perlu ingat, dalam mendalami ilmu agama, kita ada tertib dan akhlaknya, terutama apabila menyentuh bab aqidah, peranan guru tidak boleh dipandanh enteng.
"Tanpa guru, syaitan pembimbingnya. Belajar agama bukan sama seperti kita belajar Physiology," ujar salah seorang rakan ku dalam kelas. Aku terdiam seketika. Alhamdulillah, di tengah-tengah kejahilan diri ini dalam menuntut ilmu, ada jua insan yang sependapat dengan ku.
Aku bukan manusia yang arif dalam hal agama, tetapi, displin ilmu mengariskan, dalam apa jua hal yang dikatakan menuntut ilmu, kita tidak boleh lari dari konteks berguru. Realiti anak-anak muda, terutama pelajar universiti, golongan yang sentiasa ingin mencari perkara kebaikan dengan membaca. Semangat juang dan dakwah mereka tidak pernah luntur. Duit dilabukan untuk membeli buku bukan RM 10-20, tetapi mencecah ratusan ringit. Golongan muda ini amat ku kagumi semangat dakwah dan menuntut ilmu agama.
Tetapi, disiplin ilmu tetap disiplin. Syariat mencari ilmu yang tidak boleh kita pandang remeh iaitu mencari ilmu pada orang yang tepat, iaitu guru. Hakta, Nabi Muhammad sendiri bergurukan Jibril yang menyampaikan risilah AlQuran dan As Sunnah dari Allah. Apatah lagi kita. Sebab itu, wujud permasalahan di kalangan anak-anak muda yang sewenang-wenang nya mentafsirkan apa yang mereka baca. Akhirnya, timbul kekeliruan dan hal ini bertambah teruk apabila ilmu 'baca-baca' mereka disebarkan ke masyarakat yang jahil ini. Satu lagi fitnah sudah tersebar.
Rakan-rakan, syaitan itu bijak, kadang-kadang, kita lihat suatu perkara itu baik dari pandangan kita, tetapi hakikatnya buruk bagi pandangan Allah. Namun, dalam usaha mencari ilmu, memperbaiki diri dan masyarakat umumnya, janganlah kalian berputus asa.
Tetapi, setiap apa yang kita lakukan, ada disiplinya. Bergurulah kerana jalan itu lebih selamat. Dan ingatlah, manusia yang lari dari disiplin, sebenarnya lari dari syariat Allah. Waktu itu, tunggulah, janji Allah pasti akan tiba, saat manusia menyaksikan sendiri kemusnahan diri mereka, kecuali orang yang beriman dan bertaqwa. Wallahualam.
~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan~
Yuhu!dah habis exam.
Jeritan kedengaran dari dalam dewan Lecturer Hall 2 Kuliyah Farmasi. Paper mcq gabungan subjek Pharm Analysis, Physical Pharmacy dan Microb memang menguji minda. Jawapan dibuat dan ditanda dengan penuh berhati-hati kerana soalan kali ini berbentuk minus marking.
1 jam setengah tidak terasa lantaran khusyuk nya memikirkan soalan-soalan yang diberi. Terasa berat otak habis sahaja peperiksaan paper yang terakhir itu.
"Habis dah tahun pertama. Harap-harap, kali ni lulus dengan jayanya. Dah 8 bulan aku jadi bergelar pelajar. Cepat rasanya masa berlalu,"
Ya, sudah 8 bulan sudah ku tempuhi hidup sebagai pelajar universiti. Pagi ke kelas, petang pulang, singgah cafe untuk beli makanan malam. Sampai di bilik, berehat,mandi,makan dan bersedia untuk solat maghrib. Selepas itu masa di luangkan untuk mengaji,solat isya',belajar dan akhirnya tidur. Itulah kehidupan ku sepanjang bergelar pelajar. Rutin yang samaku ulang untuk esok hari nya.
Sehingga satu tahap,aku tersedar,apakah hidup ini? Ini kah yang ku mahu? Kenapa jiwa ku terasa kosong? Mana perginya jiwa perjuangan Islam ku yang dahulu?Semuanya terkubur lantaran sibuknya diri ini.
Salah siapa?
Sistem pendidikan, yang membuat aku terlalu sibuk?
Atau salah ku, yang merelakan diri menjadi mangsa sistem ini.
Satu saat ku sedar,aku tidak kurang seperti 'robot-robot'manusia,yang berkerja tanpa arah mahupun tujuan.
Ku soal diri ini,apa yang ku mahu dalam hidup?
Apa..
" Seharusnya kita jadi apa yang Allah mahu kita jadi,bukan apa yang kita mahu jadi,"
Kata-kata ungkaian dari seorang akhwat membuat ku terdiam. Apa yang Allah mahu aku jadi.
Jadi manusia yang berguna,berjuang di jalan nya.
Kenapa aku masih gagal menghayati semua itu,
Apa yang tidak kena.
Kenapa makin hari,manis iman makin hilang.
Ya Allah,bantulah hamba ku.
..................................................................
Disaat ini, aku sedar,hidupku,perjuangan ku,kepercayaan ku,semuanya gagal ku fahami.
Iman dan islam yang ku anuti sama seperti orang islam yang lain. Hanya di warisi dari turun temurun, tapi gagaldi hayati.
Saat aku tersedar bertapa jauh diri ini dari tuhan,betapa aku menjadi orang yang 'munafik' yang melaungkan nama-namaTuhan, tetapi aku sendiri gagal menghayatinya.
"Alhamdulillah, enti dah sedar. Ayuh, mulakan langkah, Jangan bertanguh. Pencarian takkan berakhir, namun, pejuangan tak boleh di tinggal sepi," ujar lagi seorang akhwat.
Kata-kata semangat yang menjadikan tautan ukhwah kami semakin erat.
Ya, mungkin aku lambat untuk memahami semua itu. Namun, itu bermakna aku perlu mengorak langkah yang lebih jauh kearah pembaikan diri.
Mencari hidayah dan taufik dalam sinar Islam bukan suatu perkara yang mudah. Dengan usaha yang gigih, mana mungkin Islam dapat di sebar ke seluruh dunia. Namun, memahami erti kita menganut Islam apatah lagi menghayatinya juga suatu perkara yang harus ku lakukan sekarang.
" Saat manusia tersedar, siapa tuhan mereka, apa tujuan mereka di jadikan, dan bagaimana dan kearah mana haru manusia tuju. Saat itu, tuhan sangat dekat dengan kita," Teringat ku kata-kata seorang pensyarah di UIA.
Ya, saat aku tersedar, selami ini jiwa ini buta, buta menilai mana satu kasihnya tuhan. Saat diri ini gagal mencari erti kehidupan, herm, dengan kata yang lebih tepat, gagal menghayati erti hidup ini untuk apa,.
........................................................
Biarlah mereka katakan aku insan yang gagal. Gagal di tarbiyah. Kerna aku tahu, aku bukan insan yang sempurna.
Biarlah mereka kata aku manusia kanak-kanak, Kerna aku tahu, pengalaman dan kegagalan lah yang mengajar aku erti dewasa.
Biarlah mereka kata aku gagal menjadi hamba Allah walaupun pintu kebaikan dekat di mata ku. Kerna aku tahu, Islam dan iman bukan boleh di warisi, tetapi ia perlu dicari, dicari dengan mata hati, atas kehendak Ilahi.
Biarlah mereka kata aku masih gagal mengerti erti cinta, kerana aku masih gagal merasai apa itu erti CINTA SEJATI, cinta si RABBI.
Pencarian ini tidak akan ku hentikan, kasih ku pada insan bernama makhluk tak mungkin dapat ku beri. Disaat diri masih gagal mengapai kasih TUHAN.
Hakikatnya, aku seorang pengembara, yang mengembara mencari kasih tuhan. Di sebalik jiwa dan hati yang hina ini, aku yakin, masih ada sinar nur dari tuhan . Perantauan ini akan tetap ku teruskan, kerna hakikatnya,Perantau Kasih itu adalah aku.
وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ ﴿١٦﴾
إِذْ يَتَلَقَّى الْمُتَلَقِّيَانِ عَنِ الْيَمِينِ وَعَنِ الشِّمَالِ قَعِيدٌ ﴿١٧﴾
Artinya : "Dan Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, (yaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri.” (QS. Qoff : 16 – 17)
~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan~
This is one of my favourite song from Hijjaz. It taught about life in terms of making decision. Sometimes we forgot that Allah always guide us through our heart and soul. So, let's seeking the hidayah through purify our heart and soul.
Lirik Pandangan Mata - Hijjaz
Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih
Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran
Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia
~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan~
"Akak rasa, akak takkan dapat keputusan bagus la SPM nanti," ujar adik ku yg bernama Nabila@Cik Nab.
Itulah ayat dia masa pertama kali aku tanya pasal SPM.
"Kenapa lak, Rileks la, Cuba bersangka baik dengan tuhan. Waktu ni ko kena doa banyak-banyak. Bukan tido!" Balas ku.
"Kalau ko dapat 11 A, akak bg hadiah," ujar ku sekadar memberi semangat. Kelihatan dia sedikit teruja.
Setiap kali kami behubung atau berborak dia mesti akan cakap,
"Jangan lupa, handpon ber mp3"
Untuk pengetahuan semua, adat dalam keluarga kami setiap orang menggelar diri nya kakak(kecuali anak no 8&9). Mungkin kerana sebab umur kami yang sangat dekat menyebabkan kami terpaksa menjadi kakak dalam umur usia baru setahun. Bahkan, adik aku, Syamil juga mengelar dirinya kakak sewaktu kecik dulu. Krisis identiti budak ni. Hahaha.
'kakak' syamil & abg suhaimi
Dalam keluarga ku, setip kali cuti, kebanyakan masa cuti hanya ditumpukan kepada pelajaran. Itu belum ditambah dengan adik-adik yang menggambil tusyein tambahan. Maka, masa cuti kami kebanyakan di habiskan dirumah.
Mana taknya, tiap-tiap tahun akan ada saja anak Hj Shuhardi dan Hjh. NorLiza yg akan mengambil peperiksaan tak kira la SPM, PMR mahupun UPSR. Tahun ini sahaja, dua orang adik ku akan menggambil peperiksaan SPM dan PMR.
ab(dihadapan) & ikah(belakang) akan menggambil PMR & SPM
Tetapi, itu tidak menjadi masalah. Bagi saja mereka komputer, internet, dan masa berjalan ke rumah nenek , sudah memadai bagi mereka. Jadi, jarang ada rungutan kalau kami tak dapat bercuti ketempat lain.
11Mac 2010 adalah taikh yang dinanti-nantikan kami sekeluarga. Tarikh keramat yang akan menentukan kerjaya hidup cik nab yg seterusnya. Entah kenapa, aku pula yang teruja. Mungkin aku tahu, cita-cita dia tinggi, mahu meneruskan pelajaran ke bumi anbiya', mengikut jejak langkah kak ila dan syamil. Kalau result tak bagus, susah nak pohon JPA dengan keadaan ekonomi yang teruk.
Jangan risau Cik Nab, kau ada kakak-kakak dan abang-abang yg sentiasa menyokong dan membantu kau. Beruntungnya orang anak tengah ni kan. Maka, hargai lah kakak dan abang kalian.
11Mac 2010,
11.49 am,
Biochemistry class,Lecturer Hall year 1.
Teet, teet
Siapa lak masej aku tengah-tengah dalam kelas ni. Habis satu kelas pandang aku.
From: Cik Nab Masam
"Pah! Telepon ber mp3!"
Apakah maksudnya ini, Adakah....
Tanpa berlengah, aku menyulusup keluar dari kelas. Punat telefon ditekan,
'Cik Nab Masam'
'CALL'
Alhamdulillah, tak sangka, akhirnya cik nab kita berjaya mendapat staright 11 A. Kan akak dah cakap, bersangka baik dengan tuhan.

cik nab(sweeter biru) , tahniah!
TAHNIAH akak ucapkan. Teruskan usaha lagi, sebab kehidupan sebagai pelajar takkan berhenti dengan keluarnya result SPM. Jangan lupa, sujud syukur, sebab hakikatnya, kejayaan itu datang nya dari DIA.
Lihat, kalau kita sentiasa bersangka baik dengan ALLAH, dan kita yakin dengan rezeki NYA, Allah akan balas lebih dari itu. Andai kata apa yang kita dapat tidak seperti yang kita harapkan, itu ujian dari Allah untuk mentarbiyah kita sebenarnya.
Hakikatnya, itu baru peperiksaan dunia, Alhamdulillah kau baru melepasi satu peperiksaan dunia. Tetapi, ingatlah, peperiksaan terbesar menanti 'disana'. Jadi, jangan lupa buat persiapan untuk peperiksaan Akhirat juga.
Selamat melangkah ke alam universiti. Banyakan berdoa dan jangan lupa buat solat istikharah dalam membuat pilihan kos yang akan kau pilih. InshaAllah, Allah akan tunjuk jalan yang terbaik untuk kau. Pokoknya, pergantungan terbaik adalah disandarkan kepada Allah.
~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan~

Hatiku~
Hati ku, milik MU,
Pada MU ku serahkan segalanya,
Pada MU ku pohon segalanya.
Bantu lah aku, kerana aku hamba MU yg lemah.
Tuhanku,
Aku tidak tahu,
Berat diri untuk menerima nya,
Bukan benci, cuma tak sudi,
Bukan suka, terpaksa menerima,
Hati memberontak, mengatakan tidak.
Siapa tahu hasrat hati ku,
Mereka tahu, tapi pura-pura tak tahu,
Mereka sedar aku tak mahu,
Tapi aku disuruh patuh dan terima.
Aku bimbang, aku tak mampu,
Aku bimbang, pengorbanan dibuat mengorbankan diri,
Aku bimbang, aku tak mampu menghadapi,
Aku bimbang aku tidak mampu meneruskan kepura-puraan ini,
Saban hari batin ku menjerit,
Hanya kerana aku tidak sudi menerima nya
Susah kah mereka memahami isi hati ku.
Hati ku, aku yang tahu,
Aku pemilik hati ini,
Hakikatnya, kita bukan milik kita,
Hakikatnya aku milik tuhan KU,
Hanya pada MU hati ini ku serahkan,
Hanya pada MU ku pohon pertunjuk,
Ternyata, hati ku yg dulu tetap sama,
Diri mu tidak akan mampu mengubah pendirian ku
Kerna hatiku, adalah aku,
Dan aku hanya milik NYA.
Salam pengujung sekalian, (itupun kalau masih ada pengunjung),
BLOG INI AKAN DI REHATKAN BUAT SEMENTARA WAKTU DEMI MEMBERI RUANG KEPADA PENULIS MENGATUR KEMBALI PERJALANAN BLOG INI DAN JUGA DIRI PENULIS. SOKONGAN ANDA AMAT PENULIS HARAP KAN..
~salam sayang dr
PERANTAU KASIH.
~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan~



