Pahit.Macam dark chocolate
Itu saja yang mampu saya ungkapkan. Pahit rasanya menelan segala kesalahan yang kita buat. Pahit rasanya bila kita mula rasa bersalah dengan manusia. Malah, lebih pahit jika kita buat salah dengan ALLAH.
Saya bukan insan mulia. Banyak rasanya kesalahan yang saya lakukan. Sebab itu hidup saya sentiasa rasa pahit.
Baru-baru ni, saya provok sorang kawan. Kawan seuniversiti tapi tak rapat. Tak cukup rapat untuk kenal hati budi dia. Jadi, kami berchatting, just nak mintak kepastian, sebab ramai sangat yang bawa cerita-cerita tak enak didengar. Bezanya, saya menggunakan identiti samaran dan dia tidak.
Ternyata dia bukan begitu, dan cara saya mungkin membuat dia marah.
Mungkin cara saya salah dipandangan dia tapi betul dipandangan saya. Setiap orang mempunyai pandangan yang bebeza. Seperti yang dia kata, setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza. Yang jadi persoalan, adakah setiap pandangan dan tindakan kita yang berbeza itu betul?
Jadi, saya nak mintak maaf kepada mana-mana insan yang saya pernah lukakan hati. Mungkin saya salah, walaupun kadang-kadang niat saya betul, tapi tindakan saya mungkin tak betul. Tindakan tidak menghalalkan cara. Kata kunci yang patut jadi pegangan kita.
~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan~
0 comments:
Post a Comment