Perantau Kasih

Merantau mencari kasih ILAHI,


Hari ini saya terpanggil untuk menulis serba sikit tentang Micheal Jackson@Mikael. Sejujurnya, saya tidak pernah mengenali arwah, malah, selama ini saya tidak pernah tahu bahawa lagu-lagu yang  saya pernah dengar adalah nyanyian arwah.

Tiba-tiba, dunia digemparkan dengan kematian Mikeal, Lagenda raja Pop. Saya lebih suka menggunakan nama islam beliau. Sehingga kini tiada siapa mampu menandingi arwah. Hebat sangat kah beliau?

Ya, memang tak dinafikan, suaranya memang merdu, malah masej yang disampaikan melalui lagunya juga jelas, iaitu masej kemanusian.

Mikael sebelum islam adalah penyanyi yang sangat popular. Beliau belatih menyanyi sejak kecil. Sungguhpun mempunyai suara yang merdu, serta gerak tari yang pantas dan unik, terdapat juga manusia-manusia berhati busuk yang tidak menyukai nya lantaran dia berkulit hitam. Kehidupannya tidak pernah aman. Malah, sejak kecil, dia didera ayahnya semata-mata mahu menjadikan dia penyanyi popular. Ya, cita-cita ayahnya berjaya, tetapi, Mikael membesar dengan penuh kesunyian.

Kerjaya Mikeal jatuh setelah dia di sabit kesalah mencabul kanak-kanak. Walaupun disabit tidak bersalah, kesan daripada kes tersebut sedikit sebanyak menjejas kerjayanya. Itu belum lagi dengan pelbagai kontroversi anak-anaknya dan pembedahan yang dibuat oleh Mikeal. 

Maka, bermulalah pelarian jiwa yang gersang ini ke Bahrain. Di sana, dia tinggal selama setahun dan menjadi kehormot putera Bahrin. Abangnya yang sudah lama memeluk Islam menunjukkan kepada nya bertapa Islam itu indah, mementing keamanan dan kesamaan kaum. Akhirnya, Mikael melafazkan niat mahu memeluk agama Islam. 

Kematian Mikael memang sangat menjadi pengajaran kepada saya. Betapa kematiannya diratapi manusia seluruh dunia. Malah, ada yang sanggup bunuh diri kerana tidak dapat menerima kematian Mikeal. Namun, adakah kematian beliau disambut tangisan kegembiraan di dunia 'sana'. Wallahualam. Saya sentiasa berdoa agar beliau berada dikalangan orang- orang yang soleh.

Walaubagaimanapun, saya rasa sungguh kesian kepada arwah kerana sehingga kini mayatnya tidak lagi ditanam. Sebagai seorang Islam, perkara yang seharusnya kita cepatkan ialah proses menanam mayat. Namun, kes perebutan antara keluraga bapa dan ibu Mikael tentang bagaimana cara mayat perlu ditanam telah melambatkan proses tersebut. Bak kata umi saya, Mikael seolah-olah bukan milik dirinya sendiri, tetapi milik orang ramai.

Mikael adalah artis yang tidak pernah lari dari kontroversi. Kisah hidp, keluarga, anak-anak, harta malah sehingga lagunya juga dikatakan kontroversi. Namun, masej keaamanan yang menjadi tema lagunya menunjukkan suara hatinya tentang dunia. Lagu-lagu yang dikarang menyatakan rintihan jiwa tentang dunia.

Namun, rintihan itu hanya tinggal kenangan, kerana dia sudah pergi. Semoga roh arwah dicucuhi rahmat. Al-fatihah.

~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan~

8 comments:

hmm..kesian kan lewat2 kan tanam jenazah tu...menarik post ni..x pernh taw pn sebelum nih...huhu

ye...mmg la dirasai kehilangan die..tp dgr cter.,kbnykkan org kulit hitam peluk islam disbbkn populariti..xtw la klo statement nie btol...pe pndpt perantau kasih...?mikael mmg bertuah 'pergi' pd ari jummat..smoge die diicucuri rhmat....

bg pendapat sy,itu bukan urusan kita.sesiapa yang mengucap syahadah,mereka dikatakan saudara kita. Bab populariti itu satu perkara yang menarik. Tapi, persoalannya,kenapa islam? Kebanyakkan org kulit hitam masuk islam, dr apa yg saya baca dan lihat,kerana islam itu agama yg tidak pernah mendikriminasikan sesiapa. Dan untuk pengetahuan, bab2x kulit ini masih menjadi isu walaupun tak sehangat dulu.Mungkin kerana org kulit putih dpt menerima meraka.

kesian kan... dr fathi yakan meninggal takde pon kesah kat mesia... mekel jaksen@mikael gak yg disebut2... bukan nak menafikan hak individu... cuma pelik dengan mentaliti manusia sekarang...

~~adik kamu yg malas nak login account goole~~

haha... amek...

setiap penuliasan ada sebabnya cik syamil. blog ini bukan untuk tujuan menghentam sesiapa atau mengkritik sesiapa. penulisan ini utk sebagai iktibar. post ini tujuannya untuk dijadikan iktibar.klu x nak ambik, tak yah nak hentam sesiapa.

~dr akak kamu yg malas nak sign in~

haha... sape kata acik cakap pasal blog ni???

acik cakap pasal kat mesia la... haha...

satu kosong...

~ dr adik kamu yg hitam manis...huahua~~

Ele, syamil dah malu tu. Konon nak cover.

-kakak yang sentiasa comel-

plausible deniability... gaya org yg tak terime hakikat dah silap... isy2...

dua kosong...

~super syamil~

Pages

About Me

My photo
Just a simple person,but I always make problems... Sorry Abuya and Umi... but I love my family so much, I am third from nine... I am a thinker... Love to think and can't stop to think.. For me,life is hard and weird... People is hard to understand. May be, that is one of The Greatness of ALLAH.. SubhanaALLAH

About this blog

Pengakhiran hidup yg masih kabur..

Dimana aku?!!

talk

Followers