Perantau Kasih

Merantau mencari kasih ILAHI,


Seringkali kita dengar yang negara pelbagai perkara yang menjadi kebanggan negara. KLCC, Putrajaya dan banyak lagi. Pentingkah?Hebat sangat ke?Entahlah. saya pun tak tahu apa yang hebat sangat dengan bangunan-bangunan batu.

Bukan bangunan yang kami(rakyat) inginkan. Bukan pencakar langit yang kami idamkan. Tetapi, keadilan dan keselesaan rakyat yang perlu diutamakan. Selesakah Malaysia?

Tidak. Sudah tentu tidak.

Kenapa?

Apa yang hebatnya kalau kerajaan tidak mampu menyediakan kemudahan kesihatan yang baik untuk rakyat.

Lihat saja hospital-hospital kerajaan yang kekurangan kemudahan, staf, doktor dan macam-macam lagi masalah yang kalau disenaraikan rasanya hanya menyesakkan dada kita.

Sebelum ini, saya tidak pernah terfikir soal-soal ini. Ya, saya seringkali dengar luahan orang yang kemudahan kesihatan di negara kita teruk, layanan jururawat yang tak memuaskan, doktor yang melakukan kesilapan. Tapi, hakikat kebenaran nya hanya dapat kita rasa bila kita melihat sendiri situasi-situasi ini.

Baru-baru ini saya 'di tugaskan' menemani nenek dikampung kerana atuk ditahan di wad. Hospital mana, lebih baik saya tak sebut mana-mana hospital kerana kritikan ini lebih kepada kerajaan kita yang gagal menyediakan prasarana kepada rakyat. Maka, hari pertama, ayah bawa kami sekluarga melawat atuk di wad. Punya la ramai pelawat sampai tempat parking pun tak de. Yang lagi mahsyuk, wad atuk terletak ditingkat lapan, tingkat paling atas!

Sampai sampai je ditingkat 8, Ya Allah, sesaknya, hanya tuhan saja yang tahu. Nak jalan pun berlangar-langgar bahu. Belum lagi katil yang diletak terlalu dekat. Yang paling 'best', wad ini hanya dibekalkan kipas. Memang tak boleh dibayangkan panasnya. Jadi, pihak hospital terpaksa buka 'sliding door' bagi membenarkan angin semula jadi dari luar masuk. Hebat tak?!

"Pah, atuk nak gi tandas. Ko carikan kereta sorong," kata atuk. Apa lagi, saya pun jelajah la satu wad mencari kereta sorong.

Untuk pengetahuan umum, wad di hospital ini macam dewan besar. Tiada bilik. boleh dijelajah dari hulu hingga kehilir wad. Mungkin dengan cara macam ini, pihak hospital boleh sumbat lebih banyak pesakit.

"Nurse, ada kereta sorong tak?"

"Cuba cari kat belakang,"

Tapi,

Kereta sorong dah di 'booking' orang lain. Terpaksa la saya tunggu turn nak guna kereta sorong. Dapat je kereta sorong, saya segera bawa atuk ketandas.

"tumpang lalu, tumpang lalu,"

Lucu rasanya, Macam jadi perhatian ramai bila saya sorong kereta sorong semata-mata nak bawa atuk ke tandas yang terletak dihujung wad(punya la jauh tandas). Setiap kali saya nak lalu, mereka mesti bagi laluan kat saya.Terasa macam VIP pun ada. Mana taknya, jalan nak ketandas penuh dengan pelawat yang berdiri. Sebabnya, satu katil, disediakan satu kerusi sahaja! Maka berhimpit-himpit la ahli keluarga yang datang melawat. Belum lagi disentuh soal tandas. Boleh jadi motto, 'KOTOR, BERBAU, TERSUMBAT'.

Ya Allah, padanla atuk aku tak nak mandi kat tandas ne. Sudah-sudahnya, 4 hari atuk tinggal di wad, 4 hari la dia tak mandi. Nak buat macam mana. Terpaksa la saya lap badan atuk dengan kain basah. Sekali lagi, saya jadi perhatian. Tak de privacy langsung!

Kalau macam ni punya gaya, pesakit yang masuk ke hospital ni bertambah sakit. Herm, sedih-sedih melihat kondisi hospital ni. Dah la kebanyakkan pesakit terdiri orang-orang tua.

Tapi, syabas saya ucapkan kepada doktor-doktor, akak dan abang nurse, dan staf dihospital kerana mampu memberi layanan yang baik dalam kondesi yang teruk. 

Saya sempat berbual dengan pembantu pegawai kesihatan yang bertugas ketika atuk menjalani rawatan dialisis. Beliau sanggup korban cuti sakit(demam) semata-mata mahu membantu pesakit. Katanya, kalau beliau tak datang hari ini, pesakit tak dpt buat dialisis. Nak tak nak, beliau datang juga, atas dasar ehsan. Gaji tak tambah pun.

Belum lagi kita lihat doktor-doktornya. Sepanjang saya melawat atuk disini (selain melayan atuk) saya juga gemar memerhati doktor-doktor yang merawat pesakit. Melalui pemerhatian, doktor-doktor disini tak pernah merungut kalau pesakit buat hal atau terpaksa kerja lebih masa. Kebanyakkan doktor-doktor disini muda-muda belaka dan ramainya dari bangsa cina. Pelik, mana pergi doktor Melayu? Ada, tapi tak ramai. Tapi komitmen yang diberi, tenaga yang dicurahkan, masa yang diberi, sangat membuat diri saya begitu kerdil. Seharusnya kita bangsa melayu, orang Islam malu dengan bangsa cina. 

Apa yang mereka dapat. Duit?berapa besar sangat la gaji doktor.Mereka bukan doktor pakar.Belajar medic saja 6 tahun, gaji permulaan(kerajaan) sekadar RM 2000, tapi kerja bagai nak 'gila'. Tekanan dari pesakit lagi. Kemudahan yang tak cukup. Terpaksa tinggalkan keluarga ketika cuti. 'On Call' tengah-tengah malam. Kehidupan apakah ini?

Teringat perbualan dengan seorang sahabat yang sekarang sedang menyambung pelajaran di India dalam bidang kedoktoran. Katanya, doktor tak de lifestyle. Gaji sikit. Belajar lama. Tapi, dia tetap nekad ambik bidang tersebut walaupun ditawarkan dalam bidang kejuteraan di UTP. Saya pernah bertanya, kenapa ambik 'medic'? Jawapannya mudah, kita kurang doktor. Aku rasa aku mampu. Aku nak tolong orang.

Inilah pegorbanan seorang doktor yang benar-benar ikhlas mahu membantu masyarkat.Maka, saya kira meraka ini wajar dihormati. Sebab itu, kerjaya yang paling dihormati, dan insan yang paling dipercaya ialah DOKTOR (berdasarkan kajian). Maka, kepada pelajar-pelajar Medic,(khususnya kakak dan adik saya yang sedang bengong otak belajar anatomy), berbanggalah anda dengan kerjaya yang bakal anda sandang. Putus asa jangan dijadikan falsafah hidup. Semoga kalian menjadi doktor yang berjaya.

~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan~

2 comments:

Allah~~ Anatomy tu zaman bila cik adik. Pening lain pula nih~~

haha... anatomy x bengong la... cuma byk je... alah... physio lg membengongkn... takpon oc...

Pages

About Me

My photo
Just a simple person,but I always make problems... Sorry Abuya and Umi... but I love my family so much, I am third from nine... I am a thinker... Love to think and can't stop to think.. For me,life is hard and weird... People is hard to understand. May be, that is one of The Greatness of ALLAH.. SubhanaALLAH

About this blog

Pengakhiran hidup yg masih kabur..

Dimana aku?!!

talk

Followers