"Banyakkan solat Dhuha pah. Jangan lupa qiam, InshaALLAH berkat hidup. Berjaya dunia akhirat," pesan Umi suatu ketika dulu. Herm, Buat kemana, istiqamah kemana....
"Tangan-tangan itu, jika dizinkan Allah, apa sahaja yang mereka lakukan pasti menjadi" ujar ku suatu hari kepada seorang sahabat.
Ya, itu lah tangan-tangan orang soleh, ahli ibadah dan ahli taubah.
Sebenarnya, kita tak rasa, kita tak jiwai, kita tak memahami kalau kita tak duduk sekali dengan mereka yang dikatakan seperti ini. Itulah manusia. Sebagai manusia, itulah kelemahan ku. Sebab aku manusia!
Bulan lepas, nenek ajak teman pergi ke rumah seorang ustaz atau lebih disenangi dipanggil Pak Guru. Jangan salah anggap ye, pak guru bukanlah bomoh ataupun pawang. Tetapi, hanya seorang ustaz. Kebetulan memang aku tengah cuti panjang. Maka, ajakan itu ku rasa tak bersopan kalau ditolak.
Seminggu masa dihabiskan sana. Ya, inilah kali pertama aku belajar satu perkara baru yang tak mungkin UIA ajar, suatu yang sukar ku dapati di universiti kehidupan ku, suatu yang ku rasa besar pengertiannya dalam hidup ku, sebab aku belajar melalu mata hati, melalu pemikaran dan pemerhatian.
Pada mulanya memang agak bohsan. Yela, disuruh tinggal dirumah tanpa melakukan apa-apa, dilayan sebagai tetamu, hanya makan, minum dan tidur. Maka, masa terluang ku sibukkan dengan membaca, berjalan, memerhati dan berborak.
Herm, orang-orang disini sentiasa solat berjemaah, seusai solat, mereka tidak pernah lupa wirid. Amalan solat witir sudah tentu menjadi pakaian diri. Pak Guru merupakan orang yang membuka penempatan tersebut. Atuk selalu cerita, dia dengan nenek sanggup datang dari selangor ke Kedah semata-mata membantu Pak Guru. Jauhnya. Inilah namanya UKHWAH FILLAH yang sepatut kita contohi.
Kawasannya tak berapa luas, tetapi semakin ramai orang yang bina rumah di kawasan ini. Perkampungan ini seolah-olah taman di dalam hutan kerana ia terletak di dalam hutan. Maka, jika anda kesini, jangan harap nak dapat line handpon.
Sebenarnya, penempatan ini juga menempatkan orang-orang yang tegar dadah yang datang mahu berubat. Herm, jumlah ahlinya makin bertambah. Perlukah aku rasa seronok sebab ramai orang tahu kemampuan Pak Guru membantu mereka yang tegar dadah? Atau aku perlu rasa sedih sebab lihat anak bangsa merosakkan diri semakin bertambah?Keliru, keliru.
Tapi sungguh, walaupun tak semua, tapi ramai yang dah pulih. Malah, ada yang tak mahu keluar dari tempat tu, punyalah sayang mereka dengan suasana disini. Suasana yang membuat mereka tenang, dekat dengan ALLAH.
Sebagai seorang yang berjiwa bapa, Pak Guru tak pernah menolak mereka yang mahu terus tinggal disini. Malah, pada peringkat awal, beliau membantu mereka-mereka ini . Makanan ditanggung, tempat tinggal diberi. Uish, kalau macam ni, senang la hidup. Senang ke?
Tak, Sebenarnya pelbagai kerja yang diberi, ada yang suruh kerja di ladang buah, ada yang diberi modal menternak ayam dan macam-macam lagi. Mereka semua di beri gaji dan dana. Sampai begitu sekali kasih sayang seorang bapa kepada anak yang langsung tiada pertalian darah. Malah, anak-anak meraka dianggap sebagai cucu sendiri (ada yang tinggal sampai beranak-pinak, tetapi mereka ini berkerja dengan Pak Guru).Sampai begitu sekali.
Kita macam mana?
Seringkali kita berdakwah, kita kata kita seorang dai', tetapi kadang-kadang dakwah kita diselit rasa benci, tiada ruh kasih sayang. Sedangkan manusia itu tandus kasih sayang. Jauhnya manusia dari ALLAH lantaran mata hati mereka buta menilai kasih sayang ALLAH. Seharusnya, sebagai dai' kita tunjukkan kasih sayang itu wujud. Bukankah ALLAH itu Ar Rahmah dan Ar Rahim?
Sebenarnya, aku merasa hairan. Owh, orang apakah ini? Disayangi, rezeki murah, anak-anak solah dan solehah, dan yang paling penting, apa sahaja yang dilakukan , InshaAllah menjadi. Siapa mereka ni?
Itulah dia, ahli ibadah, orang soleh dan ahli wirid. Mereka di sini sangat konsisten ibadahnya. Wirid LAILAHAILLAHLAH menjadi basahan mulut. Solat sunat menjadi pakaian hidup. Mereka ini sangat dekat dengan ALLAH. ALLAH menjadi pegangan mereka. Rasulullah s.a.w menjadi ikutan contoh. Akhirat menjadi ikutan. Maka, dunia tidak pernah bersarang di dalam hati.
Inilah orang-orang yang menjadikan akhirat matlamat hidup, dunia ikut di belakang. Inilah orang-orang yang kita selalu kata, berkerja untuk akhirat seolah-olah kau akan mati esok, tetapi berkerja untuk dunia seolah-olah kau akan hidup selamanya.
Inilah orang yang memberi tanpa mengharap. Sebab mereka yakin, Maha Pemberi, Ar Razak itu ialah ALLAH yang satu. Yakin akan segala pemberian itu dari ALLAH. Keyakinan yang jitu tanpa ragu-ragu yang sukar untuk kita terapkan kedalam diri kita. Inilah orang nya. Mereka ini ku kira ialah petani akhirat.
Kenapa petani?
Kerana petani itu sangat mulia kerjanya.
Petani akhirat ialah petani yang memberi manfaat kepada manusia di dunia tetapi juga diakhirat
Petani akhirat menanam di dunia, untuk di tuai di akhirat.
Petani akhirat ialah petani yang dijanjikan Allah syurga.
Maka, jadilah petani akhirat.
Salam kalam dari diri ku yang hina..
~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan~
0 comments:
Post a Comment