Perantau Kasih

Merantau mencari kasih ILAHI,


Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana di beri kesempatan untuk saya hidup apatah lagi meluahkan rasa di ruang blog ini. Bukan mudah untuk saya mencoret kata-kata yang indah mahupun puitis. Baru kini saya tahu, bukan mudah untuk menjadi seorang blogger apatah lagi seorang penulis. Penulis memerlukan rasa untuk menyentuh hati pembaca. Namun, apakah saya mampu sampai ketahap itu?


Penulisan dan daya intelek.


Penulis memerlukan daya intelek yang tinggi serta kemampuan untuk menyampaikan mesej dengan jelas dan tepat kepada pembaca. Oleh itu, pembacaan yang banyak amat penting selain pengalaman dan pemikiran yang luas bagi seorang penulis. Semua kriteria ini juga melambangkan daya intelektual seseorang. Dari gaya penulisan, kita mampu menjangka daya intelektual seseorang.


Membaca amat penting dalam kehidupan manusia. Seharusnya minat membaca perlu ditanam dalam diri kita. Menyentuh soal minat membaca, saya teringat surah yang pertama di turunkan Allah kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan malaikat Jibril yang jelas menitik beratkan minat membaca


“Bacalah( wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)”

(Surah Al-A’laq;ayat 1)


Namun persoalan di sini, adakah dengan membaca sahaja, tanpa memahami konteks bacaan apatah lagi mengkaitkan ia dengan kehidupan seharian itu sudah cukup memadai? Sudah tentu tidak. Orang yang sebegini sebenarnya tidak memahami tujuaan mereka membaca.

Orang yang membaca tanpa berfikir serupa orang kanak-kanak kecil membaca buku ABC secara terbalik. Malah saya boleh katakan kanak-kanak itu lebih baik daripada mereka.


Apatah lagi orang yang membaca tanpa memikirkan keagungan Allah, Tuhan yang Maha Mencipta segala yang berada dimuka bumi mahupun di langit. Berani saya saya katakan orang sebegini adalah orang yang melampau, bebal lagi sombong! Apatah lagi jika orang itu sendiri seorang muslim!


“Ia menciptakan manusia daripada sebuku darah. Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan.Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampui batas(yang sepatutnya atau yang sewajibnya).

(Surah Al-Alaq;ayat 2-5)


Membaca juga perlulah dengan niat ikhlas kerana Nya; untuk meningkatkan ilmu pengetahuan demi mengenali siapa pencipta alam ini. Bukan kerana ibu bapa. Bukan kerana pensyarah apatah lagi peperiksaan. Malah, Allah Rabbul Izzati menyuruh kita memahami setiap isi bacaan supaya kita mendapat ilham untuk menulis artikel yang baik , mencoret karya yang kreatif ,dan mencipta ayat-ayat serta sajak yang puitis, apatah lagi memuji keagung Nya.


Sesungguhnya, ilham yang baik itu sudah tentu datangnya dari Allah, bagi mereka yang membaca dan berfikir sahaja. Oleh itu, jelaslah disini akan kepentingan membaca, berfikir dan memahaminya. Barulah orang itu layak dikatakan mempunyai intelektual yang tinggi.


Tetapi….


Tetapi, sejauh mana kita mempraktik serta menghayati surah ini? Malah secara jujur saya tak pernah terfikir tentang semua ini sehinggalah saya menjejak kaki ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Saya tak pernah mengkaitkan segala apa yang saya pelajari, buku yang saya baca mahupun hasil penulisan saya dengan kebesaran Allah S.W.T. Ternyata saya dulu juga seorang yang bebal dan sombong! Semoga Allah S.W.T mengampuni dosa kita semua.



UIA ku cintai


Namun, Alhamdulillah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia banyak mengajar saya erti kehidupan sebagai seorang pelajar. Terima kasih pensyarah.


Mana taknya, selaku seorang jurusan sains, saya dan rakan-rakan diajar berfikir untuk mengkaitkan hubungkan antara Islam dengan ilmu hakta soalan dalam peperiksaan sekalipun. Setiap kelas yang kami hadiri membuat kami insaf (bagi mereka yang berfikir) dan terasa kerdil jika dibandingkan dengan Allah S.W.T. Misalnya kewujudan DNA yang cukup jelas membuktikan keagungan Allah (kalau nak tahu, sila la buat rujukan sendiri).


SubhanaAllah!

Sungguh menakjubkan!

Sungguh menginsafkan!


Menulis kerana untuk mengetahui.


Meminjam kata-kata Ustaz Hasrizal dalam blognya, www.saifulislam.com (kalau tak diberitahu pun, pasti ramai yang sudah tahu);


“Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi berusaha mencetus MAHU agar bergerak menuju MAMPU. Pencerahan bukanlah pada mengumpul pengetahuan, tetapi upaya membuka laluan kembara insan mencari TUHAN - ABU SAIF ”


Indah bukan. Tak mungkin saya mampu ketahap itu kerana banyak kekurangan dan kelemahan yang saya miliki. Sebab itu saya lebih selesa mengatakan saya menulis kerana ingin MENGETAHUI.

Dengan menulis, saya dapat mengetahui pelbagai benda supaya saya jelas dengan apa yang ingin saya tulis. Oleh itu barulah saya MAMPU berkongsi rasa MAHU dengan pembaca.


Menulis juga seolah-olah seperti ‘komputer’ yang menyimpan pelbagai data-data yang kita baca. Hanya dengan menulis, kita tak mungkin akan lupa apa yang kita baca. Kalau lupa, kita boleh buka ‘komputer’ , dan rujuk balik apa yang kita baca sebelum ini.


Sebab itulah angin-angin kegemilangan ketamadunan Islam tak pernah hilang di telan zaman kerana para intelektual Islam gemar menulis. Lihat sahaja karya Ibnu Sina (The Cannon of Medicine), Ibn Khaldun (kitab Mukaddimah) dan banyak lagi intelektual Islam yang wujud sehingga kini sangat berharga dan dihargai. Mana taknya, karya-karya serta buku-buku mereka menjadi rujukan yang paling dikagumi oleh masyarakat dunia.


Sayang sekali, saya gagal menteladani mereka. Banyak benda yang saya baca tak mampu dikongsi serta dimanfaatkan bersama-sama rakan-rakan kerana sifat malas saya untuk menulis. Mengapa sebelum ini saya tidak menyedari hal ini. Ternyata saya dulu juga seorang yang melampau batas, bebal dan sombong! Saya gagal menjadi manusia yang baik!


“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain.”
[Dikeluarkan oleh al-Daruqutni dalam al-Afraad dan dinilai hasan oleh al-Albani dalam Sahih al-Jami' al-Saghir, hadis no - 3289]




Bismillahirrahmanirrahim...


Happy Birthday Nur Afifah Shuhardi.
atau dalam bahasa arabnya SANAH HELWA!
Mak ai, skemanya...
Herm..hari ni, genap saya berumur 19 tahun...
Sweet 19 orang cakap.. Sweet ke...
Secara jujur, saya masih rasa muda lagi!
Banyak benda yg saya nak lakukan.
Jadi, penambahan umur bukan penghalang...

Teringat Saidina Ali, seorang remaja yg cerdas dan cergas..
Apa beza cergas dengan cerdas..
Cerdas refer kepada otak, manakala cergas refer kepada badan.
Mudahkan...

Bila mengimbau sejarah lama,
saya teringat pula Sultan Al Fatih,
Siapa tak kenal kewibawaan beliau,
Dalam usia belasan tahun,(kalau tak silap)
beliau mampu tawan sebuah kota, Kota Constantinaple
yang tak pernah di tawan oleh mana-mana tentera Islam
Hebatkan!

Macam mana nak jadi hebat macam beliau!
Oh, senang sahaja...
Petuanya, Qiamullail atau orang Melayu panggil bangun malam..
Senang ke,
percayalah, perkara yang paling susah nak buat ialah bangun malam.
tapi, nafsu kena lawan, kalau tak macam mana nak jadik syabab Islam!


...............................................................................



To abuya&umi,

thanks sbb besarkan akak.
And thanks a lot sbb sabar dgn perangai akak yg degil,
hehehe, kena la ngaku juga,
And thanks for the 'doa',
Thanks for everything,
Luv U all sooooooooooo muchhhhhhhhhhh!

..............................................................

Dari Aya!

Semoga Allah memberikan pelangi untuk setiap hujan,
Senyuman untuk setiap tangisan,
Rahmat untuk setiap cubaan,
Kekuatan untuk setiap dugaan,
Dan makbul untuk setiap doa,

SANAH HELWA!



Thanks SIS!
U are a great big sister!
Dah puji ni, jangan lupa beli abaya!
hehehe..(ada udang disebalik mee)

.............................................................

And thanks for everybody who love and remember me always..
I LUV U TOO..

SARANGHAYUE!


Artikel ni ana dapat daripada seorang sahabat semasa seisi menziarah blog2 td,
dan ana kira cukup bagus untuk memberi pedoman buat pembaca..moga-moga diberi taufiq dalam penghayatan pembacaan.InshaALLAH…..Ameen.

.......................................................................................


Teringat dialog antara sahabat seperjuangan (yang mungkin tidak berapa mengerti akan hakikat 'izzah atau nilai harga diri seorang muslimat, dan hakikat ikhtilat [pergaulan ikhwah/akhawat] yang sewajarnya dijaga rapi)

Muslimin A: Kenapa kawan enti tu garang sangat? Kalau cakap tu tegas semacam je..kalau cakap dengan ana, bukan nak tengok muka..dahla kerja sama-sama untuk program ni..Dia tak suka ana ke?
Muslimat B: Habis tu enta nak macam mana?
Muslimin A : Cuba lah lembut-lembut sikit.. dia kan perempuan?

Pemerhati dari jauh : (oouh? lembutkan suarakah maksudmu? manjakan lirikan kah maksudmu? Bukankah itu menggadaikan keizzahan seorang muslimah? atau aku yang tidak faham apa kehendak sebenarmu? atau aku yang bersangka buruk?)

Maruah seseorang adalah bergantung kepada dirinya sendiri.
Dengan penuh sedar, saya ingin menegaskan bahawa saya
bukanlah manusia terbaik untuk dijadikan contoh dalam hal ini,
apatah lagi untuk mengatakan bahawa saya tidak terjebak
dengan sebarang kesilapan ketika berbicara.

Namun, bila baru masanya akan datang manusia yang
serba sempurna yang dinobatkan layak berbicara tentang adab?
Berbicara di sini saya fokuskan kepada adab berbicara
antara ikhwah dan akhawat. Allah SWT menegaskan adab
berbicara khususnya bagi golongan muslimat
apabila berkomunikasi dengan lelaki yang bukan mahram :

"Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti
mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa.
Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja
(semasa bercakap dengan lelaki asing)
kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan
orang yang ada penyakit dalam hatinya
(menaruh tujuan buruk kepada kamu),
dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik
(sesuai dan sopan)..." (Al-Ahzab : 32)

Ibnu Kathir Rahimahullah di dalam Tafsir Quranul
`Azim semasa menafsirkan ayat di atas menyebut
bahawa perintah tersebut tidaklah hanya terbatas kepada
isteri-isteri nabi bahkan kepada semua wanita- wanita muslimah.
Apa yang dimaksudkan dengan lembut manja itu
ialah sengaja melembutkan suara apabila bercakap
dengan lelaki yang bukan mahram.
Termasuk juga di dalam perintah ini ialah para lelaki
semasa berbicara dengan wanita-wanita yang bukan mahram.

Manakala Al- Qurtuby pula berpendapat percakapan yang
dimaksudkan ialah percakapan yang hanya meliputi
perkara-perkara yang perlu sahaja dengan suara yang
tidak sengaja dilembut-lembutkan. Berdasarkan kepada ayat ini,
kita sepatutnya boleh melakukan satu muhasabah yang terbaik.
Sudah sering kali kita laungkan untuk membina atau
sekurang-kurangnya mengekalkan apa yang kita namakan
sebagai 'biah solehah' , namun semakin hari rasanya impian itu
semakin terhakis apabila melihat adab berbicara dan
berkomunikasi antara ikhwah dan akhawat yang semakin tidak terjaga.

Kenapa ini harus berlaku apabila kita suburkan cita-cita
murni untuk melahirkan generasi pejuang ?
Realiti kita hari ini menyatakan kepada kita bahawa semakin
ramai yang berani 'memperkosa' suasana murni
yang ingin kita wujudkan. Maaf seandainya perkataan
kurang elok terpaksa digunakan namun itulah hakikatnya.

Di hati ini, hanya tuhan yang tahu
(maaf Unic, senikatamu kupinjam tanpa kebenaran)
pedihnya hati ini bila melihat siswa dan siswi berbicara
antara satu sama lain dengan jarak yang mampu diukur
oleh pembaris 30 cm, diselangi dengan hilai tawa dan
suara lemak manja persis suasana di sekolah menengah.
Mana lagi maruah sebagai pejuang Islam ?

Saya ingin bertanya kepada siswa yang terlalu enak
berbicara dengan siswi bersama lagak yang
kurang menyenangkan itu, tidak malukah anda
meruntuhkan kredibiliti anda sebagai bakal pemimpin?
Tidak malukah anda memperlihatkan kepada orang lain
betapa besarnya keruntuhan moral yang ada di dalam
jiwa anda? Tidak malukah anda menzahirkan betapa anda
tidak layak untuk digelar sebagai pejuang Islam?

Pejuangkah anda yang sudah tunduk dengan kelunakan suara seorang wanita ?!!

Kepada siswi, tentu sekali kita ingin bertanya, tidak aibkah
anda mendedahkan kelunakkan suara yang begitu
lemak manja yang pastinya hanya layak untuk
seseorang di malam yang pertama?
Realitinya, ramai di kalangan anda yang memakai
jubah luaran namun tidak 'menjubahkan' hati dan peribadi.
Tahukah anda, ramai lelaki yang runtuh hatinya
semata-mata kerana kelunakkan suaramu?
Tidak sedarkah anda, dengan melunakkan suara selembut
yang mungkin bila berbicara, anda sebenarnya
sudah merosakkan 'dara' suaramu..?
Masih tidak tahukah anda bahawa walau senakal manapun
seorang lelaki beriman yang normal, dia tetap akan mencari
isteri solehah yang terbaik menjadi suri hidupnya..?

Namun, solehahkah ketawa terkekek-kekek di tengah
khalayak ketika berbicara dengan lelaki bukan mahram?
Anda bangga dengan perbuatan itu?

Terpulang !!

Kita tidak mahu siswa-siswi menjaga adab pergaulan
hanya kerana malu kepada mata-mata yang memandang.
Apa yang kita mahukan ialah generasi pemuda-pemudi
yang hanya takutkan Allah. Kita tidak suka munculnya generasi
yang penuh dengan sikap kepura-puraan,
tunduk menikus hanya kerana malu menghadapi kata-kata orang lain,
namun di celah-celah yang tersembunyi,
kita benarkan diri kita merobohkan pagar IMAN !

Tanyalah diri sendiri, layakkah aku digelar pejuang ?!
Dalam kelemahan diri yang begitu banyak, kita lantas
melabelkan diri kita sebagai pendokong kebangkitan Islam,
tidak malukah kita?!! Kita akan mendapat jawapannya seandainya
kita ikhlas dalam memberikan jawapan. Sudah ramai di luar sana
yang rebah kerana tidak mampu bertahan dengan ujian
di zaman remaja. Lalu, masihkah ingin kita memilih
untuk turut menjadi mereka ?

Sepatutnya kita sudah cukup
untuk menangis dengan kemunculan generasi remaja
yang sudah lupakan Tuhannya, lalu kita bangkit sebagai
generasi qudwah yang akan mengungguli contoh yang terbaik.

Sayang, dalam keadaan kampus kita seperti hari ini,
secara ikhlas ingin saya nyatakan,
kita mungkin hanya akan mengulangi sejarah kegagalan generasi yang terdahulu.
Di peringkat umur sebegini, tentulah kita tidak mahu
siswa-siswi perlu 'dimarahi' terlebih dahulu untuk melazimkan
mereka dengan adab pergaulan. Lebih berkesan seandainya
masing-masing menyedari tanggungjawab dan
batasan pergaulan khususnya golongan yang
sepatutnya menjadi contoh (tentunya pimpinan dan senior).

Mungkin ramai yang menganggap ia sebagai isu yang
remeh temeh di tengah- tengah cabaran globalisasi menuntut
kita berfikiran terbuka, namun bagi saya, ia tetap isu yang
besar di dalam menjana pertumbuhan generasi qudwah.
Sekali lagi, sebelum mengakhiri tulisan ini, penulis rencana
ini bukanlah seorang contoh yang terbaik, malah mungkin
kadang-kadang turut rebah di tengah-tengah kehebatan
prinsip dan idealisme.
Namun,kalau tidak sekarang kita menegur, bila lagi?
Dan kalau tidak kita,siapa lagi ?!!

" Untungnya orang mukmin, semakin banyak masalah,
semakin mustajab doanya, bukan perjuangan tanpa kesulitan,
tapi dalam kesulitan ada ketenangan, memugar kekuatan..
kita tidak sendirian.." "

Daerah kita bukan daerah cinta, bukan masanya merajuk, kasih memujuk, tiada senda gurau memanjang, kerana kita dalam berjuang..."


_____________________________________________________________


Moga Allah beri kita bantuan untuk bermujahadah, memperelokkan akhlak dan ketaqwaan kita, kerna kita semua barisan mujahid dan mujahidah Islami.. Moga Allah beri sokongan dan kemudahan untuk kita gilap kembali permata yang sekian lama bersalut lumpur.. yang kian lama terbenam di ceruk rumpaian-rumpaian yang telah mati….



Bismillahirrahmanirrahim....


Kinociwa! Apa kahabar semua hari. Hari ini, saya nak ajak pembaca ke dapur. Post ni pun diwujudkan atas permintaan seorg sahabat. Hehehe, actually, sy pun jrg ke dapur. But, that's not means I don't know how to cook. Kepada kengkawan yang duk kat oversea, try la resepi ni. SEDAP! SeLaMat MenCuBa!


Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 6 ketul ayam - sederhana besar
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1 cm halia - dikisar
  • 1/2 biji bawang besar - dikisar
  • 6 ulas bawang putih - dikisar
  • 8 biji cili kering - dikisar
  • 4 sudu besar sos cili
  • 8 sudu besar madu
  • bahan tumis - 2cm kulit kayu manis dan 4 bunga lawang

Cara-cara

  1. Ayam digoreng hingga masak.
  2. Tumis bahan tumis , masukkan serai, bawang besar, bawang putih, cili kering..hingga naik baunya.
  3. Masukkan sos cili, kacau..dan madu , kacau sebati.
  4. Akhir sekali masukkan ayam yang digoreng tadi. Angkat dan hidangkan.

This song is one of my favorite because the lyrics reflect myself.Enjoy UrSELF!






Driving through the city for the first time, you and me
Staring through windows and my own reflection
How can no window encompass perfection

Now that I know what it's like to be living
This beautiful world and never stop giving
I can't return to a life with no vision
Born into eyes not by my own decision

And I... wanna be in this moment,
No one can take it from me
And I... wanna stay in this moment,
No one can take it away from me

Give me a chance and I'll show you what's real
Open your eyes and you'll see
Then I'm stuck in a moment and no one can take it from me

I... wanna be in this moment,

No one can take it from me
I... wanna stay in this moment,
No one can take it away from me,




"Ah, kenapa sejuk sangat hari ne!" suara Kak Chik memecah keheningan pagi yang dingin.
"Yuhu, bangun, bangun. MashaAllah, anak dara, bangun dong, kata nak swimming hari ini. Siapa bangun awal, dapat suami soleh," suara itu berbunyi lagi, bingit, sebingit deruman sekumpulan lebah.


"Ala kak, ngantuk la. Akak gi ngan Afuf jela, adik nak tidur lagi. Semalam apahal ntah meeting memanjang-manjang sampai kul 1 pagi. Ingat orang burung hantu ke. Membebel je lebih, buat kerja haprak," ujar adik yang masih terbaring dikatil. Siapa entah yang tengah membebal. Geli hati ku melihat muka adik yang kusut masai.Penat barangkali.

"Jom Kak Chik, kita pergi berdua je. Biar orang tu tergolek-golek macam tong drum atas katil,"

Tanpa berlengah aku mencapai tuala dan menuju ke bilik air.

Hari ini,12 Jun 2008. Genap aku berusia 19 tahun. Tiada sambutan hari lahir apatah lagi hadiah untuk meraikan penambahan umur ku. Apa yang kurisaukan, adakah penambahan umur ini sejajar dengan amal ibadah ku . Atau lebih banyak dosa yang kulakukan.

Ya Allah, adakah aku mampu bertahan mempertahankan syariat Mu. Dugaan dan badai yang datang menimpa-nimpa tak mungkin mampu ku hadapi. Berat sungguh dugaan Mu menguji keimanan hamba ini.Jangan menangis wahai mata hati. Jangan menangis andai kau di hina dalam pelayaran hidup mencari keredhaan Tuhan. Hanya kepada Nya aku bergantung. Dan kepadanya jua aku memperoleh ketenangan.


Tidak! Aku, Afuf Syakila, aku muslimah sejati.Muslimah sejati mesti cekal. Aku bukan lagi gadis biasa yang mudah dibuli. Aku bukan gadis hingusan yang sewenang-wenang di hina oleh seorang lelaki yang bernama Danial. Akan ku buktikan bahawa gadis yang masih mempertahankan syariat Islam mampu berjaya. Akan ku buktikan Danial, gadis Melayu, Ops! Salah, seorang muslimah tetap boleh berjaya! Walaupun tudung litup menutupi aurat ku.

Sungguh! Aku sayang kau! Sebagai seorang manusia dan yang penting sebagai saudara se muslim, aku sedih melihat kau memusnahkan diri mu sendiri. Mengapa semua ini mesti terjadi antara kita berdua.

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari seorang laki-laki dan seorang wanita, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya saling mengenal. Sesungguhnya orang mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Mengenal.” (Q.S. Al-Hujuraat [49]:13).

"Yuhu, dah siap ke. Stop la berangan. Jom kita pergi. Adik ikut sekali. Dia dah siap bertudung tu," ujar kak Chik menghentikan lamunanku.

Setiba kami di kolom renang, kami terus ke bilik persalinan. Menukar pakaian swimming suit jenama muslimah. Lengkap bertudung dan bajunya juga tak ketat. Aku tersenyum puas. Kalau dulu, cukup sukar aku nak menjaga aurat ketika aku mahu berenang.

Kini, lihat Danial. Siapa kata perlu pakai swimming suit ketat dan seksi kalau mahu berenang. Siapa kata berpakaian lengkap menutup aurat membataskan pergerakan kita. Siapa kata seorang muslimah tak reti berenang hanya kerana pakaiannya.

Rasulullah S.A.W bersabda:
“Ajarilah anak-anakmu berenang dan memanah. Sebaik-baik pengisi waktubagi wanita beriman adalah memintal. Apabila kedua orang tuamu memanggilmu maka penuhilah panggilan ibumu. (HR Ad-Dailami)


Sedangkan Kau. Kau ejek aku bila aku kata aku bisa berenang persis seorang jaguh. Kau perlekahkan aku bila aku berjaya merangkul anugerah pembahas terbaik dari mu. Kau gelakkan aku saat semua orang menghulur ucapan tahniah atas kejayan aku mengharumkan nama sekolah kita sejurus aku memenangi anugerah Ketua Plantun Kadet Polis Terbaik peringkat Kebangsaan. Setiap apa yang ku lakukan kau pandang dengan penuh benci. Apa salah ku?! Adakah hanya kerana mempertahankan syariat, kau jadikan aku orang asing! Kau bilang kita musuh.

Kau memang hamba yang tak sedar diuntung!
Kau bilang Islam ganas! Kau bilang umat Islam bodoh! Kau bilang hukum Islam tak relevan! Kau bilang perempuan muslim jumud! Kau lupa yang kau juga seorang muslim! Kau lupa Danial!

Kau bangga dengan dirimu!
Kau bangga dengan keturunan mu! Kau bangga dengan komputer keluaran apple yang kau miliki! Tapi kau lupa, tanpa ada nya Khawarizmi, tak mungkin Bill Gates boleh berjaya mencipta komputer yang kau guna sekarang. Kau lupa, Ibn Sina, muslim yang berotak geliga, berjiwa besar adalah insan bertanggung jawab membuat penemuan baru dalam dunia kesihatan.Kau lupa, buku The Cannon of Medicine yang kau usung ke sana ke sini, yang kau kagumi kerana kelengkapan isi kandungannya adalah hasil karya dan penat lelah beliau. Adakah kau juga sudah lupa Danial? Siapa tuhan kau yang sebenar?


"Afuf, dah siap belum. Adik dah selamat turun kolam tu," tegur Kak Chik menghentikan lamunan ku.
"Dah, afuf keluar la ne. Akak gi la dulu. Nanti Afuf follow akak," balas ku sambil membetulkan tudung di kepala.

Dua jam masa kami habiskan dikolam. Aku, Kak Chik dan Ilham atau lebih dikenali sebagai adik memang mempunyai minat yang sama iaitu berenang. Malah, pemikiran dan pandangan kami tentang dunia ini juga serupa. Mungkin sebab itu tidak pernah timbul soal tukar roommate walaupun sudah dua tahun kami bersama.

Kolam renang atau lebih popular dengan panggilan swimming poal di Universiti Islam Antarabangsa memang istimewa. Selain kolam renang lelaki diasingkan daripada kolan renang perempuan, pekerja-pekerja di bahagian kolam renang perempuan juga terdiri daripada muslimah demi menjaga aurat pelajar-pelajar perempuan.

Sayangnya, tak ramai pelajar perempuan yang gemar turun ke sini. Alasannya cukup mudah, ' aku banyak assignment tak siap lagi la', 'swimming pool tu jauh sangat la', dan 1000 lagi alasan dicipta. Bak kata orang, 'Nak seribu daya, Tak mahu seribu dalih'. Hakikatnya, mereka lebih gemar berselubung di atas katil , mencipta 'peta' dunia di atas bantal.


"Afuf, pas ne kita pergi makan kat cafe Zorin. Pak cik Zorin kata, hari ini dia masak nasi arab special. Adik belanja. Hari ni kan birthday afuf," ujar adik.


"Alhamdulillah, Afuf pun mengidam nak makan nasi arab. Lagi-lagi kalau oarng nak belanja.Wah, masa untuk mengemukkan badan balik!" balas aku, penuh teruja.


Cafe pak cik Zorin memang special. Selain makanannya murah dan sedap, Pak Cik Zorin pemurah orangnya. Tak hairan la kenapa ramai pelajar dan pensyarah suka makan di sana.Malah, lokasi cafenya yang terletak di atas sungai memang mendamaikan.Namun, sayang sekali, air sungai itu tak sejernih dahulu.


"Pak cik, nasi arab 3 set. Letak lauk, lebih-lebih sikit. Jus mangga mediternian 3 cawan. Biar betul-betul jus ye pakcik," pesan kak Chik setiba kami di cafe Zorin.
"Set, korang punya pasal, pak cik bagi semua lebih," balas pak cik Zorin sekadar bergurau.

"Eh, itukan Danial.Kenapa dengan dia? Jalan terhoyong-hayang.Eh,eh, afuf, dia cam nak pengsan. Cam nak jatuh dalam sungai je," ujar adik tiba-tiba.
"Ala, dia memang macam tu.Kat sekolah lu pun ada la beberapa kali dia jalan macam tu. Stail dia kot. Lantak la dia," balas aku. Malas ambil pusing tentang lelaki yang suka menyakitkan hatiku.

"Ya Allah,dia pengsan la. Eh, dia betul-betul jatuh dalam sungai! Cepat! selamatkan dia," jerit kak Chik tiba-tiba.
"Afuf, cepat terjun.Nanti dia kena hanyut.Dia macam tak sedar diri tu," desak adik lagi.

Aik, kenapa mesti aku yang terjun?

"Cepat, cepat. Depan sana ada batu besar. Bahaya kalau kena kepala," tambah kak Chik membuat situasi menjadi lebih genting.

Tanpa berlengah, aku terus terjun ke sungai deras itu. Apa nak jadi, jadi la.Siapa pun dia. Dia perlu ku tolong. Bukankah Salahuddin Al-Ayubi juga pernah bantu mengubati penyakit musuhnya. Kenapa tidak aku.

Aku muslimah sejati!

Aku serikandi Islam!

Aku mesti lakukan!
Ya Allah, bantulah hamba Mu..




Bersambung.......




Semalam,

selepas melepaskan lelah penat menyorong beg,
meredah hujan, bersesak dalam komuter,
akhirnya, sampai juga ke rumah sekitar jam 5 petang...
Taklah mencabar sangat perjalanan...
Tapi, cukup melelahkan....
Lelah,penat tengok perangai manusia...

Manusia semakin tua...
Dunia semakin parah...
Masyarakat semakin rosak...

Sedih, terkilan,kesal... melihat remaja kini...

Kemana hilang harga diri...

Kemana hilang jati diri....

Kemana hilang anak bangsa kita....

Teringat kata seorang sahabat,
"Aku tak nak kapel, sebab mak aku tak bagi"......

Tapi itu kata mak, Alhamdulillah nak dengar,

Tapi, kalau tu kata Tuhan, ALLAH...

Percayalah! Susah kita nak ikut...

Kenapa kata parents kita boleh,

Kata Tuhan kita langgar!

Pelik sungguh pemikiran manusia ni....

Makin difikir, makin pelik....



Yamada Taro Monogatari......
Satu kisah, berjuta cinta....
Seorang pemuda, berjuta cerita...

First time, tengok tajuk cerita, pun dah rasa tak tertarik nak tengok,
lagi-lagi la dalam bahasa Jepun, bukannya faham pun..
After one year, macam mana ntah boleh terbuka hati nak tengok cerita ne.....
And, this is an amazing story! About an amazing men with his amazing family...
5 stars for Yamada....

This is a comedy drama, but for me, it not just about comedy,
Sebab drama ini menyelitkan semua eleman-elemen kemanusian
yang sangat sesuai ditonton semua lapisan masyarakat...
SERIUS! Cerita ini, dengan banggannya saya kategorikan sebagai U...

Why??!!! BECAUSE...... Ini cerita keluarga, persahabatan dan percintaan...

Elemen kekeluargaan yang menjadi tunjang cerita ini sungguh mengharukan,
Persahabatan antara orang kaya dan miskin patut dicontohi,
Semangat rajin, kerjasama, dan tidak pernah kenal erti putus asa patut diteladani.
Apa yang penting, bersyukur dengan kelebihan yang dikurniakan,
dan tidak pernah malu dengan kekurangan yang dimiliki...


Dan tak terkecuali, elemen CINTA.....
Of cos la, sapa tak nak tengok ceta cinta,
But, what I like most about that story is it not focus only about puppy love...
Huh, bohsan tengok cerita cinta manusiawi yang tiada kesudahan....
Cerita ne lebih kepada kekeluargaan dan persahabatan,
Tak dapat membayangkan seorang anak muda (TARO YAMADA)
yang sanggup berkorban apa sahaja demi keluarga, even diri sendiri terabai...


Taro Yamada, whose family lives extremely poverty
but his charisma, intelligent and look has made others people think
he comes from prosperous family...
His always thinks about his family, takes extra job
and be honor to his friends and family....
He never shame even he poor,
Proud with himself, and always do the best for others...
For him,money is nothing, but his family is everything...

This drama has 10 episode,
Adaptation from a popular manga, Ai Morinaga.
Pelakon-pelakonya, not bad,semua berpengalaman,
terutama Ninomiya Kazunari (Taro Yamada)....
Cerita ini diterbitkan pada tahun 2007, and in same year,
Ninomiya Kazunari aka Taro Yamada dapat award as Best Actor.

So, apalagi, bolehla dapatkan cerita ne dipasaran...
Kepada kipas susah mati cerita Jepun,
Jangan ketinggalan menonton cerita ini...

Taro Yamada, I Love you!



Salam,

First of all, with The Greatness of Allah,
I feel very lucky because I was created as HAWA~
For sure, I'm not a girl, not yet a woman,
But, I will be a wife for my future husband (who is a lucky man),
I will be a mother, for my cute children,
and InshaAllah, I will be a grandma, before I close my eyes..
How lucky we as a woman.
However, why women always condemn that they are not...
So, Why not we explore ourselves.
May be, we will realize, how lucky we are...
The Special given, just for WOMEN~

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada
lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih
penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."


2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang
sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan
diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di
dalam syurga.


5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada
keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan
anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.


6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak
perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan
mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab,
maka baginya adalah syurga.


8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu
terlebih dahulu.


9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak
perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi
penghalang baginya daripada api neraka.


10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan
terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki
dengan tidak dihisab.


11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di
langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada
suaminya serta menjaga solat dan puasanya.


12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya
terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?"
Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."


13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara
kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang
dikehendaki.


14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT
memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).


15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para
malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan
baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.


17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan
ibunya melahirkannya.


18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya
diberi satu kebajikan.


19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah
SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk
membela agama Allah SWT.



Pages

About Me

My photo
Just a simple person,but I always make problems... Sorry Abuya and Umi... but I love my family so much, I am third from nine... I am a thinker... Love to think and can't stop to think.. For me,life is hard and weird... People is hard to understand. May be, that is one of The Greatness of ALLAH.. SubhanaALLAH

About this blog

Pengakhiran hidup yg masih kabur..

Dimana aku?!!

talk

Followers