Perantau Kasih

Merantau mencari kasih ILAHI,


Artikel ni ana dapat daripada seorang sahabat semasa seisi menziarah blog2 td,
dan ana kira cukup bagus untuk memberi pedoman buat pembaca..moga-moga diberi taufiq dalam penghayatan pembacaan.InshaALLAH…..Ameen.

.......................................................................................


Teringat dialog antara sahabat seperjuangan (yang mungkin tidak berapa mengerti akan hakikat 'izzah atau nilai harga diri seorang muslimat, dan hakikat ikhtilat [pergaulan ikhwah/akhawat] yang sewajarnya dijaga rapi)

Muslimin A: Kenapa kawan enti tu garang sangat? Kalau cakap tu tegas semacam je..kalau cakap dengan ana, bukan nak tengok muka..dahla kerja sama-sama untuk program ni..Dia tak suka ana ke?
Muslimat B: Habis tu enta nak macam mana?
Muslimin A : Cuba lah lembut-lembut sikit.. dia kan perempuan?

Pemerhati dari jauh : (oouh? lembutkan suarakah maksudmu? manjakan lirikan kah maksudmu? Bukankah itu menggadaikan keizzahan seorang muslimah? atau aku yang tidak faham apa kehendak sebenarmu? atau aku yang bersangka buruk?)

Maruah seseorang adalah bergantung kepada dirinya sendiri.
Dengan penuh sedar, saya ingin menegaskan bahawa saya
bukanlah manusia terbaik untuk dijadikan contoh dalam hal ini,
apatah lagi untuk mengatakan bahawa saya tidak terjebak
dengan sebarang kesilapan ketika berbicara.

Namun, bila baru masanya akan datang manusia yang
serba sempurna yang dinobatkan layak berbicara tentang adab?
Berbicara di sini saya fokuskan kepada adab berbicara
antara ikhwah dan akhawat. Allah SWT menegaskan adab
berbicara khususnya bagi golongan muslimat
apabila berkomunikasi dengan lelaki yang bukan mahram :

"Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti
mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa.
Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja
(semasa bercakap dengan lelaki asing)
kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan
orang yang ada penyakit dalam hatinya
(menaruh tujuan buruk kepada kamu),
dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik
(sesuai dan sopan)..." (Al-Ahzab : 32)

Ibnu Kathir Rahimahullah di dalam Tafsir Quranul
`Azim semasa menafsirkan ayat di atas menyebut
bahawa perintah tersebut tidaklah hanya terbatas kepada
isteri-isteri nabi bahkan kepada semua wanita- wanita muslimah.
Apa yang dimaksudkan dengan lembut manja itu
ialah sengaja melembutkan suara apabila bercakap
dengan lelaki yang bukan mahram.
Termasuk juga di dalam perintah ini ialah para lelaki
semasa berbicara dengan wanita-wanita yang bukan mahram.

Manakala Al- Qurtuby pula berpendapat percakapan yang
dimaksudkan ialah percakapan yang hanya meliputi
perkara-perkara yang perlu sahaja dengan suara yang
tidak sengaja dilembut-lembutkan. Berdasarkan kepada ayat ini,
kita sepatutnya boleh melakukan satu muhasabah yang terbaik.
Sudah sering kali kita laungkan untuk membina atau
sekurang-kurangnya mengekalkan apa yang kita namakan
sebagai 'biah solehah' , namun semakin hari rasanya impian itu
semakin terhakis apabila melihat adab berbicara dan
berkomunikasi antara ikhwah dan akhawat yang semakin tidak terjaga.

Kenapa ini harus berlaku apabila kita suburkan cita-cita
murni untuk melahirkan generasi pejuang ?
Realiti kita hari ini menyatakan kepada kita bahawa semakin
ramai yang berani 'memperkosa' suasana murni
yang ingin kita wujudkan. Maaf seandainya perkataan
kurang elok terpaksa digunakan namun itulah hakikatnya.

Di hati ini, hanya tuhan yang tahu
(maaf Unic, senikatamu kupinjam tanpa kebenaran)
pedihnya hati ini bila melihat siswa dan siswi berbicara
antara satu sama lain dengan jarak yang mampu diukur
oleh pembaris 30 cm, diselangi dengan hilai tawa dan
suara lemak manja persis suasana di sekolah menengah.
Mana lagi maruah sebagai pejuang Islam ?

Saya ingin bertanya kepada siswa yang terlalu enak
berbicara dengan siswi bersama lagak yang
kurang menyenangkan itu, tidak malukah anda
meruntuhkan kredibiliti anda sebagai bakal pemimpin?
Tidak malukah anda memperlihatkan kepada orang lain
betapa besarnya keruntuhan moral yang ada di dalam
jiwa anda? Tidak malukah anda menzahirkan betapa anda
tidak layak untuk digelar sebagai pejuang Islam?

Pejuangkah anda yang sudah tunduk dengan kelunakan suara seorang wanita ?!!

Kepada siswi, tentu sekali kita ingin bertanya, tidak aibkah
anda mendedahkan kelunakkan suara yang begitu
lemak manja yang pastinya hanya layak untuk
seseorang di malam yang pertama?
Realitinya, ramai di kalangan anda yang memakai
jubah luaran namun tidak 'menjubahkan' hati dan peribadi.
Tahukah anda, ramai lelaki yang runtuh hatinya
semata-mata kerana kelunakkan suaramu?
Tidak sedarkah anda, dengan melunakkan suara selembut
yang mungkin bila berbicara, anda sebenarnya
sudah merosakkan 'dara' suaramu..?
Masih tidak tahukah anda bahawa walau senakal manapun
seorang lelaki beriman yang normal, dia tetap akan mencari
isteri solehah yang terbaik menjadi suri hidupnya..?

Namun, solehahkah ketawa terkekek-kekek di tengah
khalayak ketika berbicara dengan lelaki bukan mahram?
Anda bangga dengan perbuatan itu?

Terpulang !!

Kita tidak mahu siswa-siswi menjaga adab pergaulan
hanya kerana malu kepada mata-mata yang memandang.
Apa yang kita mahukan ialah generasi pemuda-pemudi
yang hanya takutkan Allah. Kita tidak suka munculnya generasi
yang penuh dengan sikap kepura-puraan,
tunduk menikus hanya kerana malu menghadapi kata-kata orang lain,
namun di celah-celah yang tersembunyi,
kita benarkan diri kita merobohkan pagar IMAN !

Tanyalah diri sendiri, layakkah aku digelar pejuang ?!
Dalam kelemahan diri yang begitu banyak, kita lantas
melabelkan diri kita sebagai pendokong kebangkitan Islam,
tidak malukah kita?!! Kita akan mendapat jawapannya seandainya
kita ikhlas dalam memberikan jawapan. Sudah ramai di luar sana
yang rebah kerana tidak mampu bertahan dengan ujian
di zaman remaja. Lalu, masihkah ingin kita memilih
untuk turut menjadi mereka ?

Sepatutnya kita sudah cukup
untuk menangis dengan kemunculan generasi remaja
yang sudah lupakan Tuhannya, lalu kita bangkit sebagai
generasi qudwah yang akan mengungguli contoh yang terbaik.

Sayang, dalam keadaan kampus kita seperti hari ini,
secara ikhlas ingin saya nyatakan,
kita mungkin hanya akan mengulangi sejarah kegagalan generasi yang terdahulu.
Di peringkat umur sebegini, tentulah kita tidak mahu
siswa-siswi perlu 'dimarahi' terlebih dahulu untuk melazimkan
mereka dengan adab pergaulan. Lebih berkesan seandainya
masing-masing menyedari tanggungjawab dan
batasan pergaulan khususnya golongan yang
sepatutnya menjadi contoh (tentunya pimpinan dan senior).

Mungkin ramai yang menganggap ia sebagai isu yang
remeh temeh di tengah- tengah cabaran globalisasi menuntut
kita berfikiran terbuka, namun bagi saya, ia tetap isu yang
besar di dalam menjana pertumbuhan generasi qudwah.
Sekali lagi, sebelum mengakhiri tulisan ini, penulis rencana
ini bukanlah seorang contoh yang terbaik, malah mungkin
kadang-kadang turut rebah di tengah-tengah kehebatan
prinsip dan idealisme.
Namun,kalau tidak sekarang kita menegur, bila lagi?
Dan kalau tidak kita,siapa lagi ?!!

" Untungnya orang mukmin, semakin banyak masalah,
semakin mustajab doanya, bukan perjuangan tanpa kesulitan,
tapi dalam kesulitan ada ketenangan, memugar kekuatan..
kita tidak sendirian.." "

Daerah kita bukan daerah cinta, bukan masanya merajuk, kasih memujuk, tiada senda gurau memanjang, kerana kita dalam berjuang..."


_____________________________________________________________


Moga Allah beri kita bantuan untuk bermujahadah, memperelokkan akhlak dan ketaqwaan kita, kerna kita semua barisan mujahid dan mujahidah Islami.. Moga Allah beri sokongan dan kemudahan untuk kita gilap kembali permata yang sekian lama bersalut lumpur.. yang kian lama terbenam di ceruk rumpaian-rumpaian yang telah mati….


0 comments:

Pages

About Me

My photo
Just a simple person,but I always make problems... Sorry Abuya and Umi... but I love my family so much, I am third from nine... I am a thinker... Love to think and can't stop to think.. For me,life is hard and weird... People is hard to understand. May be, that is one of The Greatness of ALLAH.. SubhanaALLAH

About this blog

Pengakhiran hidup yg masih kabur..

Dimana aku?!!

talk

Followers