Perantau Kasih

Merantau mencari kasih ILAHI,

"Wah, afuf jadi hero la!" ujar Kak Cik, 'excited' bunyinya.

"Ala, kalau akak kat tempat saya, akak mesti buat benda sama. Orang susah kita tolong, walaupun musuh kita sekalipun," ujar ku, acuh tak acuh.

"Kalau akak kat tempat kita, akak mesti buat benda sama," balas ku lagi. Cuba menghalang penyakit ujub yang mahu bertandang.

"Kecoh satu U tau, 'Siswi Selamatkan Siswa dari Lemas'. Tapi..., "sampuk adik tanpa menghabiskan ayat. Kalau buat karangan BM, confirm dpt C. Ayat tergantung.

"Apa yang tapi, ne yang tak sedap dengar ne. Cuba cakap bagi habis," kata ku, sedikit keras.

"Kecoh satu U, kata afuf ada affair dengan Danial. Ada orang kata afuf kapel dengan dia lepas kejadian tu. Ada orang cakap diaorang nampak Afuf berdua-duaan dengan Danial. Macam-macam version adik dengar,"kata adik

"Astaghfirullahalazim. Apa jenis manusia la diorang ne. Buat baik salah, buat jahat salah. Mana adik dengar ceta-ceta karut ne," tanya ku. Kalau ikut hati mahu je ku lempang orang yang buat cerita. Fitnah!Fitnah! Semuanya fitnah belaka.

"Kat group UIA dalam friendster," kata adik.

Parah,parah.

"Jadi, Afuf nak buat apa? Takkan nak buat bodoh. Ne dah libatkan kes maruah. Balas balik la. Afuf kan pandai debat-debat ne,"

Cadangan Kak Chik ku tolak mentah-mentah. Manusia kalau dah start bukak mulut, sebar cerita fitnah, diaorang takkan berhenti selagi tak penat. Jadi, adalah bijak kalau kita diam sahaja. Bukan diaorag kenal siapa aku sebenarnya pun. Nak takut apa.

"Ala, kak, buat pandai je la. Malas la Afuf nak debat dengan orang-orang macam tu. Biar la diorang berkuak macam burung gagak, cerita perihal orang yang entah betul entah tidak. Banyak lagi kerja Afuf nak buat," balas ku.

Tuut, Tuut.

Bunyi mesej telefon ku.

Kak Laila: Salam. apa khabar, blh jumpa ptg ne?

Afuf: InshaAllah blh. ptg ne sy free. kat mana?

Kak Laila: Alhamdulillah, kat surau, mcm biasa.

Afuf: InshaAllah.

Petang tu, selesai dari kelas Prof. Aziz, aku segera bergegas kembali ke mahallah. Solat asar perlu ditunaikan, kalau jumpa Kak Laila selalunya mesti berlarut sampi berjam-jam.

Sampai sahaja di surau Zainab, aku segera meminta izin untuk menunaikan solat. Seusai solat dan berdoa, aku segera ke belakang surau.

Uish, bila la pula akak-akak yang lain datang. Kak Mai, Kak Ana, Kak Zai dan Kak Dil pun ada. Lain macam je perjumpaan petang ne. Adakah kerana...?

"Assalamualaikum. Maaf, saya solat tadi. Tadi baru habis kelas, terus saya ke sini. Maaf buat akak-akak tunggu," ujar ku merendah diri.

"Waalaikumussalam, tak pe. Sekurang-kurangnya kami sempat baca Al Mathura'. Duduk la dulu. Afuf sihat? Nampak pucat," balas Kak Laila.

"Alhamdulillah, biasala kak, saya memang macam ne. Macam ada hal penting je nak jumpa,"kata ku.

"Baik kita berterus terang. Silakan kak Ana," kata Kak Laila.

Ini yang buat aku tak sedap hati. Siapa tak kenal Kak Ana.

Suzana binti Syazlan. Pelajar tahun akhir perundangan di Uia merangkap naqibah kepada Kak Laila. Orangnya cantik tapi sangat tegas. Setiap patah ayat yang dikeluarkan tak pernah kami engkari. Kak Ana seolah-olah mempunyai aura dan karisma sebagai ketua. 

"Kita straight to the point yer. Kami dengar Afuf selamatkan sorang siswa dari lemas. Betul ke,"tanya kak Ana lembut dalam tegas.

"Ya," jawab ku.

"Perlu ke selamatkan siswa tu. Tak de brother lain ke kat situ? Akak dapat maklumat, ada beberapa ikhwah yang seusrah dengan kita ada kat tempat kejadian. Mereka kata tak sempat mereka nak selamatkan siswa tu , Afuf dah terjun dulu," provok Kak Ana.

"Saya tak tahu pun hal itu. Saya tahu antara perkara yang sangat dijaga dalam usrah kita ialah ikhtilat(perhubungan) antara ikhwah(lelaki) dan akhwat(perenpuan). Tetapi, salah satu tanggung jawab kita adalah bantu saudara sesama Islam yang dalam kesusahan. Saya mentafsirkan kondisi diwaktu adalah kondisi darurat. Kalau saya tak cepat selamatkan siswa tu, kemungkinan dia akan mati," kata ku membela diri.

"Dalam Islam sendiri tiada halangan kita membantu mereka yang susah terutama dalam kondisi darurat. Sama la dengan kondisi antara doktor perempuan menyelamatkan pesakit lelaki. Jadi, saya tidak melihat kedudukan saya ini salah." kataku tegas.

Mereka tersenyum.

"Alhamdulillah. Akak ada soalan terakhir, betul ke Afuf ada affair dengan siswa tu. Dengar kata, dia kawan sekolah Afuf dulu. Macam-macam versi kami dengar tentang Afuf dengan dia," muka yang senyum tadi kembali serius.

Huh! Manusia, manusia. Kalau tak buat gossip tak sah. 

"Yeke, saya tak tau pula pasal ne. Tak sangka popular juga saya ye."ujar ku

"Afuf, Kami serius ne,"tegur Kak Laila. Dia ingat aku main-main kut.

"Ya, memang siswa tu kawan saya, tapi kami memang tak de hubungan istimewa yang seperti semua orang sangkakan. Malah, kami tak pernah sehaluan. Semua itu fitnah berlaka. Saya pun tak tahu macam mana hal ne boleh timbul," ujar ku, 

"Alhamdulillah, ini yang kami mahu. Kami harap apa yang Afuf cakapkan itu yang Afuf buat. Janganlah kita jadi orang yang cakap tak serupa bikin. Ingat, perempuan ini sentiasa jadi fitnah. Kemana-mana sahaja kita pergi, kita perlu menjaga tingkah laku. Prinsip yang dipegang kita pertahankan kerana itulah prinsip Islam," kata Kak Ana.

Nasihat terakhir Kak Ana menamatkan perjumpaan petang itu. Entah kenapa aku rasa sedikit lega petang itu. Seolah-olah hilang satu beban. 

Sungguh, kejadian yang berlaku antara aku dan Danial sebenarnya membuat aku resah. Sedikit tertekan sebab  kawan-kawan sekuliah mula pandang serong.

Tetapi, kunjungan akak-akak usrah menjadi pengubat. Mungkin itu dikatakan ukhwah. Bila kita susah, mereka disamping kita, apatah lagi senang. Semoga ukhwah ini sentiasa berkekalan. Itulah manisnya ukhwah islamiyah

 “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan. Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.”

(Ali-Imran: 102-103)

Bersambung...

...................................................................................................

~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan~


Assalamualaikum...
Indahkan Islam. Setiap kali kita mulankan sesuatu mesti dimulakan dengan ucapan salam, iaitu ucapan sejahtera. Begitu lah indahnya Islam. Islam menunjukkan kita satu sistem hidup yang teratur dan sejahtera. Maka Allah turut menunjukkan indahnya Islam melalui manusia yang terindah iaitu junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Dua malam lepas, saya sempat bersama ahli keluarga lain bermaulud di Yayasan Al-Jenderami di Jenderam Hilir. Pada mulanya, berat buntut ne nak bermaulud disana. Yela, waktu malam yang sejuk(kebetulan hujan renyai-renyai) memang sesuai kalau menganyam mimpi di bawah selimut. Tapi, bila teringat lagu Opik yang bertajuk TOMBOK HATI (ubat hati), yang mengatakan salah satu penawar hati adalah berkumpul bersama-sama orang soleh, maka ku gagahkan juga kaki ke sana.

Sungguh, tepat seperti yang difirasatkan, bukan ulama' biasa yang turun malam ini, tetapi cucu Sheikh Al-Qaradawi turut hadir malah sempat memberi ucapan dalam bahasa inggeris. Teriakan anak-anak kecil serta celoteh mak cik-mak cik dan nenek-nenek tua yang mungkin tidak faham bahasa inggeris tidak menghalang untuk saya dengar apa yang beliau cuba sampaikan(dalam hati tuhan saja tau bertapa geramnya hati ini).

Rasa ingin menitis air mata mengingati kisah pengorbanan Rasulullah s.a.w. Rasa serba salah sebab buku tentang sejarah Rasul yang entah berapa ribu muka surat langsung tidak disentuh walaupun sudah hampir seminggu dibeli. Namun, antara perkara kisah Rasulullah s.a.w. yang tak mungkin saya dapat lupakan ialah saat kematian beliau.

Ummati, ummati... Solah..

Wasiat terakhir baginda diriba Aisyah amat menyayat hati. Lihat sahabatku, bertapa baginda mengingati kita, bertapa baginda risau keadaan kita. Tapi, apa yang kita lakukan demi membalas kasih sayang baginda.

Saya sendiri, banyak kesalahan yang saya lakukan. Saya gagal menjadi muslimah sejati. Saya seringkali lupa bahawa setiap detik nafas dan perbuataan kita akan dihisab.

Saya seringkali melafazkan, aku rindu pada mu ya Rasulullah, aku cinta pada mu ya Rasulullah. Tapi hakikatnya, saya seperti yag lain. Masih bergelumung dengan dosa. Penyakit hati masih bersarang dihati. Malah, saya juga kadang-kadang culas mengerjakan ibadah.

Tapi, saya juga manusia. Manusia itu sifatnya lupa. Lupa itu maksudnya lemah. Namun kelemahan ini tidak bermakna kita harus membiarkan diri kita terus hanyut dengan syurga dunia. Jangan jadikan alasan ini untuk kita terus seronok mengerja dunia.

Dengan nama Allah, kalian menjadi saksi cinta saya kepada Rasulullah. Selagi iman di dada, selagi Allah memberi rezeki nafas kepada diri saya, setiap detik nafas akan ku sumbangkan ke jalan Allah. Semoga Allah sentiasa memberi pertunjuk dan hidayah kepada kita semua..

amin....


~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan,
dan tidak berkurangan kerana kelemahan~



Assalamualaikum..

Malas sungguh hari ini nak menaip.Tapi nak menaip gak! Tak de cerita menarik yang nak dikongsi. Cuma nak berkongsi kerisauan dihati.

Percaya atau tidak, sebenarnya kita semua sudah kalah di tangan yahudi. Lihat la, berapa ramai anak muda rosak, berapa ramai rakan-rakan diluar sudah mengabaikan syariat Allah.

Tapi, bukan itu yang ingin saya kongsi pada hari ini. Mungkin perkara ini tak menarik, tapi perlu di perkatakan.

Dirumah saya, adalah menjadi satu amalan budaya membaca bagi kami sekeluarga. Sebab itulah, umi dan abuya sanggup melanggan pelbagai majalah bahasa inggeris seperti Newsweek, Reader Digest dan lain-lain. Namun, majalah bahasa melayu tetap tidak ketinggalan.

Membaca itu sudah tentu bagus, tapi apa yang membimbangkan saya aliran pemikiran yang disalurkan dalam sesuatu bahan bacaan. Sebab itu, kita tidak boleh membaca sahaja tanpa meniliti dan  berfikir. Bukankah Allah menjadikan otak untuk kita berfikir?

Baru-baru ini, saya sempat membelak majalah-majalah 'mat saleh' dirumah. Belak punya belak, saya tertarik dengan sebuah majalah yang menjadikan Islam sebagai isu utama iaitu RADICAL ISLAM IS A FACT OF LIFE......

Cukup itu sahaja yang saya boleh tulis tentang tajuk majalah tersebut. Bimbang kalau saya nyatakan nama majalah serta tajuk penuh, nanti kena saman pula.

Bacaan kali pertama, macam betul apa yang dikatakan penulis. Bacaan kali kedua, ketiga, saya mula rasa ada yang tak kena. Seolah-olah ada unsur-unsur israeliat di dalamnya. Sedangkan namanya menggambarkan penulis seorang muslim.

Penulis seolah-olah mahu mengatakan bahawa tidak semua Islam itu bersifat radikal. Tidak semua yang memperjuangkan itu radikal. Tetapi, adakah benar mereka yang dikatakan radikal itu benar-benar radikal? Itu satu persoalan. Siapa yang sebenar radikal, dan siapa sebenarnya mengamalkan Islam yang sebenar.

Kedua, Penulis juga ada menyatakan tidak semua jemaah atau kumpulan Islam mengajarkan konsep jihad. Tapi adakah beliau sendiri benar-benar memahami apa itu jihad. Adakah jihad itu dengan hanya mengangkat senjata. Jika ada kumpulan Islam yang mengangkat senjata, yang melaungkan-laungkan seruan jihad, tidak tahukan beliau, mengapa meraka bertindak sedemikan.

Bukan itu sahaja, malah isu pendidikan, aurat dan hukum hakam Islam turut disentuh dalam penulisan beliau. Malah beliau juga membangkitkan isu bahawa tiada akan ada seorang islam sama ada radikal ataupun tidak dapat memberi jawapan yang memuaskan hati penduduk dunia tentang isu-isu sedemikan terutamanya isu jihad.

Memang realitinya, orang nasrani dan yahudi tidak akan pernah berpuas hati dengan Islam. Sebab itu janji Allah, mereka akan cuba sedaya upaya untuk mengeluarkan kita dari agama islam yang sebenar. Namun, ingatlah, janji Allah bahawa Allah akan sentiasa bersama-sama dengan orang yang benar. 

Maka, jadilah orang yang benar!

~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan,

dan tidak berkurangan kerana kelemahan~

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama rasanya saya tidak menulis. Alhamdulillah, ramai yang bertanya kemana hilangnya saya. Terima kasih atas keprihatinan sahabat-sahabat sekalian. Atas dasar keprihatinan juga, hari ini, saya mahu berkongsi satu ilmu yang saya rasa sangat berat untuk disampaikan tetapi penting. Ilmu ini ditimba di UIA serta sangat dititik beratkan dalam usrah yang saya ikuti.

MashaAllah, Maha besar Allah tuhan yang menciptakan segalanya, sungguh sedikit dan lemah rupanya kefahaman saya selami ini tentang aqidah setelah mengikuti ta'lim Ustaz Emran, salah seorang ustaz ditempat saya belajar yang sangat saya hormati.

Sahabat sekalian,

Selama ini, kita diajar bahawa   mengucap syahadah adalah kunci masuk Islam. Maka muslimlah seseorang itu bila melafazkan Ashaduallailahaillalah,wa ashaduannamuhammadarrasulullah. Kalimah yang mudah bukan. Hanya mengaku bahawa hanya Allah yang layak disembah, tiada ilah selain Nya, dan nabi Muhammad itu persuruh Allah.

Namun, adakah itu sudah cukup untuk kita gelar diri kita sebagai muslim sejati?

Adakah kita benar-benar dai' sejati?!

Tidak. Sama sekali tidak!

Jangan engkau mengaku dirimu muslim mahupun dai' sejati selagi engkau tidak memahami apa itu syahadah!

Kerana syahadah itu bukanlah hanya lah melalui ucapan semata, tapi perlu diyakini dengan niat dan diperlihatkan melalui perbuatan.

Sahabat-sahabatku,

Syahadah adalah pintu gerbang masuk Islam, malah syahadah juga merupakan intisari ajaran agama Islam. Hakikatnya, dakwah Rasulullah tidak bermula dengan politik mahupun ekonomi. Tetapi, dakwah baginda bermula dengan aqidah yang mantap;pemahaman tentang syahadah itu sendiri. Maka, dari aqidah yang mantap, lahirlah Khadijah binti Khuawalid, Saidina Abu Bakar, Saidina Ali bin Abi Talib, Bilal bin Rabah dan ramai lagi para sahabat. Dari tangan-tangan mereka inilah, Islam berjaya disebarkan keseluruh pelosok dunia.

Jelas bukan,  Islam itu terdiri atas aqidah dan syariah. 2 konsep yang mudah, tetapi berat diperkatakan.

Aqidah itu mestilah meliputi ibadah, akhlak dan muamalat.Sebab itulah, salah satu hakikat dakwah Rasulullah adalah suri teladan yang baik. Ramai yang peluk Islam kerana akhlak baginda.

Mengapa saya sentuh soal akhlak, apa kena mengena akhlak dengan aqidah?

Sebelum menjawab persoalan ini, mari kita singkap apa maksud syahadah.

Syahida: melihat, hadir, mengetahui.

syahida lahi bi : ikrar, menyatakan, mengakui

syahida bi: berjanji, bersumpah

Syahidallahu: Allah mengetahui

Nah, maksud syahadah itu sendiri jelas bahawa janji dan sumpah dengan keyakinan yang jitu serta kefahaman yang jelas bahawa Allah itu satu, Muhammad itu pesuruhNya. Itulah yang dikatakan keimanan. Inilah syahadah yang membuahkan keimanan. 

Keimanan ini bukanlah hanya dilafazkan melalui lisan, tetapi keyakinan dihati serta diamalkan dengan anggota badan. Maka, syahadah yang mantap, keimanan yang jelasl mampu melahirkan insan-insan yang berakhlak mulia. Bukankah akhlak itu perlu dipraktikakan dengan anggota badan.

Sahabat-sahabat yang ku kasihi kerana Allah,

Insan-insan yang mempunyai keimanan yang kukuh tidak mudah tergugat dengan godaan dunia. Campaklah insan sebegini dimanapun, Inshaallah, dia sentiasa dilindungi Allah.

Mana mungkin Allah mengabaikan hamba-hambanya yang beriman.Sebagaiman janji Nya

" Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka.Sesungguhnya pengaruh syaitan itu hanya terhadap orang-orang yang menjadikan dia(syaitan)pemimpin mereka dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada ALLAH."
(al-Quran ,Surah An-Nahl ayat 99-100)

Sahabat-sahabat ku yang diredhai Allah,

mantapkanlah aqidah kalian. Perbaharuilah syahadah dengan kefahaman yang benar. Yakinlah dihati bahawa Allah ada dimana sahaja kita berada. Serahkanlah pergantungan seratus peratus kepada Nya. Lafazkanlah bahawa engkau hambaNya dengan memperbanyakkan solat dan berdoa. Dan jadikanlah akhlak Rasulullah S.A.W sebagai pakaian mu. InshaAllah, engkau akan merasa bertapa manisnya iman.

Saya bukanlah manusia sempurna yang dikurnia akhlak seindah Rasulullah. Tapi, saya tahu, saya perlu perbaiki diri, kerana banyak lagi akhlak saya yg perlu diperhalusi. Maka, marilah kita sama-sama memperbaiki akhlak kita. Semoga Allah membantu kita dijalan Nya. 

Rujukan: Al-Ustadz Jasmin Lc. Syarah Rasmul Bayan Tarbiyah, pg 1-19 (2005)



~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan,
dan tidak berkurangan kerana kelemahan~

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, setelah lapan bulan berlalu, akhirnya dapat jua saya menjenguk ke ruang blog.
Sem lalu, telah di semai dengan azam baru. Alhamdullilah, dengan rahmat dan hadrat-Nya, akhirnya dapat jua saya terus bertahan di bumi UIA PJ yang kucintai sebelum melangkah ke UIA Kuantan.

Hampir setahun lebih aku hidup di UIA, pelbagai peristiwa, pelbagai ragam dan pelbagai kisah yang ku lalui.

Ada yang pahit, ada yang manis...

Terkilan

Terkilan?

Terkilan rasanya melihat karenah warga UIA yang tak tahu malu. Siswa bergelak ketawa bercampur gaul dengan siswi. Duduk makan semeja tanpa rasa segan dan silu. Hilang terus adab dan akhlak peribadi seorang Muslim@Muslimah. Malah senario ini makin teruk dan mungkin akan menjadi teruk jika tak dicegah. 

Maaf, bukanlah saya bermaksud mahu memburukkan nama universiti,

tapi, inilah barah yg mesti dibuang.. 


Sabda Nabi saw: "Setiap akhlaknya dan (punca) akhlak Islam itu adalah al-haya' (malu)." (Riwayat Malik, Ibn Majah dan Baihaqi)

Hadis diatas jelas menunjukkan betapa pentingnya sifat malu. Tanpa perlu didikan agama tinggi-tinggi pun, jika seseorang itu dibekalkan dengan sifat malu, tidak mungkin hal seperti yang saya nyatakan di UIA akan terjadi. Itu baru di UIA, universiti tempatan dan swasta kita tak tahu lagi betapa teruknya masalah sosial mereka.

Maka, sebenarnya, ramai insan yang tak malu di luar sana. Kerana, orang yang pemalu sentiasa menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan maruah dan kesucian mereka. Jadi warga UIA, dimanakah kedudukan anda?

SISWA/I YANG BERMARUAH TINGGIKAH ANDA?
 

Tepuk dahi tanya minda,
Tepuk dada tanya iman,
Nak tahu jawapan,
Sendiri muhasabah diri.

Pelajar Sekolah Agama@DQ@HAFIZ HAFIZAH@.........................

Macam hebat je bunyi nyakan.
InshaAllah mereka ini hebat-hebat berlaka orangnya.
Bukan sekadar ilmu biology, chemistry, law dan lain-lain lagi meraka kuasai,
malah ilmu agama tak kurang hebat,
Kalau bercakap bagi tazkirah,
MashaAllah, macam ustaz!

Namun,

Benarkah?!

Segelintar, malah mungkin saya boleh kata kebanyakan nya sungguh menghampakan..
Mana taknya,

Dari yg single cari trouble dengan ber couple
Yang elok berkopiah, hilang kemana diganti dengan rambut yang stail rambut 'landak'
Elok cantik bertudung ikut syariat habis di fesyenkan sehingga menampakkan apa yang tak sepatutnya di tunjuk.
Belum lagi duit yang dilabur untuk melayan kawan-kawan berlainan jantina; bersms, bermsm.
Dan macam-macam lagi la kisah yang sungguh menyayat hati yang rasanya tak wajar di lakukan.

Terkilan hati melihat pembela-pembela agama hanyut dengan syurga dunia,

Dimanakah kalian!

Ketika saat masyarakat merindui tarbiyah dan kasih sayang kalian, kalian sendiri hanyut dengan 'syurga' dunia yg sementara.

Bangunklah syabab Islam, Sahutlah perjuangan yg dtinggalkan Rasulullah S.A.W

Dan yakinlah, janji Allah syurga yg abadi,

amin.

Pages

About Me

My photo
Just a simple person,but I always make problems... Sorry Abuya and Umi... but I love my family so much, I am third from nine... I am a thinker... Love to think and can't stop to think.. For me,life is hard and weird... People is hard to understand. May be, that is one of The Greatness of ALLAH.. SubhanaALLAH

About this blog

Pengakhiran hidup yg masih kabur..

Dimana aku?!!

talk

Followers