Perantau Kasih

Merantau mencari kasih ILAHI,

"Wah, afuf jadi hero la!" ujar Kak Cik, 'excited' bunyinya.

"Ala, kalau akak kat tempat saya, akak mesti buat benda sama. Orang susah kita tolong, walaupun musuh kita sekalipun," ujar ku, acuh tak acuh.

"Kalau akak kat tempat kita, akak mesti buat benda sama," balas ku lagi. Cuba menghalang penyakit ujub yang mahu bertandang.

"Kecoh satu U tau, 'Siswi Selamatkan Siswa dari Lemas'. Tapi..., "sampuk adik tanpa menghabiskan ayat. Kalau buat karangan BM, confirm dpt C. Ayat tergantung.

"Apa yang tapi, ne yang tak sedap dengar ne. Cuba cakap bagi habis," kata ku, sedikit keras.

"Kecoh satu U, kata afuf ada affair dengan Danial. Ada orang kata afuf kapel dengan dia lepas kejadian tu. Ada orang cakap diaorang nampak Afuf berdua-duaan dengan Danial. Macam-macam version adik dengar,"kata adik

"Astaghfirullahalazim. Apa jenis manusia la diorang ne. Buat baik salah, buat jahat salah. Mana adik dengar ceta-ceta karut ne," tanya ku. Kalau ikut hati mahu je ku lempang orang yang buat cerita. Fitnah!Fitnah! Semuanya fitnah belaka.

"Kat group UIA dalam friendster," kata adik.

Parah,parah.

"Jadi, Afuf nak buat apa? Takkan nak buat bodoh. Ne dah libatkan kes maruah. Balas balik la. Afuf kan pandai debat-debat ne,"

Cadangan Kak Chik ku tolak mentah-mentah. Manusia kalau dah start bukak mulut, sebar cerita fitnah, diaorang takkan berhenti selagi tak penat. Jadi, adalah bijak kalau kita diam sahaja. Bukan diaorag kenal siapa aku sebenarnya pun. Nak takut apa.

"Ala, kak, buat pandai je la. Malas la Afuf nak debat dengan orang-orang macam tu. Biar la diorang berkuak macam burung gagak, cerita perihal orang yang entah betul entah tidak. Banyak lagi kerja Afuf nak buat," balas ku.

Tuut, Tuut.

Bunyi mesej telefon ku.

Kak Laila: Salam. apa khabar, blh jumpa ptg ne?

Afuf: InshaAllah blh. ptg ne sy free. kat mana?

Kak Laila: Alhamdulillah, kat surau, mcm biasa.

Afuf: InshaAllah.

Petang tu, selesai dari kelas Prof. Aziz, aku segera bergegas kembali ke mahallah. Solat asar perlu ditunaikan, kalau jumpa Kak Laila selalunya mesti berlarut sampi berjam-jam.

Sampai sahaja di surau Zainab, aku segera meminta izin untuk menunaikan solat. Seusai solat dan berdoa, aku segera ke belakang surau.

Uish, bila la pula akak-akak yang lain datang. Kak Mai, Kak Ana, Kak Zai dan Kak Dil pun ada. Lain macam je perjumpaan petang ne. Adakah kerana...?

"Assalamualaikum. Maaf, saya solat tadi. Tadi baru habis kelas, terus saya ke sini. Maaf buat akak-akak tunggu," ujar ku merendah diri.

"Waalaikumussalam, tak pe. Sekurang-kurangnya kami sempat baca Al Mathura'. Duduk la dulu. Afuf sihat? Nampak pucat," balas Kak Laila.

"Alhamdulillah, biasala kak, saya memang macam ne. Macam ada hal penting je nak jumpa,"kata ku.

"Baik kita berterus terang. Silakan kak Ana," kata Kak Laila.

Ini yang buat aku tak sedap hati. Siapa tak kenal Kak Ana.

Suzana binti Syazlan. Pelajar tahun akhir perundangan di Uia merangkap naqibah kepada Kak Laila. Orangnya cantik tapi sangat tegas. Setiap patah ayat yang dikeluarkan tak pernah kami engkari. Kak Ana seolah-olah mempunyai aura dan karisma sebagai ketua. 

"Kita straight to the point yer. Kami dengar Afuf selamatkan sorang siswa dari lemas. Betul ke,"tanya kak Ana lembut dalam tegas.

"Ya," jawab ku.

"Perlu ke selamatkan siswa tu. Tak de brother lain ke kat situ? Akak dapat maklumat, ada beberapa ikhwah yang seusrah dengan kita ada kat tempat kejadian. Mereka kata tak sempat mereka nak selamatkan siswa tu , Afuf dah terjun dulu," provok Kak Ana.

"Saya tak tahu pun hal itu. Saya tahu antara perkara yang sangat dijaga dalam usrah kita ialah ikhtilat(perhubungan) antara ikhwah(lelaki) dan akhwat(perenpuan). Tetapi, salah satu tanggung jawab kita adalah bantu saudara sesama Islam yang dalam kesusahan. Saya mentafsirkan kondisi diwaktu adalah kondisi darurat. Kalau saya tak cepat selamatkan siswa tu, kemungkinan dia akan mati," kata ku membela diri.

"Dalam Islam sendiri tiada halangan kita membantu mereka yang susah terutama dalam kondisi darurat. Sama la dengan kondisi antara doktor perempuan menyelamatkan pesakit lelaki. Jadi, saya tidak melihat kedudukan saya ini salah." kataku tegas.

Mereka tersenyum.

"Alhamdulillah. Akak ada soalan terakhir, betul ke Afuf ada affair dengan siswa tu. Dengar kata, dia kawan sekolah Afuf dulu. Macam-macam versi kami dengar tentang Afuf dengan dia," muka yang senyum tadi kembali serius.

Huh! Manusia, manusia. Kalau tak buat gossip tak sah. 

"Yeke, saya tak tau pula pasal ne. Tak sangka popular juga saya ye."ujar ku

"Afuf, Kami serius ne,"tegur Kak Laila. Dia ingat aku main-main kut.

"Ya, memang siswa tu kawan saya, tapi kami memang tak de hubungan istimewa yang seperti semua orang sangkakan. Malah, kami tak pernah sehaluan. Semua itu fitnah berlaka. Saya pun tak tahu macam mana hal ne boleh timbul," ujar ku, 

"Alhamdulillah, ini yang kami mahu. Kami harap apa yang Afuf cakapkan itu yang Afuf buat. Janganlah kita jadi orang yang cakap tak serupa bikin. Ingat, perempuan ini sentiasa jadi fitnah. Kemana-mana sahaja kita pergi, kita perlu menjaga tingkah laku. Prinsip yang dipegang kita pertahankan kerana itulah prinsip Islam," kata Kak Ana.

Nasihat terakhir Kak Ana menamatkan perjumpaan petang itu. Entah kenapa aku rasa sedikit lega petang itu. Seolah-olah hilang satu beban. 

Sungguh, kejadian yang berlaku antara aku dan Danial sebenarnya membuat aku resah. Sedikit tertekan sebab  kawan-kawan sekuliah mula pandang serong.

Tetapi, kunjungan akak-akak usrah menjadi pengubat. Mungkin itu dikatakan ukhwah. Bila kita susah, mereka disamping kita, apatah lagi senang. Semoga ukhwah ini sentiasa berkekalan. Itulah manisnya ukhwah islamiyah

 “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan. Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.”

(Ali-Imran: 102-103)

Bersambung...

...................................................................................................

~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan~

0 comments:

Pages

About Me

My photo
Just a simple person,but I always make problems... Sorry Abuya and Umi... but I love my family so much, I am third from nine... I am a thinker... Love to think and can't stop to think.. For me,life is hard and weird... People is hard to understand. May be, that is one of The Greatness of ALLAH.. SubhanaALLAH

About this blog

Pengakhiran hidup yg masih kabur..

Dimana aku?!!

talk

Followers