Assalamualaikum...
Indahkan Islam. Setiap kali kita mulankan sesuatu mesti dimulakan dengan ucapan salam, iaitu ucapan sejahtera. Begitu lah indahnya Islam. Islam menunjukkan kita satu sistem hidup yang teratur dan sejahtera. Maka Allah turut menunjukkan indahnya Islam melalui manusia yang terindah iaitu junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.
Dua malam lepas, saya sempat bersama ahli keluarga lain bermaulud di Yayasan Al-Jenderami di Jenderam Hilir. Pada mulanya, berat buntut ne nak bermaulud disana. Yela, waktu malam yang sejuk(kebetulan hujan renyai-renyai) memang sesuai kalau menganyam mimpi di bawah selimut. Tapi, bila teringat lagu Opik yang bertajuk TOMBOK HATI (ubat hati), yang mengatakan salah satu penawar hati adalah berkumpul bersama-sama orang soleh, maka ku gagahkan juga kaki ke sana.
Sungguh, tepat seperti yang difirasatkan, bukan ulama' biasa yang turun malam ini, tetapi cucu Sheikh Al-Qaradawi turut hadir malah sempat memberi ucapan dalam bahasa inggeris. Teriakan anak-anak kecil serta celoteh mak cik-mak cik dan nenek-nenek tua yang mungkin tidak faham bahasa inggeris tidak menghalang untuk saya dengar apa yang beliau cuba sampaikan(dalam hati tuhan saja tau bertapa geramnya hati ini).
Rasa ingin menitis air mata mengingati kisah pengorbanan Rasulullah s.a.w. Rasa serba salah sebab buku tentang sejarah Rasul yang entah berapa ribu muka surat langsung tidak disentuh walaupun sudah hampir seminggu dibeli. Namun, antara perkara kisah Rasulullah s.a.w. yang tak mungkin saya dapat lupakan ialah saat kematian beliau.
Ummati, ummati... Solah..
Wasiat terakhir baginda diriba Aisyah amat menyayat hati. Lihat sahabatku, bertapa baginda mengingati kita, bertapa baginda risau keadaan kita. Tapi, apa yang kita lakukan demi membalas kasih sayang baginda.
Saya sendiri, banyak kesalahan yang saya lakukan. Saya gagal menjadi muslimah sejati. Saya seringkali lupa bahawa setiap detik nafas dan perbuataan kita akan dihisab.
Saya seringkali melafazkan, aku rindu pada mu ya Rasulullah, aku cinta pada mu ya Rasulullah. Tapi hakikatnya, saya seperti yag lain. Masih bergelumung dengan dosa. Penyakit hati masih bersarang dihati. Malah, saya juga kadang-kadang culas mengerjakan ibadah.
Tapi, saya juga manusia. Manusia itu sifatnya lupa. Lupa itu maksudnya lemah. Namun kelemahan ini tidak bermakna kita harus membiarkan diri kita terus hanyut dengan syurga dunia. Jangan jadikan alasan ini untuk kita terus seronok mengerja dunia.
Dengan nama Allah, kalian menjadi saksi cinta saya kepada Rasulullah. Selagi iman di dada, selagi Allah memberi rezeki nafas kepada diri saya, setiap detik nafas akan ku sumbangkan ke jalan Allah. Semoga Allah sentiasa memberi pertunjuk dan hidayah kepada kita semua..
amin....
Posted by
Perantau Kasih
~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan,
dan tidak berkurangan kerana kelemahan~
0 comments:
Post a Comment