Perantau Kasih

Merantau mencari kasih ILAHI,

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama rasanya saya tidak menulis. Alhamdulillah, ramai yang bertanya kemana hilangnya saya. Terima kasih atas keprihatinan sahabat-sahabat sekalian. Atas dasar keprihatinan juga, hari ini, saya mahu berkongsi satu ilmu yang saya rasa sangat berat untuk disampaikan tetapi penting. Ilmu ini ditimba di UIA serta sangat dititik beratkan dalam usrah yang saya ikuti.

MashaAllah, Maha besar Allah tuhan yang menciptakan segalanya, sungguh sedikit dan lemah rupanya kefahaman saya selami ini tentang aqidah setelah mengikuti ta'lim Ustaz Emran, salah seorang ustaz ditempat saya belajar yang sangat saya hormati.

Sahabat sekalian,

Selama ini, kita diajar bahawa   mengucap syahadah adalah kunci masuk Islam. Maka muslimlah seseorang itu bila melafazkan Ashaduallailahaillalah,wa ashaduannamuhammadarrasulullah. Kalimah yang mudah bukan. Hanya mengaku bahawa hanya Allah yang layak disembah, tiada ilah selain Nya, dan nabi Muhammad itu persuruh Allah.

Namun, adakah itu sudah cukup untuk kita gelar diri kita sebagai muslim sejati?

Adakah kita benar-benar dai' sejati?!

Tidak. Sama sekali tidak!

Jangan engkau mengaku dirimu muslim mahupun dai' sejati selagi engkau tidak memahami apa itu syahadah!

Kerana syahadah itu bukanlah hanya lah melalui ucapan semata, tapi perlu diyakini dengan niat dan diperlihatkan melalui perbuatan.

Sahabat-sahabatku,

Syahadah adalah pintu gerbang masuk Islam, malah syahadah juga merupakan intisari ajaran agama Islam. Hakikatnya, dakwah Rasulullah tidak bermula dengan politik mahupun ekonomi. Tetapi, dakwah baginda bermula dengan aqidah yang mantap;pemahaman tentang syahadah itu sendiri. Maka, dari aqidah yang mantap, lahirlah Khadijah binti Khuawalid, Saidina Abu Bakar, Saidina Ali bin Abi Talib, Bilal bin Rabah dan ramai lagi para sahabat. Dari tangan-tangan mereka inilah, Islam berjaya disebarkan keseluruh pelosok dunia.

Jelas bukan,  Islam itu terdiri atas aqidah dan syariah. 2 konsep yang mudah, tetapi berat diperkatakan.

Aqidah itu mestilah meliputi ibadah, akhlak dan muamalat.Sebab itulah, salah satu hakikat dakwah Rasulullah adalah suri teladan yang baik. Ramai yang peluk Islam kerana akhlak baginda.

Mengapa saya sentuh soal akhlak, apa kena mengena akhlak dengan aqidah?

Sebelum menjawab persoalan ini, mari kita singkap apa maksud syahadah.

Syahida: melihat, hadir, mengetahui.

syahida lahi bi : ikrar, menyatakan, mengakui

syahida bi: berjanji, bersumpah

Syahidallahu: Allah mengetahui

Nah, maksud syahadah itu sendiri jelas bahawa janji dan sumpah dengan keyakinan yang jitu serta kefahaman yang jelas bahawa Allah itu satu, Muhammad itu pesuruhNya. Itulah yang dikatakan keimanan. Inilah syahadah yang membuahkan keimanan. 

Keimanan ini bukanlah hanya dilafazkan melalui lisan, tetapi keyakinan dihati serta diamalkan dengan anggota badan. Maka, syahadah yang mantap, keimanan yang jelasl mampu melahirkan insan-insan yang berakhlak mulia. Bukankah akhlak itu perlu dipraktikakan dengan anggota badan.

Sahabat-sahabat yang ku kasihi kerana Allah,

Insan-insan yang mempunyai keimanan yang kukuh tidak mudah tergugat dengan godaan dunia. Campaklah insan sebegini dimanapun, Inshaallah, dia sentiasa dilindungi Allah.

Mana mungkin Allah mengabaikan hamba-hambanya yang beriman.Sebagaiman janji Nya

" Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka.Sesungguhnya pengaruh syaitan itu hanya terhadap orang-orang yang menjadikan dia(syaitan)pemimpin mereka dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada ALLAH."
(al-Quran ,Surah An-Nahl ayat 99-100)

Sahabat-sahabat ku yang diredhai Allah,

mantapkanlah aqidah kalian. Perbaharuilah syahadah dengan kefahaman yang benar. Yakinlah dihati bahawa Allah ada dimana sahaja kita berada. Serahkanlah pergantungan seratus peratus kepada Nya. Lafazkanlah bahawa engkau hambaNya dengan memperbanyakkan solat dan berdoa. Dan jadikanlah akhlak Rasulullah S.A.W sebagai pakaian mu. InshaAllah, engkau akan merasa bertapa manisnya iman.

Saya bukanlah manusia sempurna yang dikurnia akhlak seindah Rasulullah. Tapi, saya tahu, saya perlu perbaiki diri, kerana banyak lagi akhlak saya yg perlu diperhalusi. Maka, marilah kita sama-sama memperbaiki akhlak kita. Semoga Allah membantu kita dijalan Nya. 

Rujukan: Al-Ustadz Jasmin Lc. Syarah Rasmul Bayan Tarbiyah, pg 1-19 (2005)



~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan,
dan tidak berkurangan kerana kelemahan~

3 comments:

salam article yg menarik..

pada akhirya, semua lafaz kita perlukan pembuktian.. barulah iman namanya.. bena dgn hati, lafaz dgn lidah dan jelaskan dgn perbuatan..

even sunnah rasulullah saw pn bukan sekadar kata2..

cuba baca 'syahadatul haq' karangan abu ala' maududi.. amat bermakna..

afifah...hehe.lama x dgr khabar..ow,fifah ikut ta'lim ustaz emran??ftn pnah g skali je dlu...tu pon tym sem yg x bz...btw,satu post yg menarik...hehe

Kenapa rukun Islam yang pertama ini tiada di dalam Al Quran? Pelek juga ya? Bagaimana jadinya kalau soalan wajib di dalam peperiksaan tidak ada di dalam silibus?

Di dalam Al Quran ada kalimah "Lailaha-illalah" Kenapa ditambah "Ashhadu"? Bolihkah tambahan ini? Di mana dalil-nya? Kalau menjadi saksi,mestilah melihat, kapan kita melihat? Di mana pula dalilnya?

Berdasarkan Surah An Nisa' Ayat 79 dan Al Fath Ayat 28 tidakkah syahadah rasul itu mengengkari ayatx itu?

Carilah yang benar agar apa yg Allah firmankan di dalam Surah Al Anaam Ayat 22 - 24 tidak berlaku kepada kita. orshar

Pages

About Me

My photo
Just a simple person,but I always make problems... Sorry Abuya and Umi... but I love my family so much, I am third from nine... I am a thinker... Love to think and can't stop to think.. For me,life is hard and weird... People is hard to understand. May be, that is one of The Greatness of ALLAH.. SubhanaALLAH

About this blog

Pengakhiran hidup yg masih kabur..

Dimana aku?!!

talk

Followers