Perantau Kasih

Merantau mencari kasih ILAHI,

Guru Oh guru..

Selamat Hari Guru kepada semua pengajar-pengajar di seluruh dunia. Sesiapa yang pernah mengajar seseorang itu hakta satu patah perkataan pun, saya tetap angap orang itu sebagai guru.

Mungkin post ini agak terlambat, tetapi saya tetap nak ucapkan SELAMAT HARI GURU.

Hakikatnya, ibu bapa adalah guru pertama kita. Tetapi ALLAH adalah guru AGUNG yang sentiasa mendidik dan mentarbiyah hambaNya setiap masa.

Sedar ataupun tidak, kita seringkali mengucapkan terima kasih kepada guru terutama pada Hari Guru tetapi kita jarang mengucapkan terima kasih kepada Nya.

Teringat saya satu cerita indonesia yang cukup popular tahun lepas, MUTIARA HATI. Nabila, anak cilik yang sentiasa berdoa dan melafazkan terima kasih setiap kali permintaannya dimakbulkan oleh ALLAH.

Tapi, lain pula dengan kita. Bila susah, barulah kita rajin bangun qiam malam, berdoa tiap-tiap kali lepas solat, mengaji tak pernah tiggal dan macam-macam amalan yang kita buat. Hipokritnya kita!

Namun, ketika senang, mudah sahaja kita lupa kepada sang pemberi rezeki yang tidak pernah sesakali melupakan hambanya.

Walau apapun, saya juga tak nak ketinggalan mengucapkan SELAMAT HARI GURU dan TERIMA KASIH ALLAH..

Umi&abuya, guru kehidupan saya

..............................................................................................................................

~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan~

0 comments:

Pages

About Me

My photo
Just a simple person,but I always make problems... Sorry Abuya and Umi... but I love my family so much, I am third from nine... I am a thinker... Love to think and can't stop to think.. For me,life is hard and weird... People is hard to understand. May be, that is one of The Greatness of ALLAH.. SubhanaALLAH

About this blog

Pengakhiran hidup yg masih kabur..

Dimana aku?!!

talk

Followers