Perantau Kasih

Merantau mencari kasih ILAHI,

Abang saya cakap,  ISLAM MAKIN TERFITNAH!

Betul ke, saya pun tak pasti. kenapa fitnah..

Islam itu fitnah ke, atau kita memfitnah islam ke. ke apa benda sebenarnya..pening. Lama-lama pikir teringat filem fitna..Macam filem fitna pulak.

Macam mana Islam boleh terfitnah...

Ya, Islam makin terfitnah..

Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: Tahukah kamu apa itu menfitnah? Para sahabat r.hum berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Menfitnah adalah mengatakan sesuatu tentang saudara (muslim) ketika dia tiada yang dia tidak suka. Ditanya: Wahai Rasulullah, jika kekurangan itu sungguh ada dalam diri seorang muslim, maka apa yang harus aku katakan? Baginda menjawab: Jika apa yang dikatakan itu benar, maka itu adalah mengumpat. (Riwayat Muslim).

Bukan Islam itu fitnah, tetapi kita yang telah memfitnahkan islam..

Kita telah melakukan sesuatu perkara yang membelakang syariat sehingga orang memandang serong terhadap Islam. 

Tanpa disedari, kita, muslim, banyak melakukan perkara atau sesuatu yg membuka jalan kearah itu.. apa dia, MEMFITNAH ISLAM!

............................

Umi saya selalu cakap akan bahayanya fitnah akhir zaman. Janganlah jadi salah seorang dari meraka. Umi tak redha! Tak berkat hidup! Macam tu sekali umi saya warning..

Umi cakap lagi, fitnah yang dimaksudkan akhir zaman ini bahaya!Kadang-kadang, kita buat baik pun boleh jadi fitnah! Macam mana yer.. 

Contohnya, kalau seorang jejaka ternampak kawan sekuliyahnya (seorang gadis) berdiri di dalam bas dan berhimpit-himpit dengan lelaki ajnabi sedangkan dia duduk. Maka, dengan baik hatinya, dia bagi la si gadis duduk demi menjaga maruah perempuan tersebut. Kebetulan, ada beberapa 'Gossip Girl' ternampak aksi-aksi sedemikian, dan menyebarkan fitnah bahawa si gadis dan si jejaka yang budiman itu ada hubungan. Maka, kecoh satu kuliyah yang bahawa mereka keluar ber' dating'. Kan dah jadi fitnah!Pdahal benda baik!

Itu yang saya maksudkan buat baik pun boleh jadi fitnah.

Seperti biasa la, saya mana nak percaya kalau saya tak alami atau tengok dengan mata sendiri..

Bila menjejak kaki ke UIA, baru saya lihat, bertapa banyaknya umat Islam memfitnahkan agama kita..Malah, saya akui, kadang-kadang saya sebahagian dari mereka yang menjayakan agenda memfitnahkan islam tanpa saya sedari. Moga-moga Allah ampuni dosa kita..

Bila saya keluar MAAHAD, baru saya nampak, betapa ramainya kawan-kawan saya yang hanyut ditelan keseronokkan dunia tanpa mereka sedari.

Mana taknya, hal nafsu dicampur adukkan dengan perkara agama.Agama dijadikan tiket atau dengan kata lain alasan untuk menghalalkan cara..

Muda mudi kini sebenarnya semakin berani menggunakan nama agama demi untuk melaksanakan keinginan dan cita-cita mereka. Geli hati, kadang-kadang mereka menggunakan nama profesional dalam melakukan sesuatu gerak kerja. Tetapi, hakikatnya tidak. Mereka sendiri tidak memahami apa itu dikatakan profesional.

Kenapa?

Kerana seorang yang profesional tidak pernah mencampurkan adukkan urusan peribadi dengan kerja. Hakikatnya, ramai remaja, khususnya pelajar U mencampur adukkan urusan peribadi(perasaan suka atau dengan bahasa orang muda perasaan cinta) dengan urusan kerja. Sedangkan, itu adalah etika no 1 seorang profesional yang perlu dijaga.

...................................................

Terlalu banyak perkara yg bercampur aduk akhir-akhir ini..

Terlalu banyak fitnah yang saya hadapi saban hari...

Tidak hairan la, seringkali kita di katakan hidup di zaman fitnah..

Perkara yang paling saya sedih apabila pelajar-pelajar sekolah agama, yang menerima tarbiyah, didikan, pengajian asas agama sejak kecik membelakang dan menggunakan nama agama demi menghalalkan cara mereka. 

TIDAK SEDARKAH KALIAN, KALIAN TELAH MEMFITNAH ISLAM

ISLAM SEMAKIN TERFITNAH!

Kata mereka, niat mereka ikhlas, suci, demi tautan sebuah ukhwah, semangat ukhwah LILLAHITAALA. Maka tak salah kita berhubung lelaki mahupun perempuan. Apa salahnya kita berjumpa. Kami tak buat apa-apa pun, hanya mahu mengeratkan hubungan silaturrahim. Menjalinkan kembali hubungan yang terputus. Melepaskan rindu.. Salahkah?

TAUTAN UKHUWAH DISEBALIK TRANSFORMASI MINDA MALAH ANJAKAN PARADIGMA..

SALAHKAN NIAT BAIK LAGI SUCI KAMI?!

SALAHKAH KAMI MAHU BUAT PERUBAHAN!

KITA MAHU MAJU! KENA BERUBAH!

KAMI TAK MAHU JADI ORANG YANG TERPINGGIR!

KAMI TAK MAHU DIKATAKAN JUMUD, THIQAH DAN BLA..BLA..

SALAH!JELAS SALAH!YANG SALAH TETAP SALAH!TAKDE TOLERANSI..

BERFIKIRAN TERBUKA MACAM MANA PUN KITA,

MAHU BERUBAH MACAM MANA PUN KITA,

MAHU BERUKHWAH MACAM MANA PUN KITA,

SYARIAT TAK BOLEH DIBELAKANGI!

Ingat rakan-rakan, Islam itu jelas, Islam itu dah syumul, jalan yang ditunjuk Allah itu jelas, syariat perlu dijaga walaupun dimana kita berada...

Percampuran antara lelaki dan perempuan adalah dilarang kecuali dengan kondesi tertentu..

1) KERJA

2) MUAMALAT

3) KECEMASAN

Jika perkara ini tak terjaga, maka akan timbulnya pelbagai bahaya.Dan yang paling penting, fitnah ini perlu dijauhkan, terutama perempuan.Kerana perempuan itu fitnah terbesar di dunia ini. Bahaya fitnah perempuan itu sangat sangat perlu dihindari. Sesungguhnya- panah-panah syaitan itu datangnya melalui perempuan.

Ingat! Niat tidak pernah menghalalkan cara...

Cara tak boleh melanggari batas syariat...

Syariat sentiasa perlu dipertahankan..

Kerana zaman ini zaman fitnah

Pertahankan lah syariat...

Agar kalian terselamat dari fitnah dunia..

~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan~

0 comments:

Pages

About Me

My photo
Just a simple person,but I always make problems... Sorry Abuya and Umi... but I love my family so much, I am third from nine... I am a thinker... Love to think and can't stop to think.. For me,life is hard and weird... People is hard to understand. May be, that is one of The Greatness of ALLAH.. SubhanaALLAH

About this blog

Pengakhiran hidup yg masih kabur..

Dimana aku?!!

talk

Followers