Perantau Kasih

Merantau mencari kasih ILAHI,


Nekad! Aku nekad. InshaAllah, jalan yang aku pilih betul. Hasrat hati perlu ku tujukan pada abah. Salurannya mesti tepat, berlandaskan syariat. Tapi, bagaimana kalau...


Argh, Berbulan-bulan aku amalkan solat istikharah. Keputusan yang diambil untuk meniru jejak langkah Khadijah bukan mudah. Tetapi, tak salahkan mencuba. Sejarah membuktikan tindakan wanita mulia itu tidak salah.
Tetapi, siapa lah aku, siapalah Saidatina Khadijah. Perempuan mulia, agung, cantik, hartawan lagi dermawan.

Tapi, aku. Mampukan aku menjadi wanita seperti itu walaupun kami berkongsi nama yang sama?

..............................................

"Assalamualaikum abah, abah apa khabar?"
"Waalaikumussalam, baik. Anak abah, sihat, pelajaran, ok?" tanya abah, Lembut. Lembut-lembut abah jangan di salah sangka. Ketegasan abah tak pernah aku sanggah.
"Alhamdulillah, pelajaran makin baik, InshaAllah,Jah balik minggu depan, selepas exam."balas ku.
"Abah, Jah nak tanya sesuatu boleh. Jah harap, abah tak marah. Niat Jah ikhlas."tanya ku, berpeluh dahi.
"Kenapa, Jah nak kahwin ke. Tanya la, abah tak marah," gurau abah. Macam tahu-tahu je.
"Ya. Jah nak.."
"Siapa orangnya?" sanggah abah, sedikit terkejut.

........................................................

Siapa? Persoalan yang berat ku nyatakan. Siapa la lelaki 'malang' yang berjaya tawan hati ku yang degil dan keras ni.

Adam Muhammad, 22 tahun, pelajar perubatan Mesir. Kami sekelas dari tingkatan 3 sampai tingkatan 5. Siapa tak kenal dia. Satu sekolah mengenali dia. Walaupun bukan ketua Badan Dakwah disekolah, tetapi idea-ideanya sentiasa diterima pakai. Nasihat-nasihatnya tak pernah ditentang. Dalam tegas, terselah kelembutan.

Entah mana silapnya diriku, jatuh cinta padanya ketika berada ditingkatan 5. Bukan cinta pandang pertama, tetapi ku rasa dia yang terakhir. Mungkin kesan daripada perubahan hormon. Tetapi, mengapa hingga kini aku gagal melupakan dia.

Ya Allah, ampunkan dosa hamba Mu selami ini. Hamba gagal mengawal diri ini. Sungguh, bukan ini yang ku pinta.

Lantaran takutkan dosa, takutkan murkanya Allah, 6 tahun aku pendamkan hasrat ini. Prinsip 'no coupling' kukuh tersemat dihati. 6 tahun juga aku cuba lupakan perasaan ini. Maka, sepanjang 6 tahun aku sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti. Tapi, perasaan itu masih kukuh di hati.

Hebat sangatkah dia? Siapa dia sebenarnya?

Astagfirullahalazim. Tidak ada makhluk yang lebih hebat dari DIA, Sang pencipta yang maha bijaksana. Ampunkan aku ya tuhan. Cepat-cepat aku beristighfar

Ya Allah, jika dia yang terbaik buat ku, temukan lah kami pada waktu dan tempatnya. Jika tidak, aku redha. Mungkin dia bukan yang terbaik buat ku. Amin.

.....................................


"Jah dah fikir baik-baik. Abah tak pernah halang niat anak-anak abah untuk berkahwin awal. Tetapi, Jah kena ingat, perkahwinan bukan perlukan cinta semata-mata. Perkahwinan itu tanggung jawab, komitmen."tanya abah, meminta kepastian.

"InshaAllah abah. Bukankah abah selalu pesan perkara yang sama. Jah sedia memikul tanggung jawab sebagai isteri dan ibu. Cuma, sekarang Jah minta abah tunjukan jalan yang betul. Sebab..." kata ku, terputus. Argh, Bagaimana harus ku luahkan hasrat hati, mahu merisik si dia. Gila! Memang gila!

"Sebab apa Jah, sebab Jah nak ayah tanya kedudukan Muhammad? Jah, Jah. abah tahu, Saidatina Khadijah idola Jah.Malah, sebab itulah abah namakan puteri abah Khadijah, supaya anak abah seperti Saidatina Khadijah," kata abah, buat hati ku sebak.

"Bagi abah masa. Buat masa ni, fokus kepada pelajaran. Kita serahkan segalanya pada Allah" ujar abah lagi.
Ah, abah memang begitu. Cepat memahami maksud hati anak-anaknya. Membuat aku bertambah sayang kepada nya

..........................................

Buzz
Buzz

Eh, siapa pula ini. Id tak pernah nampak.

khalifeh: Assalamualaikum
Jah: Waalaikumussalam, siapa ya?
khalifeh: Adam Muhammad
Jah: mana dapat id?
khlifeh: can we talk?
Jah: yes
khalifeh: I heard about it from your abah. Is it true?
Jah: You already know.

Diam...

khalifeh: why?
Jah: I am ready, for a marriage, and I think you are the one.
khalifeh: sorry, but I need to make everything clear. The truth is,
I never think about it before,I mean, getting married at this age. I'm sorry. and..
Jah: and what?
khalifeh: it is something unusual when u 'merisik' me. I know,   there's nothing wrong with it since....khadijah did same thing, but ....
Jah: ok. i understand. no need to explain.
Jah: saya anggap kita tak de jodoh. Harap awak boleh rahsiakan hal ini. saya nak sign out. salam


Sedih,
Pilu,
Malu..

.....................................

kring..

"Assalamualaikum, Jah. Abah ni,"
" Waalaikumussalam," jawab ku ringkas, serak suaraku.
"Kenapa lain macam suara,"
"Nothing, selsema je," alasan lapuk cuba ku beri.
"Abah nak cakap pasal Adam, Sebenarnya..."
" Takpela abah. Jah dah tahu keputusan dia. Jah redha," sampuk ku, mahu menangis
"Jah pergi dulu ya. Jah ada kelas ni. kirim salam umi. Assalamualaikum,"

Air mata tumpah lagi.

Aku menangis lagi.

Sedih.


Siapa tak sedih, bila hasrat hati ditolak, cinta diketepikan. Aku tetap perempuan biasa, hanya cuba melakukan suatu di luar kebiasaan adat. Salahkah. 6 tahun ya Allah. Sungguh ujian Mu tidak menggenal erti waktu. Apa salah ku? Kenapa derita jiwa ini mesti ku tanggung.

...................................


"Setiap perkara yang berlaku, ada hikmahnya. Tidak akan diuji seseorang akan sesuatu yang tidak tertanggung olehnya" kata Encik Shukor. Pensyarah Immuniology ini suka beri tazkirah ringkas sebelum kelas tamat.

"Kadang kala kita lupa, ujian Allah itulah sebenarnya satu platform untuk kita tingkatkan iman,"

"Dan ujian dari Allah mungkin juga sebagai kifarat,peringatan atas dosa-dosa yang kita pernah lakukan sebelum ini," gema suaranya menghiasi lecture hall 12.

"Kita hamba Nya yang sebenarnya zalim kerana sering lupa akan nikmatnya." tambah beliau lagi, sebagai penamat kelas kami hari ini.

"Ya Allah, apa yang aku lakukan. Aku marah pada Mu, aku tak redha dengan ujian Mu. Ampunkan aku Ya Allah. Tunjukkan aku jalan yang lurus. Bantulah aku lupakan si dia. Tambah lah cintaku pada Mu, Jangan jadikan dugaan ini buat ku jauh dari Mu"bisik hati ku apabila menyedari kesilapan yang dibuat.

" Ya Allah, jika aku tidak dapat mencontohi kisah cinta Khadijah dan Muhammad. Kau jadikanlah kisah cintaku seperti Rabiatul Adawiyah."

.....................................

Setahun berlalu. Kisah perit lampau semakin dapat ku lupakan. Aku yakin, aku tidak keseorangan. Biarlah si dia menolok cinta ku, kerana aku masih ada DIA. Allahu Ar rahim.
Sesungguhnya, cinta dan kasih sayang yang agung hanya milik Nya. Tidak tegar aku mengulangi kesalahan lalu, meninggalkan cinta AGUNG demi cinta manusia.

"Jauh termenung. Ingat cik abang ke," tegur Ina.
"Uish, cik abang kan dah tolak kita bulat-bulat. Kena la cari lain ," Seloroh ku, tanda bergurau.

"Cari lain. Herm, ramai je nak awak. Awak je yang jual mahal, ataupun, awak masih..."
"Tak boleh lupakan Adam Muhammad. Wallahualam. Yang saya tahu, hati saya lebih tenang. Dan saya tak nak fikir soal itu. Dah lah, krusus haji dah nak start. Nanti lambat,"
"Ya, ya. Semoga Khadijah dapat bertemu Muhammadnya di sana," usik Ina lagi.
" Awak..."

................

Labbaikallah humma labbai....

Alhamdulillah. Lambaian Mekkah dapat ku sambut. Dengan wang simpanan ku sendiri, akhirnya dapat juga aku jejak kaki ke bumi yang suci ini.

"Assalamualaikum," ujar satu suara, parau.
"Waalaikumussalam," segera aku menolah,
"Adam..."

Ya Allah, apa yang dia buat kat sini. Jangan kau uji aku dengan dugaan yang tak bisa ku tanggung. Luka di hati baru sahaja sembuh.

" Sihat?"tanya dia.
"Sihat. Err, saya pergi dulu. Assalamualaikum." ujar ku segera berlalu. Terasa basah pipi ini.

Tabahkan hati ku ya Allah. Ikhlaskan hati ini. Cintaku hanya untuk Mu.

...............................................

kring..

"Assalamualaikum, siapa ni?"
" Adam muhammad,"suara itu lagi.
"Maaf, saya sibuk, assalamualaikum,"

kring..

"Saya tunggu dekat lobi sekarang, bawa Ina sekali. Saya tunggu," ujarnya pantas.

Ya Allah, apa mamat ni nak lagi. Argh, lantak la. Aku tak janji apa-apa pun.

Sejam, dua jam, 3 jam..

Dia masih tunggu lagikah? Perut ku dah lapar. Kalau turun makan, kena lalu lobi. Argh, biar lapar asal hati tak sakit.

" Jah, saya lapar. Jom pi makan," sanggah Ina.
"Er, tempah je la. Bawa naik atas," balas ku, cuba bagi alasan tak munasabah.
"Awak ne betul ke tak. Ingat kita ada kat hotel bintang 5. Dah, siap. Jom makan. Dah pucat muka tu,"

Arahan yang diberi tak mampu ku tolak. Siapa tak kenal, Khairina, pantang kalau orang tak ikut kata-kata dia. Tetapi aku bersyukur, kerana dialah sahabat sejati yang sentiasa bersama ku, menjaga rahsia ku dan menjadi penasihat ku.

" Kata nak pergi makan, kenapa kita tunggu kat sini," ujar ku resah.

" Kita tunggu orang, Hah, sampai pun. Kesian dia, 3 jam melangguk tunggu 'orang' tu kat lobi." perli Ina.

"Lama tunggu," ujar Adam sambil menuju kearah kami.

"Tak la. baru 3 minit, bukannya 3 jam," balas Ina. Aku terkena lagi.

"Takpe, saya terpaksa guna teknik ni, kalau tak, sampai kiamat saya tak berpeluang cakap dengan orang tu,"katanya, ada nada sindir di situ.

" Awak nak apa lagi. Kita tak ada hubungan, jadi saya tak ada sebab nak jumpa awak. Ada saya janji nak jumpa awak," ujar ku, sedikit marah.
Ah, air mata tumpah lagi. Kenapa aku senang sangat menangis kalau berhadapan dengan lelaki ini.

"Maaf, saya cuma.."

"Saya pergi dulu, Dah lapar, Tak payah nak contact saya lagi lepas ni . Lagipun, antara saya dengan awak tak ada apa-apa. Awak tak buat apa-apa salah pun. Saya yang salah, sebab tak ukur baju di badan sendiri," ujar ku, mahu berlalu.

"Tunggu. Awak ni memang macam ni ke. Saya sebenarnya nak bincang hal kita. Awak tak pernah bagi orang lain cakap sampai habis. Masa abah awak nak terangkan hal kita pun awak awal-awal lagi dah buat kesimpulan sendiri." ujarnya keras.

"Saya tak pernah kata saya tak dapat terima awak. Saya terkejut sebab saya tak pernah sangka awak lah orangnya," katanya lagi. Nada suara tak sekeras tadi.

"Saya cuma mahu kita tangguhkan hal perkahwinan sehingga saya habis belajar. Itu syarat pertama yang ibu bapa saya letak, dan sebagai anak, saya kena akur."

Aku terdiam.

"Saya memang nak cuba bincang dengan awak. Tapi, abah awak tak izinkan. Katanya nak tarbiyah awak. Sebab itu saya akur. Saya cuma harap, tawaran awak masih terbuka lagi buat saya."

"Saya tunggu jawapan dari awak. Lagipun, kita dah berada di tahun akhir. Kuliyah dah nak habis. Mak ayah saya tak de halangan kalau saya nak kahwin sekarang." ujarnya tenang.
"Kalau 6 tahun awak sanggup tunggu dan pendamkan perasaan awak, apalah sangat penantian saya. Tapi, saya harap awak dapat buat keputusan cepat. Saya tunggu,"

Dia tahu perasaan ku selama ini! Aku terdiam, dan terus terdiam.

.................................................

Di lapangan terbang KLIA..

"Abah. Jah kat sini,"

"Jah! Alhamdulillah, Hajah Khadijah dah anak kita Yah," kata abah sambil memandang umi. Seronok menyambut kepulangan ku.

"Macam mana, gembira jumpa kaabah dan Muhammad,"
"Abah..."ujar ku, sedikit menjerit. Macam mana abah tahu!

"Abah dah tahu. Muhammad dah hantar rombongan melamar. Apa lagi Yah, lepas ni, boleh lah kita timang cucu," kata abah sambil tergelak. Umi hanya tersenyum melihat kami.

"Abah. Jah sayang abah dengan umi. Terima kasih abah,"
"Terima kasih sebab jadi abah Jah. Terima kasih sebab jadi umi Jah. Jah takkan lupakan abah dan umi," ujar ku sambil memeluk erat abah dan umi.

Terima kasih ya Allah. Ini hikmahnya disebalik segala kejadian. Terima kasih ya Allah. Terima kasih, kerana jadikan aku, Khadijah...


~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan~

7 comments:

afifah, aku suke gile cerpen ni!!! bravo


tapi ada typo sikit
selami = selama
menggenal = mengenal
kat = tak

hehe.
u know who am i, right? hehe miss u!!

thanks. of cos i know who are you... Love u so much...

salam ukhti...

ana harap ini bukan kisah ukhti. izinkan ana memberi sedikit pandangan..

perempuan sarat dengan emosi. dan emosi ini tidak boleh diganggu. kerana ianya rapuh,dan mudah berpengaruh.

seorang lelaki yang suka pada seorang perempuan sebolehnya diminta supaya tidak menyampaikan secara langsung kpd pihak perempuan. ini adalah kerana,kalau diberitahu,emosinya akan terganggu. fikirannya akan terganggu...akan wujud "hubungan hati" antara adam dan hawa....

seeloknya menggunakan orang tengah untuk mengelakkan sebarang "perasaan" daripada timbul.

dan pada kisah ini, ana kurang setuju dengan tindakan muhammad. jika tidak mampu untuk bernikah, jangan 'diganggu' emosi si hawa. serahkn pd Allah,percayalah padaNya.
wahai muhammad,anda hanya melemahkan si dia dengan "memberi harapan" padanya. hiduplah dalam keredhaan,bukan harapan yang tidak keruan.

maaf berkongsi pendapat. jangan marah ana ye?=)
wallahu'alam.

walawe afuf...terer tulis cerpen...
tp buat makluman semua ni bukan kisah penulis ni tau...

terima kasih semua.Ini cerpen pertama saya selepas habis spm. Terima kasih kpddr. radzi atas nasiaht dan kritikan. Inshaallah, ana perbaiki lagi.Untuk pengetahuan pembaca semua,ini bukan kisah ana, tapi kisah orang lain.Jangan salah faham. :)

This comment has been removed by the author.

plot yang mane ye muhammad sampaikn isi hati die?

Pages

About Me

My photo
Just a simple person,but I always make problems... Sorry Abuya and Umi... but I love my family so much, I am third from nine... I am a thinker... Love to think and can't stop to think.. For me,life is hard and weird... People is hard to understand. May be, that is one of The Greatness of ALLAH.. SubhanaALLAH

About this blog

Pengakhiran hidup yg masih kabur..

Dimana aku?!!

talk

Followers