Perantau Kasih

Merantau mencari kasih ILAHI,

Sebagai panduan hidup
astaghfirullahalazim

Awal tahun 80 an dahulu, tidak ramai wanita yg
bertudung. Ketika itu wanita bertudung terpaksa
menghadapi cabaran yg besar kerana sering 
menjadibahan umpatan masyarakat.

Mereka dituduh ekstreem,
sesat dan ketinggalan zaman. Bahkan ada juga 
yangmengatakan itu fesyen ala Arab padang pasir. Kita
tidak pelik hal begini boleh terjadi.

Ini disebabkan masyarakat jahil terhadap hukum 
menutup
aurat sehingga mereka tidak dapat menerima, 
malah memandang serong terhadap syariat menutup 
aurat.
Berkat kesabaran wanita-wanita yg bertudung 
diwaktu itu, akhirnya masyarakat semakin sedar dan faham
bahawa memakai tudung itu adalah untuk 
memenuhi tuntutan syariat.

Seperkara yg menarik di waktu itu, apabila 
seseorang wanita itu bertudung, maka akan nampak beza 
tingkah lakunya berbanding dgn wanita yg tidak menutup 
aurat &peribadinya sendiri sebelum memakai tudung. 

Kalau dahulu dia senang bergaul bebas dgn lelaki, tetapi
bila sudah bertudung, pandangannya sudah mula
ditundukkan, bercakap dgn lelaki pun jarang sekali,
tidak seronok malah tidak menghadiri majlis yg ada
percampuran bebas lelaki & perempuan, tidak suka
berkeliaran di tempat-tempat awam, cenderung utk
mendalami ilmu-ilmu Islam, suka utk beribadah, 

akhlak & tutur katanya menjadi semakin lembut & lunak. 
Suka menolong orang, bibir sentiasa menguntum 
senyum sebagai sedekah sesama muslim, sedia membantu
kesusahan orang lain, sudah benci kpd 
kemewahan dunia,
tahan diuji & sentiasa mencari-cari peluang utk
mengajak masyarakat wanita yg lainnya agar 
sama-sama menutup aurat.

Lantaran berbezanya mereka dgn wanita yg lain, 
maka org pandang tinggi kpd wanita yg bertudung, 
walaupun masih ramai yg tidak suka kpd mereka. Waktu itu, 
kalau wanita sudah sanggup bertudung, ertinya didlm 
dadanya sudah ada sedikit sebanyak ilmu- ilmu agama.
Sekurang-kurangnya dia sudah hafal dalil-dalil Al
Quran dan hadith mengenai hal penutupan aurat.Ini
disebabkan mereka sering dihujani dgn berbagai
pertanyaan mengenai apa yg mereka buat.

Untuk menjawapnya, mereka sudah bersedia memberi 
jawapan yg sesuai dgn nas Al Quran dan hadith utk 
menyakinkan org ramai. Oleh sebab itu org ramai memandang tinggi
kepada mereka.

Di awal 90'an, bilangan org bertudung semakin 
ramai.
Di mana- mana sahaja kita boleh bersua dgn 
wanita yg bertudung. Sama ada di kilang, di sekolah, di 
stesen bas, di pejabat, di universiti & di politeknik malah
beberapa pengacara televisyen & radio pun sudah
memakai tudung. Alhamdulillah

Tetapi yg menyedihkan, kalau dahulu wanita 
bertudung tidak akan ditemui di taman-taman bunga, di 
tempat- tempat hiburan, berpegangan tgn dgn teman lelaki,
dipanggung wayang atau kalau dahulu wanita 
bertudung bersih mukanya drp calaran alat-alat make up, 

Tetapi,
kini dgn mudah kita boleh jumpa wanita bertudung
berpeleseran dgn teman lelaki di tempat-tempat
sedemikian. Tudung berwarna warni mengikut 
fesyen sesuai dgn aliran zaman dan fesyen baju. Kadang-
kadang pakai tudung pun tidak sempurna mengikut syariat.
Kadang-kadang macam nak terlondeh. Antara 
hendak tutup & hendak buka. Akhlak & tutur katanya kasar, 
malah kadang kala lebih buruk drp mereka yg tidak 
memakai tudung atau buka aurat.

Sesetengahnya bertudung tetapi tidak 
sembahyang. Imej wanita bertudung telah tercemar dgn wanita-
wanita 
yg menjadikan tudung sebagai fesyen atau terpaksa 
pakai kerana mengikut peraturan.

Kalau dahulu bila wanita
itu bertudung, automatik dia sudah malu ke 
panggung wayang, malu untuk berasmara, malu utk ke 
tempat hiburan & sebagainya.

Tetapi kini tudung sudah  tidak
mempunyai peranan utk mencegah manusia dari 
terjerumus ke dalam lembah maksiat.

Bila direnung-renung mengapa hal ini boleh terjadi,
maka jelaslah wanita-wanita yg bertudung pada 
hari ini jahil mengenai tujuan dan peranan pemakaian 
tudung.

Ramai wanita yg memakai tudung pada hari ini 
kerana terikut-ikut dgn suasana. Mereka lihat adik beradik,
teman sekolah, teman pejabat atau jiran telah 
ramai memakai tudung, maka timbul rasa malu kerana 
mereka sahaja yg masih tidak bertudung. Lantaran itu 
mereka mengambil keputusan utk memakai tudung, 
walaupun hati tidak berapa menyetujuinya.

Kini masyarakat telah menerima wanita yg pakai 
tudung. Ujian sudah tidak besar. Kadang kala orang lelaki 
yg hendak berkahwin pun memberi syarat, wanita 
yang hendak dikahwininya mestilah bertudung.

Setengahnya apabila mereka melihat wanita lain 
memakai tudung lebih cantik dan manis, mereka pun hendak
memakainya, tanpa mengetahui tentang ilmunya, 
mengapa mesti pakai tudung. Ada juga yg terpaksa memakai
tudung kerana desakan keluarga atau suami. Ada 
yg mahu menjadikan tudung macam fesyen. Sekejap pakai, 
sekejap buka.

Lantaran itulah nilai org yg bertudung pada 
hari ini sudah menurun. Sudah tidak semahal wanita yg
bertudung awal-awal dahulu. Hanya wanita yg 
berpurdah yg belum kelihatan berjalan-jalan di taman bunga 
atau di tempat-tempat hiburan. Mungkin taraf berpurdah 
samadgn wanita yang bertudung dan wanita yg 
memakai tudung diperingkat awal dahulu.

Sesuatu amalan yg dilakukan kalau bukan atas 
dasarilmu dan yakin serta faham apa yg mereka perbuat 
akan nampak ganjil dan pincang hasilnya. Sesuatu yg di 
buat bukan dari hati yang ikhlas, walau pun nampak 
hebat tetapi semuanya kosong. Tiada nilai di sisi Allah.

Wanita yg pakai tudung selain drp keinginan utk
menutup aurat, tidak akan dapat berbohong dgn 
Allah walaupun di di dunia mereka berjaya membohongi 
mata manusia mengatakan mereka juga sudah menutup 
aurat.

Tetapi di akhirat nanti, niat sebenar & apa yg ada di
dalam hati mereka akan diselongkar & didedahkan 
oleh Allah dipadang Makhsyar di hadapan jutaan umat
manusia.

Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang 
sahabat :

" Ya Rasulullah Dgn apakah mencapai 
keselamatan kelak?"

Jawab Nabi s.a.w : "Jangan menipu Allah."
Orang itu bertanya lagi : " Bagaimana menipu 
Allah ?"

Jawab baginda " Iaitu mengerjakan apa yang
diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana Allah."

Disamping tiada niat utk menutup aurat dgn 
bertudung akan ditolak oleh Allah, wanita yg berniat utk 
menutup aurat dgn tudung tetapi tudungnya berfesyen 
sehingga menarik lelaki memandangnya, atau pun tudung yg
dipakainya tidak memenuhi syarat menutup aurat 
yakni bertudung tetapi masih nampak pangkal leher, 
bermaknadia belum lagi sempurna menutup aurat,

malah semakin berdosa kalau dgn memakai tudung yg berfesyen 
itu menyebabkan lelaki jatuh hati. Dikala itu tudung bukan
menjadi alat menutup aurat, tetapi menjadi alat utk
berhias. Wanita begini bukan mendapat pahala dgn
menutup aurat tetapi mendapat dosa.

Bahaya besar kalau beramal bukan kerana ilmu tetapi
kerana mengikut masyarakat & peredaran zaman.
Sementara yg mengamalkan syariat kerana pengaruh
sekeliling, hanya mampu bertahan atau beramal 
selagidia berada di dlm suasana begitu.

Tetapi bila dia
terkeluar dari kelompok masyarakat, dia sudah 
tidakmampu bertahan & turut hanyut dgn masyarakat di
sekitarnya. Ujian yg sedikit sahaja mampu
menggoyangkan imannya. Oleh itu kalau hendak 
mendapatkeredhaan Allah, maka seseorang itu mestilah 
berilmudgn apa yg dilakukannya. Jesteru itu menuntut ilmu
adalah perkara yg utama sebagai penyuluh ibadah.

Di samping ada ilmu, amalan yg dilakukan 
hendaklahdiniatkan kerana Allah bukan kerana yg lain dari 
itu.Kita mesti bina keyakinan di dalam diri kita &
mempunyai kefahaman yg mendalam agar kita 
tidak mudahtergugat apabila datang ujian, betul di dalam 
tindakan dan bersabar di dalam apa jua kesusahan.

Renung-renungkanlah wahai wanita yg berada di 
luar sana. Jangan memakai tudung hanya ingin 
mengikut fesyen semata-mata.
wallahualam

p/s: luahan rasa ini saya dapat dalam komputer di rumah. Penulisnya gagal         dikesan tetapi meminta agar hasil ini disebarkan demi manfaat kita semua..

~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan~

1 comments:

peringatan untuk diriku yang sering lupa jua~

Pages

About Me

My photo
Just a simple person,but I always make problems... Sorry Abuya and Umi... but I love my family so much, I am third from nine... I am a thinker... Love to think and can't stop to think.. For me,life is hard and weird... People is hard to understand. May be, that is one of The Greatness of ALLAH.. SubhanaALLAH

About this blog

Pengakhiran hidup yg masih kabur..

Dimana aku?!!

talk

Followers